بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


Cerpen
Oleh
Paridah Ishak


                                                    UKHWAH KASIH

                                                   
Rindu sugguh aku. Setiap kali berada di situ rinduku menggebu. Amat menyiksaku.melihat  kasih mesra yang terpamer menimbulkan  iri yang tidak  kuingiini. Terasa ingin menjauh pula.agar apa yang kurasa tidak menjerutku sehinga sukarku bernafas. Kegembiraan mereka umpama jarum peniti halus yang menikam jantungku.  Sakit amat. Tapi itulah hakikat walau kucuba tidak pedulikannya.
            Kebahagiaan yang tidak berpeluang kurasakan kini. Ianya berakhir setelah usiaku remaja.. Sekelumit rasa bahagia milikku sebentar cuma. Tidak mengapalah. Sudah sedemikin takdir-Nya menjengah lorong hidupku. Reda saja. Semakin mangli. Tiada rasa keluh kesah lagi.
            “Mama dan ayah nak balik kampung lagi, adik.”
            “Kampung mana? Kampung mama atau kampung ayah? Kalau kampung ayah seronok juga. Dapatlah kita berlari-lari di tepian pantai.”
            “Balik kampung mama pun seronok juga. Boleh kita berjumpa dengan tok Sidah dan tokwan Man. Entahkan abang Amir pun balik bercuti juga. Dapatlah bermain dengannya. Abang Amir suka mancing. Tentu dia ajak kita mancing kat sungai belakang rumah tok Man. Lepas mancing dapat ikan, tok Sidah masak dan bagi kita makan macam selalu. ”
            “Kenapa abang tak suka balik kampung ayah?” suaraku mencelah tanya.
            “Tapi adik suka.”
            “Abang bukan tak suka balik kampung ayah. Tapi sejak atok dan nenek tak ada, rumah tu sunyi je. Tak ada sapa lagi nak teman adik dan abang ke pantai main-main kutip kulit siput.”
            “Apa pulak sunyi. Kalau kita balik ramai je sepupu-sepupu kita datang bermain dengan kita.” Sanggah adik.
            “Tapi abang tetap rasa tak seronok sebab atok dan nenek tak ada.”
“Nak buat macam mana abang. Sudah sampai masanya atok dan nenek kembali ke sana.” Suamiku mengusap-ngusap ubun-ubun abang, anak sulungnya.  Pasti suamiku turut mengongsi kesedihan anakya kerana kehilangan atok dan  neneknya beberapa bulan lalu. Mulanya ayah mertuaku menghembus nafas terakhirya tika sedang sujud terakhir solat isyaknya.
Belum lupus kesedihan meratapi kehilangan bapa mertuaku, bersambung pula menangisi pemergian emak mertuaku yang mengikut langkah Allahyarham suamiya di dalam tidurnya sebulan kemudian.
Emak dan bapa suamiku tempat aku bermanja. Mengongsi kasih sayang tulus  kedua-duanya, mengisi kelompongan ruang hatiku dengan rasa bahagia. Telah berlalu dari sisiku menantuya. Juga anak cucu kesayangan mereka.   Namun kenangan baik budi kedua-dua insan tercinta bersemadi abadi. Tidak luput di hatiku. Emak dan bapa suamiku adalah emak bapaku jua. Tiada beza. Walau sedikit.
“Kali ni kita balik kampung mama. Rumah mama di kampung tu kita kena jenguk juga..Ayah dan mama nak cuci rumah dan membersihkan kawasannya. Tambah masa ni selalu hujan, mudah saja rumput-rumpai meninggi, menyemak kawasan rumah. Penatlah ayah nak memesinnya.”
“Kata Amir yang fon saya baru ni  tok Man pun tak berapa sihat.” Tukasku.
“Iakah? Eluk sangatlah kalau kita dapat balik. Boleh menziarah tok Man dan tokwan Sidah juga.”     
Abang dan adik terdiam tidak terkata. Mugkin di hati kedua beradik itu merasa terharu dengan khabar yang kusampaikan kepada mereka. Maklum tok Man dan tokwan Sidah sangat baik melayani mereka. Walau sepasang suami isteri itu hanya jiranku. Bukan ada sebarang hubungan darah dengaku. Kecuali ukhwah jiran tetangga yang erat.
“Naiklah Maira, Azmi. Eh! Cucu tokwan berdua yang comel ni pun ada.” Abang dan adik tersengih saja kala tokwan Sidah memeluk mereka rapat dan menciumi dahi kedua beradik itu berulangkali. Anak-anakku  menyalaminya dan memaut pinggangnya. Hatiku diserbu haru menyaksi isiden itu. Nilai hati budi tertinggi bersemi kasih sayang dimiliki wanita baya Allahyarham  mamaku.   
“Kata Amir, cik Man sakit, sudah ke hospital?” suamiku menghampiri Pak Cik Man yang sedang berbaring di sofa. Dan cuba bangun membetulkan duduknya
“Dah Maira. Doktor periksa, beri ubat dan balik. Doktor nasihatkan masuk wad. Tapi cik Man kau tak nak.”
“Malaslah nak duduk wad. Bukan ada apa yang boleh dibuat. Asyik baring tidur saja. Kalau duk rumah boleh juga buat kerja apa-apa. Kalau terasa lemah, badan sakit,berehatlah sekejap. Dah lega sikit, sambung semula kerja.” Tukas Pak Cik Man. Ceria lagaknya. Namun wajahya di mataku pucat lesi.
“Cik Man kau gitulah Maira, Azmi. Semangat je kuat. Setiap hari nak ke kebun sawitnya. Bukan dekat. Nun jauh di bukit sana.terpaksalah  cik Sidah temankannya. Bimbang kalau terjadi apa-apa.”
“Habis kalau aku tak kerjakan, siapa yang nak buat. Amir kan kerjanya kat sekolah. Lagipun itulah punca rezeki kita. Tak boleh nak dibuat mudah..”
Mak Cik Sidah menceber bibirnya. Aku tahu ada sesuatu yang terkilan di hatinya. Pernah Mak  cik Sidah memberi tahuku bahwa Amir  mengupah pekerja menguruskan kebun sawit ayahnya. Tapi Pak cik Man tetap juga akan ke kebun sawit untuk memantau pekerjaan pekerja-pekerja  kebunnya sambil dia juga turut bekerja.
“Meh ikut wan ke dapur abang, adik. Abang adik nak minum apa? Beritahu wan. Pagi tadi wan buat cekodok pisang dan ada kek buah abang Amir beli. Bolehlah kita makan sama.”
“Eh! Susahkan cik Sidah saja. Kami dah minum di rumah sebelum ke sini  tadi.”
Mak Cik Sidah tidak mempedulikan kata-kataku. Abang dan adik diheret mengikutinya. Aku juga mengekorinya.
Sambil tangannya ligat menyediakan hidangan untuk kami, mulutnya riuh bertanya itu ini kepada anak-anakku. Jawapan yang diberi abang dan adik kadang lucu juga. Tercetuslah hilai tawa yang gemuruh.
“Kau tak pergi melawat papa kau Maira?”
Kenapa pulak nak kena melawat papa. Cik Sidah kan tahu papa dan mama bencikan saya. Entah apa salahnya saya pun tak tahu.”
“Khabarnya papa kau sakit.”
“Yakah? Apa nak heran kalau papa sakit,mama boleh cari doktor terbaik untuk merawat papa. Papakan banyak duit.berjuta-juta.”
“Tapi sebagai anak tak patut kau tak pedulikan papakau Maira”
“Bagaimana saya nak pedulikan papa kalau papa tak pedulikan saya? Sejak umi saya meninggal dan papa kahwin lagi, saya hidup sendiri Cik Sidah. Mujur tika tu saya dah di universiti. Fikiran pun dah matang dapatlah saya berdikari. Itupun dengan bantuan cik Sidah, cik Man, Amir dan Azmi. Kalau ikutkan hati sedih, entah kemana hanyutnya saya. Pelajaran di U pun kandas. Sebab kosnya tak mampu nak bayar. Papa ingat pusaka yang umi tinggalkan untuk saya banyak sangat. Sehingga dia tak perlu bantu nafkah kehidupan saya walau sesen pun. Terkilan sungguh saya sikap papa.”
“Apa pun dia tetap papa kau. Maafkanlah salah silapnya. Dulu-dulu masa kau bersama umi dan papa kau, cik Sidah tenguk kehidupan kamu sekeluarga sangat bahagia. Saling sayang menyayang. Papa kau pun selalu tolong cik kalau cik susah..”
“Itu kisah dulu cik Sidah. Bila papa dapat mama baru semuanya berubah.”
“Lupakanlah tu Maira. Sebagai anak mengalah saja.”
“Cik Sidah tahu saya memang dah lama lupakan salah silap papa. Beberapa kali saya dan Azmi bawa anak-anak untuk menemui papa di rumahnya. Tapi tak pernah jumpa. Rumah bertutup sentiasa walau pada hari raya. Diberi salam tiada yang sambut. Nak dikata tak ada orang di rumah, Nampak ada kereta motor mewahnya di tempat parker. Apa makna semua tu cik Sidah?”  Mak Cik Sidah menentang mataku tajam.
“Saya rasalah, papa memang tak mahu berjumpa saya. Mungkin mama tak izinkan papa berjumpa saya.”
“Kenapa pula tuduh begitu. Tak baik Maira. Memutuskan silaturahim, dicela Allah. Walau dia Cuma mama tiri kau tapi haknya sama seperti mama kau Maira.”
“Itu saya tahulah cik Sidah. Tapi saya rasa mama tak anggap saya anaknya.”
“Hati orang mana kita dapat baca kan Maira”
“Haa! Itulah soalnya. Papa tu kan kaya. Duitnya juta-juta. Saya pulak miskin. Kalau papa rapat dengan saya nanti jatuh miskin pula papa sebab menghamburkan duitnya pada saya. Tambah la ni papa sedang sakit, tentu mama tu sedang fikirkan apa-apa kemungkinannya.”
“Sampai begitu sekali kau fikirkan Maira?”
“Demi duit berjuta-juta orang sanggup buat apa saja cik Sidah.”

TAMAT    
         

12 comments - "UKHWAH KASIH..."

dear anies delete icon 6 March 2018 at 12:29

smpi gitu dia berprasangka?

ejulz delete icon 6 March 2018 at 13:58

x sabar tunggu sambungan.. :)

nohas delete icon 6 March 2018 at 14:30

dlm hidup ni, ada jg yg berlaku sedemikian...

Fidah Shah delete icon 6 March 2018 at 17:51

Apa pun yang terjadi, jangan sampai terputus silaturrahim.

Warisan Petani delete icon 6 March 2018 at 21:55

Ada sambungannya lagi ke PI

paridah delete icon 6 March 2018 at 21:56

TKSH ANIES HEH..HEH..PRASANGKA PENULISNYA TU

paridah delete icon 6 March 2018 at 21:58

TKSH EJULTZ DH MLS NK MNYAMBUNGNYA HEH..HEH..

paridah delete icon 6 March 2018 at 21:59

TKSH NOHAS YA MMG ADA KISAH GITU

paridah delete icon 6 March 2018 at 22:00

TKSH FIDAH..MOGA BEGITULH HNDAKNYA.

paridah delete icon 6 March 2018 at 22:03

TKSH WP..DH MLS NK SAMBUNGNYA...CERPEN NI DISIAR UTUSAN MALAYSIA SABTU MINGGU BARU NI.

Fatin Shahrizam delete icon 7 March 2018 at 18:02

Semoga terus kuat yaa :(

paridah delete icon 7 March 2018 at 22:38

TKSH FATIN INSYAA ALLAH TU

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”