Monday 6 August 2018

KARYA TERBIT TERTUNGGAK...

ASSALAMUALAIKUM...


PI  cuba-cuba menulis karya dan menghantarnya kepada penerbitan mulai 2016. baru saja lagi…sambil blogging mengisi sunyi menulis juga sedikit karya. Ada yang diterima penerbitnya dengan surat akujanji yang telah ditandatangani. Tapi hingga kini bayangnya tak nampak lagi.

Bersabar sajalah menantinya. Hendak bertanya pun malas. Alhamdulillah dua karya yang tertunggak iaitu TOPI JELITA selenggaraan penulis Kathrina tati sitaim dan SYAIR PAHANG  selenggaraan  penyanyi puisi tradisi sdr Roslan Madun  sudah mula  diterbitkan tahun ini.

PI masih lagi menunggu penerbitan  antologi MH 370, antologi cerpen KEDAH,  antologi cerpen seram,antologi sajak WANITA NUSANTARA dan novel KELARAI IMPIAN.

Moga-moga sebelum berakhir tahun ini  PI akan mendapat khabar semua karya yang dinanti sekian lama penerbitannya akan muncul berwajah indah menggembirakan hati PI
Jangan bagai menanti buah yang tidak gugur sudah. Sebab masa cepat berlalu dan bila-bila saja akan meninggalkan PI selamanya.  

8 comments:

  1. semoga semua karya Kak PI dapat diterbitkan dlm tahun ni..aamiin..

    semoga terus berkarya, kak..

    ReplyDelete
  2. amiin..tksh nohas hrpnya gitulh.

    ReplyDelete
  3. cerita MH370 ..subanahanllah bagaimanakah ceritanya..sungguh hebat pasti banyak kajian di buat

    ReplyDelete
  4. TKSH CIKGU ETUZA SAJAK YG BERCERITA CIKGU

    ReplyDelete
  5. Semoga karya-karya akak akan segera diterbitkan. Semoga akak terus sukses dalam dunia penulisan ini.

    ReplyDelete
  6. TKSH ZUMAL..AMIIN..INSYAA ALLAH MKBUL DOANYA

    ReplyDelete
  7. kak pi ada target ke berapa karya yg nak dikeluarkan utk thn 2018 ni?

    ReplyDelete
  8. In shaa Allah kak.. saya pun turut mendoakan segala kejayaan kak PI... aamiin.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist