Wednesday 17 October 2018

SALEEM YANG KUKENALI...

ASSALAMUALAIKUM..
                                                         PIC GOOGLE(C)

Mengenali allahyarham A M Salim Abdul Majid atau Saleem Iklim sewaktu saya bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Ibrahim, Setiu, Terengganu sekitar tahun 1977 hingga 1981.

Arwah yang berusia tiga tahun lebih tua dari saya berada di tingkatan empat ketika saya mula memasuki sekolah menengah tahun 1977.

Arwah berasal dari Kg.Buloh, Setiu,Terengganu merupakan anak kacukan India sebelah bapanya manakala ibunya berbangsa Melayu.

Di sekolah, arwah Saleem memang merupakan pelajar yang aktif menyanyi ketika ada majlis keraian terutamanya ketika sambutan Hari Guru.

Arwah merupakan seorang yang berperwatakan ceria dan agak nakal, oleh itu tidak hairanlah arwah suka menyakat pelajar perempuan di sekolah. Terutama sekali ketika dia bekerja sambilan di kantin sekolah tahun 1979, selepas habis belajar, membantu saudaranya Pak Gani yang kini merupakan mantan YB Exco Negeri Terengganu Dato Hj Gani.

Saya yang merupakan seorang pelajar pendiam selalu menjadi mangsa usikan arwah.
Kebiasaannya, selepas saya membeli makanan, saya dan kawan-kawan akan lepak di belakang kantin. Tika itulah arwah biasanya akan keluar menjengah dan mengacau kami sambil ketawa.

Selepas naik tingkatan empat, saya tidak berjumpa lagi dengan arwah sehinggalah di awal kemunculannya dengan Iklim, saya mula ingat raut wajah kacukan yang biasa menyakat saya ketika sekolah.


Kini hilanglah sudah permata yang berkilau dari bumi Setiu daerah kelahiranku pada tanggal 14 Oktober 2018 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.



إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Aamiin.

Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين



Belasungkawa A M Salim Abdul Majid, semoga persemadiannya di alam sana penuh keindahan seperti mana indahnya bait-bait lagu dendangan arwah, menghiburkan pendengar dengan lirik yang sarat makna dan penuh pengajaran.

Bersama kita hayati lirik lagu SUCI DALAM DEBU yang ditulis oleh S Amin Shahab, seorang pengikut tassauf/sufi.





SUCI DALAM DEBU (S Amin Shahab)

Engkau bagai air yang jernih
🔹Itulah diri kita yang sebenar yaitu RUH

Di dalam bekas yang berdebu
🔹Jasad/Badan yang asalnya dari tanah.

Zahirnya kotoran itu terlihat
🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain

kesucian terlindung jua
🔹Hal-hal yang baik biasanya justru tdk diperhatikan.

Cinta bukan hanya di mata
🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat

Cinta hadir di dalam jiwa
🔹Cinta yang mutlak muncul dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah

Biarlah salah di mata mereka
🔹Mereka yang benar-benar mau menjadi hamba ALLAH di pandang rendah oleh masyarakat

Biar perbezaan terlihat, antara kita
🔹Perbedaan antara hamba ALLAH dan hamba Dunia

Kuharap engkau kan terima
🔹Bermunajat agar di terima Illahi

Walau di pandang hina
🔹Sebagai hamba yang hina

Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa
🔹Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata

Suatu hari nanti, pastikan bercahaya
🔹Di alam akhirat

Pintu akan terbuka, kita langkah bersama
🔹Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berbahagia

Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat
🔹Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar

Debu jadi permata, hina jadi mulia
🔹Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat

Bukan khayalan, yang aku berikan
🔹pelajarilah Kitab Al Quran

Tapi keyakinan yang nyata
🔹Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.

Wassalam.


TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT PI PENULIS JAMILAH HARUN ATAS KESUDIAN BELIAU MENULIS SECEBIS CORETAN KENANGAN BERKENAAN ALLAHYARHAM PENYANYI SALEEM SEPANJANG BELIAU MENGENALINYA...SEBENARNYA PI YANG MENGGESA BELIAU MENULISNYA....WALAU PERMINTAAN PI ITU MUNGKIN MENYUSAHKANNYA NAMUN ALHAMDULILLAH BELIAU TETAP MENUNAIKANNYA.

ALFATIHAH

  

17 comments:

  1. PC suka lagu Suci Dalam Debu ni kak...simbolik sangat..
    Al Fatihah..moga Allah terima segala kebaikkan beliau.

    ReplyDelete
  2. 2-3 hari ni asik dgr lagu2 dia je... mengimbau zaman memuda dulu hahaha

    ReplyDelete
  3. tksh PC ya lirik lagu SUCI DALAM DEBU begitu bermakna.

    ReplyDelete
  4. TKSH ANIES RAMAI YG MINATI LAGU2NYA

    ReplyDelete
  5. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak.

    Didoakan akak selalu sihat bersama keluarga.
    Lagu-lagu Allahyarham Saleem semuanya indah dan merdu didengar. Lirik-liriknya juga menggugah hati serta bermakna dalam untuk difahami dengan maksud tersendiri. Saya amat menyukai banyak lagu sentimental beliau. Semoga roh beliau bersemadi dengan tenang dan diampuni Allah.

    Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  6. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman..

    ReplyDelete
  7. WSALAM TKSH DIK SITI DOA KAK MOGA SITI N KELUARGA SHT SJHTRA..LAGU2NYA RAMAI YG MINATI...KITA DOAKAN SEGALA TERBAIK UTK ALLAHYARHAM SALEEM

    ReplyDelete
  8. TKSH FAIZAL YA LIRIK LAGU YG INDAH DGN MAKSUD MURNI

    ReplyDelete
  9. Innalillahiwainnailaihiraaji'un....Al-Fatihah buat arwah, semoga ditempatkan di kalangan mereka yang beriman....

    ReplyDelete
  10. Sedih.. tambahan. kenangan spt ini pasti buat lebih terkesan dgn berita pemergiannya.. innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan rohnya dikalangan org2 beriman.. aamiin. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  11. AMIIN TKSH SUERIN BERSAMA KITA MENDOAKANNYA...

    ReplyDelete
  12. AMIIN..ALFATIHAH TKSH DIK KK

    ReplyDelete
  13. perginya seorang penyanyi legenda yg dirindui oleh semua peminatnya. x apa, anak lelakinya bakal meneruskan legasi Allahyarham.

    ReplyDelete
  14. Merdu suaranya..yang ada adalah alunan suaranya di radio..semoga arwah diampunkan dosanya.Allah telah menjemputnmya

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist