Saturday 20 October 2018

PENUMPANG...

ASSALAMUALAIKUM


ANEKDOT

PENUMPANG

Sakit sungguh terasa seluruh tubuhku. Tiada daya hendak menggerakkannya. Apalagi dibawa berjalan untuk mengurusi kehidupan selazimnya dilakukan. Segalanya menjadi terlalu sukar.

 Puas pula mereka yang terdekat dan menyayangiku, mengusung ke hospital untuk mencari sebab musabab sakit dengan berpandukan ilmu kepakaran doktor perubatan untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Sekujur tubuh pun disorong ke dalam mesin scanner. 

Mengimbas apa saja yang menyebabkan tubuhku sakit tidak keruan. Sayang tidak ditemui apa puncanya. Struktur tubuh tiada perubahannya. Ginjal elok berfungsi, jantung berdegup normal, tekanan darah tidak tinggi tidak rendah. Pendekata tiada masalah kronik yang tiba-tiba menyekat pergerakan tubuh dan menyakitkannya. Tapi kesakitan terasa mengilukan.

Kalau tidak ada sakit yang perlu disembuhkan maka tidak adalah ubat yang diberi oleh doktor melainkan pil pain killer-penahan sakit. Bukannya menghilangkan rasa sakit.berekalan. Tapi sebentar saja rasa leganya. Kemudian akan berulang kembali sakitnya.

Habis apakah pilihanku untuk menyembuhkan sakit yang amat perih itu? Tentulah rawatan alternatif yang berlandaskan kesyumulan Islam. Aku yang sakit serasa tidak sabar hendak pulih seperti sediakala. Sudah berusaha berubat dengan perubatan canggih terkini baru pula beralih kepada selainnya.  Itupun setelah dicadangkan seorang sahabatku yang prihatin melihat deritaku.

“Nampaknya aku tenguk keadaan kau ni semakin teruk. Hendak berjalan pun semakin payah, sampai terbongkok-bongkok. Kuliah pun dah lama kau tak masuk..”

“Kau setakat tenguk saja, aku yang merasa ni punyalah siksa. Tak larat aku nak menanggungnya.” Mataku mulai berkaca digenangi air jernih.
Segala masalah ini mengganggu kehidupanku sebaik pulang dari perkhemahan bersama kawan-kawan sepengajian UITM di kaki sebuah gunung.

“Sabarlah Ati. Aku pun kesian sangat kat kau. Kalau boleh ingin sangat nak menolong.”

“Baiknya kau Ena. Tolonglah aku Ena.”

Tetapi cara perubatan yang menjadi pilihanku  mestilah yang tidak menyeleweng daripada akidah peganganku. Sekadar mencuba saja tidaklah menjadi kesalahan.
.

“Sabarlah Ati. Aku pun kesian sangat kat kau. Kalau boleh ingin sangat nak menolong.”

“Baiknya kau Ena. Tolonglah aku Ena.”

“Jom kita pergi ke tempat ‘syifa’ di Gombak. Di situ ramai perawatnya dari kalangan ustaz-ustaz dan guru-guru yang mulanya pernah alami sakit yang teruk pelbagai. Tapi setelah mereka pulih, mereka pula menjadi perawat kepada pesakit-pesakit sebagai khidmat murni mereka.”

“Jom kita ke sana! ”

Aku duduk bersebelahan seorang wanita separuh baya sementara menunggu giliran bertemu perawat. Wanita itu memandangku seakan objek yang pelik. Dia bangun meninggalkan aku yang terkapa-kapa memikirkan persoalan yang menerpa fikiran tiba-tiba.

Dia kulihat menegur sahabatku seraya menjelingku. Ena menghampiriku.
“Apa yang dikatakan puan itu kepada kau?...hairan aku, dia tiba-tiba bangun sebaik aku duduk di sebelahnya.”
“”Kau jangan terkejut pulak kalau aku kata dia nampak makhluk besar sedang bertenggek di belakang kau.”
“Hah!” aku terlopong. Terasa bahuku amat sakit dan berat seakan menahan suatu beban besar.
“Entahlah. Aku tak Nampak pulak,” balas Ena.     .


12 comments:

  1. agak seram cerita ni kak..tapi benar.kdg2 kita tak nampak hanya org yag ahli akan nampak...moga dijauhkan..

    ReplyDelete
  2. TKSH IRDA YA ADA YG ALLAH BERI KELEBIHAN NAMPAK ZAT KEJADIAN-NYA YG HALUS

    ReplyDelete
  3. Ada yang terus menolak untuk mempercayai.Apa yang halus dan ghaib itu ada..cumanya berlaku atau terjadi pada diri kita itu dgn izinNya..

    ReplyDelete
  4. Asalam..banyakkan bersabar..serahkan pada Allah. Allah itu maha mengetahui. Apabila kita ingat Allah, Allah terlebih dahulu ingat kita. Sesunggunya Allah maha menyembuhkan dengan takdir Nya. Semoga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  5. Seramnya kalau terkena benda2 macam ni kan KakPI, semoga kita semua dijauhkan dari gangguan dan hasad dengki orang yang tak ingat azab Tuhan..😓😓😓

    ReplyDelete
  6. Huh seram.. tp kejadian mcm ni mmg ada berlaku. Pernah terjadi kat salah seorang kawan saya satu masa dulu. Ada makhluk bertenggek kat belakang dia, Allahu..

    ReplyDelete
  7. TKSH PC YA SEGALANYA BERLAKU DGN IZIN-NYA

    ReplyDelete
  8. TKSH CIKGU ETUZA YA ALLAH MAHA PENYEMBUH DAN MAHA MENGETAHUI

    ReplyDelete
  9. TKSH SUERN..YA MOHON DJAUH ALLAH GANGGUAN2 SEBEGNI

    ReplyDelete
  10. TKSH DIK KK..KEJADIAN BEGINI ADA TERJADI MOHON MOGA ALLAH MENJAUHI KTA DRPD MNGALAMINYA

    ReplyDelete
  11. seramnya... kes ni mcm pernah berlaku

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist