بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA



BERFIKIR ITU

Berfikir adalah ibadah kerana kita memanfaatkan akal ciptaan darinya

 Jadilah orang orang yang selalu berfikir dan beriman dengan doa yang bermaksud:

Ya Tuhan kami
Tiadalah Engkau ciptakan semua ini secara sia sia
Kerana engkau Maha Suci dari segala sesuatu yang bersifat sia sia dan tiada faaedah.

Semua ciptaan Mu adalah hak yang mengandungi faedah dan menunjukkan hikmah serta kekuasaan.


Maksudnya…
Seorang Mukmin yang berfikir, setelah berfikir, merenung dan meneliti
Mereka selanjutnya mengadap kepada Tuhan dan memanjatkan doa dengan bersungguh sungguh dan merendahkan diri yakin akn hikmah Nya di dalam penciptaan segla makhluk.

 Maka bermohonlah agar diberikan taufik untuk menjalankan amal solih dan dijauhi dari segala bentuk keburukan .
Orang orang yang beramal baik akan dihapuskan kesalahan mereka sehingga masuklah mereka ke dalam syurga yang dibawahnya mengalir sungai sungai indah dan mereka kekal di dalamnya

Allah SWT memberi mereka pahala sebagai balasan amal solih yang di kerjakan kerana hanya di sisi Allah SWT balasan pahala yang baik , yaitu Syurga.

Ayat ayat di surah Ali Imran 190-195 mengajarkan manusia befikir dengan akal sihat. Manusia harus memikirkan tentang kerja kerja Allah SWT yang sentiasa memberikan nikmatNya

Meski hanya sebatas ‘kun fayakun’ semuanya terjadi kita harus merenung bahawa itu mudah buatNya tapi tidak mudah kita sebagai penerima nikmat yang selalu lalai. Lalai untuk bersyukur meski sudah berulang kali di ingatkan supaya kita banyak bersyukur




USTAZAH SITI NURBAYA USMAN

14 comments - "BERFIKIR.."

ummipia.blogspot.com delete icon 4 January 2019 at 11:53

semoga kita semua dalam redha & rahmat Allah...

PeRdU cINta delete icon 4 January 2019 at 14:38

Moga akal yang Allah SWT pinjamkan kita manfaatkan sebaiknya.

paridah delete icon 4 January 2019 at 16:15

TKSH UMIPIA...INSYAA ALLAH MUDAH2AN

paridah delete icon 4 January 2019 at 16:17

TKSH PC PATUT KITA MANFAATKAN GEMALA MINDA SEBAIKNYA

Etuza Etuza delete icon 4 January 2019 at 19:39

InshaAllah ada ada maknanya berfikir tu ..Tinggal hadiah Puan Paridah lum saya poskan..
terjatuh borang dekat laman petang tadi..hanya borang alamat blogger Jari manis ada dalam ..sampai di rumah..alamak di depan rumah borang tu..mujur tak diterbangkan angin..

Warisan Petani delete icon 4 January 2019 at 20:32

Berfikir yang baik2,mudah2an mendapat keredaan Allah

paridah delete icon 4 January 2019 at 20:35

TKSH CIKGU INGAT SGT TU NK SENT KAK HADIAH LAMBAT PUN TAK NGAPA

paridah delete icon 4 January 2019 at 20:52

TKSH WP YA RAJIN2LAH BERFIKIR DEMI KEBAIKAN

nohas delete icon 4 January 2019 at 21:55

syukran..malas berfikir buat otak jd lesu..

paridah delete icon 5 January 2019 at 10:43

TKSH NOHAS TERLALU KUAT BRFIKIR LETIH JUGA TAPI MMG PERLU AKTIF BERFIKIR

Khir Khalid delete icon 6 January 2019 at 17:38

Terima kasih atas perkongsian utk peringatan dan renungan bersama ini.

Dunia Zumal delete icon 6 January 2019 at 23:04

Semoga kita semua memanfaatkan otak yang dikurniakan Allah

dear anies delete icon 8 January 2019 at 11:05

beza manusia dgn haiwan / makhluk lain adalah ada akal utk berfikir. namun seringkali berfikir itu diletakkan di kepala lutut...

Siti Yang Menaip delete icon 8 January 2019 at 19:20

fikir benda yang baik2 saja insyallah =)

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”