Thursday 7 June 2018

TERJATUH DALAM KAWAH DODOL...


ASSALAMUALAIKUM…

Pic google image(c)


Aidilfitri semakin jelang. Lebaran yang dinanti kehadirannya setelah berbadah giat di bulan Ramadan yang mulia, sambil mengharapkan ganjaran-Nya yang berganda. Janji Allah itu tidak mungkir.
Dalam kesibukan meneruskan rutin harian mesti ramai antara kita yang dah mula menyiapkan kuih juadah raya. PI dulu rajin juga membuat aneka kuih untk hari raya walau keadaan diri agak uzur.Tapi sajak patah pinggul sakitnya hingga kini masih dirasai walau dah hampr lima tahun masanya berlalu. Nampaknya  tak dapatlah lagi nak meneruskan  kesukaan itu.
Teringin nak makan apa saja kuih, kalau ada duitnya belilah saja. Kadang tak mampu juga ak beli seba harganya mahal juga.  Kalau boleh dibuat sendiri tentu dapat kurangkan kosnya. Dan rasanya  tentulah mengikut citarasa kita.
Kukis dan kek selalu  jadi pilihan sajian di meja pada hari raya..Sedap semuanya. PI pun suka.selain tu kuih tradsi baulu, dodol,putu beras, putu kacang, karas, kuih bangkit dll tentu tidak dlupakan
Membuat kuih tradsi ni agak rumit.  Perlukan kemahiran dan ilmu. Semata-mata ikut resepi memang gerenti tak jadi. Dulu dulu di kampong PI  kalau dekat nak raya, anak-anak  gadis akan berkongsi membuat kuih bersama. Pabila selesai hasilya dibahagikan sama rata.
Rumah tok PI jadi tumpuan anak-anak gadis desa ini berkumpul  kerana tiga orang mak sedara PI kawan mereka. Sekali mereka rancang nak kacau dodol pula. Entah macam mana dalam keseronokan mengacau dodol walau penat menyapu keringat tiba tiba kak Wan terpelecok ke dalam kawah dodol yang  menggelegak.

MasyaaAllah …malang memang tak terduga.
Kak Wan segera  diusung ke hospital dengan menahan kesakitan. Dulu dulu tidak ada orang kampong situ yang punyai kereta atau motor. Jika hendak membawa yang sakit ke hospital terpaksalah mengusungnya di dalam kain sentung hingga ke jalanraya untuk dapatkan teksi atau bas. Jauh juga jaraknya. Lebih sebatu ..
Alhamdulillah tiada masalah perawatannya. Wajah kak Wan berparut. Di kampung PI  kak Wan adalah gadis tercantik disamping gadis gadis yang cantik di situ.
Baru ni PI balik kampong, dapatlahbertemu kak Wan. Terimbaulah kisah kak Wan terjatuh dalam kawah dodol. Menjeling wajahnya tiada pula kelihatan paruthya. Masih jelita walau telah berusia. Parut di wajah PI yang tidak hilang akibat dihempap lori ayam..

14 comments:

  1. Allahuakbar jatuh dalam kawah dodol? Eh, akak PI dihempap lori ayam? Macam-macam berlaku dalam hidup kita menjadi asam garam kehidupan...

    ReplyDelete
  2. SubhanaAllah...luar jangka kan kak PI..menjadi ingatan dan kenang kenangan.

    ReplyDelete
  3. Kesian kawan kak PI tu tapi mujurlah tiada yang serius pasti bila cerita bab kacau dodol teringat tragedi tu.

    Dodol atau orang kg Mrs. A panggil Penganan memang serik nak membuatnya. Masa yang diambil untuk dikacau boleh jadi dari pagi hingga ke petang.

    ReplyDelete
  4. semuayg jadi tinggal jadi memori tuk dikenangkan. :) salam kenal.

    jemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^

    ReplyDelete
  5. Dulu-dulu yang selalu mengacau dodol Aruah bapa saya. Sekarang bila nak makan beli sahaja walaupun rasanya tak sama dengan yang dulu. Al fatihah buat kedua ibu bapa saya.

    ReplyDelete
  6. TKSH ZUMAL YA PENGALMN HIDUP YG KEKAL DLM MEMORI.

    ReplyDelete
  7. TKSH PC YA KAK TIBA2TRINGATKN KISAH TU

    ReplyDelete
  8. TKSH MRSA YA KESIAN KAT KAK WAN AKIBAT DODOL XCERIA RAYANYA TAHUN ITU..NK BUAT DODOL NI BUKANLH MUDAH

    ReplyDelete
  9. TKSH BYZURA SALAM KENAL..YA MEMORI DLM KENANGN

    ReplyDelete
  10. TKSH NOTIE..DODOL HASIL TANGAN MAK AYAH KITA MMG TERBAIK..ALFATIHAH

    ReplyDelete
  11. Kdg2 perkara2 pahit yg berlaku akan menjadi kenangan yang membuatkan kita tersenyum dikemudian hari.. nostalgia..

    ReplyDelete
  12. TKSH DIK KK YA MEMORI DI AIDILFITRI

    ReplyDelete
  13. Dulu2 setiap tahun kacau dodol sebab kesukaan arwah ayah.
    Sekarang nak makan dodol, tunjuk aje.

    ReplyDelete
  14. TKSH WP YEKE..TAPIDODOLYG DIKACAU SNDRI SEDAPNYA BERBEZA KAN

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist