Thursday 15 March 2018

PUISI BALADA BUAT SN TONGKAT WARRANT...

ASSALAMUALAIKUM...



PUISI BALADA BUAT SN TONGKAT WARRANT
SAHABAT PENA ISTIMEWA

Adakah kau percaya jika kukatakan sahabat penaku istimewa; seorang figura ternama
lewat lembar warkah yang dikirim berulang kepadaku kelmarin dulu?
Kau  tertawa tidak yakin konon ilusi angan bermimpi siang hari
tapi itu adalah kebenaran usah menafikannya
bukan sekadar dakwa dakwi rekacipta semata
Akhirnya kau terkesima kala kutayangkan warkah istimewa itu ke mukamu
Dan kita bersama menatapi wajah tampan sasterawan lunak perawakan kembaran foto kiriman   sambil berusaha meraih markah tertinggi sastera tahap SPM
Kala yang lain kalut menyurati artis femes sedang aku tertunggu-tunggu kunjungan balasan warkahku kepada Sasterawan yang dikirim berminggu lalu
Berkat dorongan seorang Sasterawan terbilang melonjak genre karya
Dianugerahi sekolah pencapaian terbaik sastera 75. Alhamdulillah 
TONGKAT WARRANT membimbingku menulis ulasan tentang antologi sajak DURI
DAN API
menelaah karya novelnya TULANG TULANG BERSERAKAN
lewat surat berserta buku buku rujukan karya Sasterawan itu

Sayangnya kenanganku hanya milikku
akuanku diceberkan aku peduli apa
rakaman sekelumit nostalgia indah bersejarah  seorang penggemar sastera bersama figura
 idolanya kala masih anak sekolah

Dengan izin Allah bertemu seketika bertukar senyum ramah
dalam acara sastera tidak terduga
Usai persekolahan terputus hubungan dengan kawan-kawan sealiran yang bertebaran merata membawa nasib diri. Puluhan tahun berpisah kau masih mengungkit tentang warkah sahabat penaku itu di sisi pertemuan semula sekolah kita.
Terjeda malaikat lalu diiring doa dan lafaz suci Al-Fatihah semoga dilimpahi karunia-Nya Sasterawan Negara USman Awang berada di sisi-Nya di kalangan solehin yang dicintai-Nya berbahagia dilimpahi rahmat-Nya.
 Tika kehilangan Sasterawan Negara yang berjasa menyantuni rumpun sastera negara
yang mengharum puspa aneka
ada titis air mata bergenang
jasa budimu abadi dikenang

PARIDAH ISHAK
Serendah Selangor
24.02.018

12 comments:

  1. tetiba sy nk cari blk buku karya tongkat warrant ;-)

    ReplyDelete
  2. sifu Kak PI ni..Al-fatihah..
    sajak Usman Awang yg paling diingati ialah Ke Makam Bonda..

    ReplyDelete
  3. Pemergiannya sukar dicari ganti.
    Semoga lahir penulis2 hebat selepas ini.

    ReplyDelete
  4. TKSH ANIES SAJAK2 N NOVEL SN USMAN AWANG SGT CANTIK GAYA BHASANYA BACALAH

    ReplyDelete
  5. TKSH NOHAS YA TANPA SEDAR BELIAU ADALAH SIFU KAK

    ReplyDelete
  6. TKSH WP..YA BELUM ADA PENULIS YG SETARA DGN BELIAU

    ReplyDelete
  7. semasa ambil TESL di UM dulu anak Allahyarham bernama Mayawati Usman tu rakan sekelas saya...

    ReplyDelete
  8. masa kecik2 dulu bila tengok berita kematian beliau, terus bingung sebab tu tak kenal lagi siapa tungkat warrant.. dan hairan. kenapa tongkat? kenapa warrant? heheh

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist