بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

JOM PULANG MENGUNDI
sumber:
Cengkerama (2018), TabirAlam
SELOKA PERAYU UNDI

Perayu undi tugas sambilan,
pikat pengundi tak payah iklan.
Perayu undi wakili parti,
jeling pengundi tak puas hati.
Perayu undi letih berdiri,
tak ubah robot habis bateri.
Perayu undi pilihan raya,
petah bercakap cuba perdaya.
Perayu undi dalam kereta,
pengundi lawan mulalah meta.
Perayu undi muka dah merah,
lawan bertekak tak tentu arah.
Perayu undi jarang mengalah,
pengundi enggan jadi berbalah.
Perayu undi kaki jenaka,
pengundi muda terlebih ingka.
Perayu undi lajak sempadan,
bertemu ruas baru sepadan.

OLEH
YAHTI HAYATI

12 comments - "PERAYU UNDI..."

abuikhwan delete icon 29 April 2018 at 18:31

Assalamaualaikum kak, moga sentiasa diberiukan kesihatan yang baik.
Musim pilihanraya sudah tiba.. Pilihlah yang mana satu idaman kalbu hehe..

paridah delete icon 29 April 2018 at 20:14

TKSH DIK USTAZ ALHAMDULILLAH MMGA USTAZ JUGA SHT SEJHTERA SEKELUARGA..YA UNDILH PILIHAN YG TEPAT

nohas delete icon 29 April 2018 at 21:10

mcm gelagat perayu undi...hihi..

PeRdU cINta delete icon 29 April 2018 at 21:59

Macam-macam ragam boleh terlihat di hari mengundi...hehe..

Kuazue Mohd delete icon 30 April 2018 at 08:44

kita tak yah berpulang, kita mengundi kat sini ja kakak

paridah delete icon 30 April 2018 at 14:19

TKSH NOHAS..HEH..HEH..MMG PUN

paridah delete icon 30 April 2018 at 14:21

TKSH PC HEH..HEH..GELAGAT MRK MERIAH HARI MNGUNDI

paridah delete icon 30 April 2018 at 14:22

TKSH ZUE..YEKE BAGUS TU JIMAT BELANJA

Khir Khalid delete icon 1 May 2018 at 17:32

Dulu pernah juga ikut jadi jentera perayu undi. Tp masa tu zaman bujang.. dari pagi sampai ke pagi ke sana sini bagi risalah hehee :D

paridah delete icon 1 May 2018 at 18:06

tksh dik KK wah ada pengalaman juga ya seronok tu

Dunia Zumal delete icon 3 May 2018 at 15:38

Zumal rasa tak sabar nak pergi mengundi...

dear anies delete icon 4 May 2018 at 09:30

paling x leh terima perayu undi bermulut celopar...eee geram betul sukati kite laa nk undi sapa kannnn

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”