Monday 18 June 2018

ACAR LIMAU PURUT..

ASSALAMUALAIKUM..



LIMAU PURUT SELAIN DIBUAT JUS MINUMAN, DIPERAH DALAM SAMBAL BELACAN DAN DIJADIKAN MANDIAN MENYUCI KOTORAN BADAN RUPANYA BOLEH JUGA DIBUAT ACAR YANG SEDAP....SELALU TU KITA TAHU LIMAU NIPIS, LIMAU KASTURI, LIMAU LEMON  SAJA YANG DIJADIKAN ACAR...PI BARU SAJA TAHU LIMAU PURUT BOLEH DIJADIKAN ACAR DARIPADA PENULIS KARISMA RINDU/NORBAINI MASRI ...PI KONGSIKAN RESEPI YANG DIBERI DI SINI

ACAR LIMAU PURUT Bahan-bahannya: a. Goreng tanpa minyak 10 biji cili kering 2 sudu jintan manis 150 gram kacang tanah 2 sudu bijan b. Mayang untuk tumis 5 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah Seinci halia c. Belah dua 15 biji bawang merah 2 labu bawang putih 6 biji cili merah 6 biji cili hijau d. Jeruk buah-buahan (ikut suka jumlah yang hendak di masukkan) 15 biji kurma 1/2 cawan kismis 1 mangkuk kecil belimbing buluh kering 15 biji limau purut yang sudah diproses. 2 inci hirisan halia 2sudu biji sawi 1 cawan cuka 3 cawan air Garam dan gula secukup rasa Cara-caranya: Tumis bahan yang dimayang, masukkan cili kering dan jintan (kisar halus selepas digoreng). Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air dan buah-buahan cili, halia dan bawang. Didihkan hingga cukup masak. Akhir sekali taburkan bijan dan kacang tanah goreng. * Proses limau purut. Rebus limau dalam air bersama daun kaduk. Buang air dan kali kedua gunakan daun jambu. Kali ketiga gunakan bahan dari tembaga. Ini tips untuk mengekalkan warna hijau limau. Rendam dalam air gula jika hendak simpan sebelum buat acar.

9 comments:

  1. sedap ni, makan dgn nasi time sahur mmg best, bangkit selera..
    suka limau purut, bau wangi..

    ReplyDelete
  2. TKSH NOHAS..YEKE SEDAP RUPANYA..KAK XPERNAH BUAT ..KAT RUMAH DULU LIMAU NI MMG BNYK TRBIAR SAJA KAT POKOK

    ReplyDelete
  3. Sedap ni.. bagus juga utk kesihatan masa2 raya setelah makan macam2 makanan berkolestrol. Salam Aidilfitri kak PI :)

    ReplyDelete
  4. uuish perah dalam makanan memang trangkat. lagi2 kalo resepi thai kan..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cuba dan rasa lagi acar limau purut ni.

    ReplyDelete
  6. MMG SEDAP MKNAN ACAR MSM MANIS MMBUKA SELERA...TKSH DIK KK

    ReplyDelete
  7. TKSH SITI MMG SDP SGT TU BNYK DIGUNAKN DLM MSKN THAI

    ReplyDelete
  8. TKSH WP KAK PUN XPERNH RASA LAGI MESTI SEDAP NI CUBALH

    ReplyDelete
  9. sedapnya kalau pekena dgn ikan bilis goreng ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist