Monday 9 July 2018

WATIKAH BERSUMPAH...

ASSALAMUALAIKUM...



WATIKAH BERSUMPAH

Percayalah dia masih berada di sisi sini
Ralit memperhati kecamuk marhaen tidak keruan  mengatur langkah berat mengharung gelumang perat didera sesal sebal ngilu mendengar keluh lirih warga tidak terpeduli
Sebak hatinya tidak tergambar kata hendak bercerita justeru seputar alam nusa semakin tamaram menggelut gulau menggumpal padu.
Siapa percaya dalam usia 93 bisik ilham-Nya membangunkannya pantas ke pentas siasah daripada kusyuknya amal menyuci jiwa menanti seruan-Nya ke sana bila-bila
Lantaran asbab terundang memangkinkan perjuangannya yang tidak pernah selesai
Matlamat pejuang sejati tidak terhenti
Demi Allah demi anak mata berjuta demi nusa bertuah
Andai muflis watan kehilangan segala apakah sudah. Sekadar berpasrahkah?
leluasa kleptokrasi wajib atasi… tuntut transformasi teliti hala terbaik
pundak senget menggalas beban urusan
Hati waja tega meredah aral beronak terlupa jeda…meski perih melukakan
menjunjung percaya warga yang berharap
Kesatuan niat terbukti tidak mengira siapa terbukti di peti undi PRU 14
Tinta mengukir sejarah pabila dingin malam Istana Negara
geletar tangan Tun M… PM ke tujuh melafaz watikah bersumpah 10 Mei 018
Babak akhir yang menitiskan air mata
Dalam sabar berdebar meraup syukur …Alhamdulillah Insyaa-Allah doa makbul..   

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
SELANGOR DE

16 comments:

  1. semoga dapat membangunkan semula ekonomi negara

    ReplyDelete
  2. TKSHEJULTZ HARAPNYA BGITULH

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan Tun M

    ReplyDelete
  4. he is my inspiration. Thanks kak PI sudi share

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Tiada komentar.hehehe

    ReplyDelete
  6. TKSH ZUMAL BUKAN CALANG2 INSAN MAMPU MEMIMPIN NEGARA DGN PELBAGAI MASALAHNYA DI USIA SELANJUT ITU

    ReplyDelete
  7. TKSH DP KEBETULAN RINI BESDAY TUN M MOGA TM DIPELIHARA KESELAMATAN N KSHTANNYA DIPRMUDHKN SEMUA URUSN TM MNTDBIR NEGARA TRCINTA

    ReplyDelete
  8. WSALAM MOGA USTAZ N KLUUARGA JUGA DIKURNIAKN KSHTN YG BAIK...KOMEN KITA PERSEPSI KITA SKDR APA YG KITA LIHAT N BCA MSING2 BRHAK MENENTUKNNYA

    ReplyDelete
  9. Mudah2an Malaysia Baru semakin maju dan membangun

    ReplyDelete
  10. Pemimpin yg saya hormati sejak dibangku sekolah.. salute Tun M

    ReplyDelete
  11. TKSH DIK KK JADI IDOLA RAMAI TM NI

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist