بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

KERIA KELEDEK


Resepi KERIA GULA MELAKA . Yang mana selalu beratur panjang dkt Kedai Kuih Keria Antarabangsa Melaka tu, boleh la try buat sendiri mcm ni. Tapi tak tahulah sama ke tak dgn yg ORI tu hehehe.
Bahan-bahannya :

500gm Keledek (guna keledek oren)
Air (untuk merebus)
Garam secukup rasa
1 cawan Tepung Gandum
1-2 sudu makan tepung beras
1 Sudu teh Serbuk Penaik
Minyak (untuk menggoreng)
Caranya :
1- Buangkan kulit keledek dan potong kecil. Masukkan keledek dalam periuk beserta air dan garam . Rebus hingga empuk .
2- Setelah empuk , lenyekkan keledek . Masukkan tepung gandum , tepung beras dan serbuk Penaik dan gaul rata hingga menjadi doh .
3- Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti donut . Jika doh lembut letakkan minyak atau tepung ditelapak tangan dan bentukkan .
4- Setelah siap , panaskan minyak dan goreng hingga keperangan dan toskan.
Bahan Sira Gula Melaka
2-3 Keping Gula Melaka Nisan
1/2 cawan Gula Perang
1 Sudu makan Gula Halus
3 sudu makan Air
Secubit garam
Caranya :
1- Satukan semua bahan dan masak didalam kuali hingga gula cair dan berbuih dengan api sederhana.
2- Dengan api perlahan masukkan kuih dan gaul hingga gula rata dan kering.

Kredit: Norien Abdul Wahab
SHARE RESEPI LIKE PAGE RENCAH RASA

Image may contain: foodImage may contain: foodImage may contain: food

13 comments - "KERIA KELEDEK..."

PeRdU cINta delete icon 13 January 2018 at 16:45

Dua minggu lepas PC ada juga buat Kak PI...
Terima kasih kak kongsi resipi.
Ada yang boleh PC tambah baik nampaknya ni...

nohas delete icon 13 January 2018 at 18:36

sedapnya..buat minum petang, best ni..

paridah delete icon 13 January 2018 at 20:13

TKSH PC WAH DH CUBA YA SEDAP TU

paridah delete icon 13 January 2018 at 20:14

TKSH NOHAS MINUM PTG N PAGI PUN OK TU

Fatin Shahrizam delete icon 13 January 2018 at 20:55

Fatin suka kalau makan panas panas. Tambah dengan teh panas fuhhh.

abuikhwan delete icon 13 January 2018 at 21:48

Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Sedap tu. Ummu ikhwan biasa juga buat keria keledek ni. Sedap makan panas-panas pada waktu petang...

Warisan Petani delete icon 14 January 2018 at 15:05

Pn is3 pun selalu buat ni.
Buat minum petang best juga.

galaksi viral delete icon 14 January 2018 at 20:47

Keria keledek pasti sedap. Makan dengan air teh. Sodap. :D

Khir Khalid delete icon 15 January 2018 at 15:03

Best.. lamanya rasa tak makan keria keledek ni.. memang sedap ni kak :)

Jari Manis delete icon 15 January 2018 at 20:59

pernah mkn ada org buat tapi tak sedap sbb keras..kak PI buat ni mesti sedap..nampak lembut jek..hantar kat JM 2,3 ketul hehehehe

Normala Saad delete icon 15 January 2018 at 23:34

Kuih feveret ni tapi belum pernah cuba buat sira gula perang lagi.

dear anies delete icon 16 January 2018 at 16:43

mkn panas2 x sedar 10 biji dah msk ke mulut...hebat betul penangan kuih ni

Fidah Shah delete icon 19 January 2018 at 13:03

sedapnya...
lama tak buat sendiri kuih keria ni..Buat sendiri lebih puas hati.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”