Thursday 25 January 2018

AL-MUDDATHIR

ASSALAMUALAIKUM...


CORETAN PAK ENGKU
JOM KITA TADABBUR KALAM ALLAH (AL-QURAN)
Kupasan Surah Al-Muddaththir (Orang Yang Berkemul atau Berselibung). Ayat 1 hingga 10 (QS 74 : 1 - 10)
Surah Al-Muddaththir - سورة المدثر
(Orang yang berkemul {berselibung})
{Bisillah hirrahman nirrahim}
[Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.]
Ayat pertama ini Allah berfirman:
1. {Yaa ‘aiyuhal muddasy syir}
Yang bermaksud:
[Wahai orang yang berselibung!]
Ayat ini menerangkan kepada kita tentang kenapa hati kita selama ini diselubungi oleh sesuatu dari mengingati Allah. Sehinggakan hati kita tidak dapat dibangunkan atau dihidupkan. Ini adalah disebabkan, yang pertama, Adam (diri kita) tidak mempunyai kemahuan yang kuat. Yang kedua adalah disebabkan selama kini kita hanya bersandar pada yang wajib sahaja. Yang sunat kita abaikan. Ketiga adalah kerana diri kita diselubungi oleh nafsu, akal dan syaitan, Yang keempat ianya disebabkan diri kita telah terhijab oleh dosa-dosa yang lampau. Yang kelima kita terlalu mencintai dunia. Dan yang akhir adalah kerana kita jahil..
Dalam ayat kedua Allah menyambung firmannya:
2. {Qum fa’anzir}
Yang bemaksud:
[Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah memerintahkan kita supaya bangun mendirikan amal-amal sunat. Terutamanya solat sunat pada waktu satu pertiga malam. Tujuannya ialah agar hati kita dapat dibangunkan dan hidup dan sentiasa mengingati Allah.
Dalam ayat ketiga sambung frman Allah lagi:
3. {Warab bakafakabbir}
Yang bermaksud:
[Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!]
Ayat ini menerangkan kepada kita tetang tujuan kita bangun malam itu. Tujuannya adalah untuk membangunkan atau menghidupkan hati kita dari lupa kepada ingat. Tujuan utamanya pula adalah untuk membesarkan Rab Tuhan dalam setiap detik kehidupan kita. Jelaslah di sini bahawa kita tidak mempunyai apa-apa. Malah Allah jualah yang memiliki segala-galanya. Maka yang demikian itu di hati kita ini nanti akan hanya nampak Allah sahaja. Kita tidak akan nampak makhluk lagi. Kesemuanya Allah belaka.
Dalam ayat keempat Allah berfirman:
4. {Wasyiyaa bakafathoh hir}
Maksudnya:
[Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa pakaian yang hendak dibersihkan itu bukanlah pakaian jasman tetapi pakaian rohani. Apabila pakaian rohani kita bersih sudah pasti kita tidak akan lagi melakukan perbuatan syirik. Kita tidak akan mahu melakukan dosa dan berbuat perkara lara atau yang sia-sia. Sampai pada ayat ini juga Allah memerintahkan kita supaya memperbanyakkan Solat Sunat Tasbih untuk mensucikan-Nya. Maka lakukanlah ianya.mengikut kemampuan diri kita. Kalau masa dahulu kita bersolat Tasbih setahun sekali cubalah buat sebulan sekali.Andainya dahulu sebulan sekali cubalah lakukan seminggu sekali. Jika dahulu seminggu cubalah buat semuga dua tiga kali. Begitulah seterusnya.
Ayat kelima pula Allah berfirman:
5. {Warruj zafah jur}
Yang membawa maksud:
[Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.]
Ayat ini menerangkan kepada kita akan cara yang terperinci apa yang hendak dibersihkan itu. Kita hendaklah membersihkan diri kita dari melakukan dosa yang zahir dan juga batin. Dosa yang zahir adalah dosa yang kta lakukan dengan jasad kita. Kita dapat melihatnya dengan mata kasar. Dosa batin adalah dosa yang dilakukan berpunca dari hati kita yang bersih. Dosa batin ini bila dilakukan hanya diri kita dan Allah sahaja yang tahu.
Dalam ayat keenam firman Allah:
6. {Walaa tamnun tas taksyir}
Membawa maksud:
[Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa setiap apa yang kita berikan kepada manusia lain serta amalan yang kita persembahkan kepada Allah, janganlah dituntut akan balasan atau ganjaran. Kalau beramal janganlah berkehendakkan pahala mahu pun syurga. Beramallah untuk Allah dan kerana Allah semata-mata. Andainya kita memberi kepada manusia lain janganlah sekali-kali mengharapkan balasan. Inilah dalil ayat yang membuktikan bahawa apabila kita beramal bukanlah tujuannya untuk mendapatkan atau menuntut dari Allah agar diberikan pahala dan syurga. Kita hanya boleh menadah tangan memohon. Terpulanglah kepada Allah untuk memberikan ganjarannya.
Seterusnya dalam ayat ketujuh Allah menyambung firmannya:
7. {Walirab bika fash bir}
Membawa maksud:
[Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa dalam perjalanan hidup kita ini yang membawa Ilmu Ketuhanan untuk menuju Allah sudah pasti kita akan menghadapi berbagai ujian. Antara ujianya ialah fitnah, kata cela dan caci maki manusia. Walau apa pun ujian yang datang, ketepikan dan pedulikan semua itu. Janganlah kita suka mendengar cakap-cakap atau kata-kata orang. Tekadkan di hati bahawa yang kita cari hanya redha Allah. Marilah kita ambil iktibar dari kisah Lokman dan anaknya bersama seekor kaldainya. Inilah caranya Lokman mengajar hikmah kepada anaknya.
Dalam ayat kelapan Allah berfirman:
8. {Faa ’izaa nuqirafin naaqur}
Bermaksud:
[Kerana apabila telah ditiup sangkakala,]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa dalam menjalani kehidupan di dunia ini untuk menuju Allah berdasarkan Tauhid dan Hikmah hendaklah kita sentiasa bersabar. Bersabar di atas segala ujian dan gangguan. Sampai bilakah kita hendak atau harus bersabar? Jawabnya adalah “Hingga ke akhir hayat kita”.
Dalam ayat kesembilan Alah berfirman:
9. {Fazaa likayau ma’izi yaumum ’asir}
Yang bermaksud:
[Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa jalan menuju Allah itu adalah jalan kesabaran. Sesungguhnya sabar itu adalah suatu sifat yang teramat sukar untuk dilaksanakan dalam kehidupan kita ini.
Dalam ayat kesepuluh firman Allah:
10. {‘Alal kaafiri naghairuyasir}
Yang bermaksud:
[Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).]
Dalam ayat ini Allah memperjelaskan kepada kita bahawa jika pada diri setiap mukmin pun amat sukar untuk membawa sifat sabar, apatah lagi pada orang yang kafir di sisi Allah. Mereka ini langsungah tidak ada sifat sabar. Orang mukmin jikalau hilang sabar pun atau cepat marah hanya apabila Allah itu sendiri orang persendakan. Pasti diri mereka akan tercabar dan melenting marah dan hilang sabar untuk berhujah. Inilah yang dinamakan ZUK.
(Bersambung ke ayat 11 hingga 20

8 comments:

  1. Moga Allah sentiasa terangkan hati kita agar mahu terima kebaikkan...salam Jumaat kak PI :)

    ReplyDelete
  2. Kita ini hanya hamba dan memgingati Allah itu adalah sebaik-baik perkara.

    ReplyDelete
  3. setiap mukmin pun amat sukar untuk membawa sifat sabar..

    betul tu kak...sbb tu sabar itu separuh drpd iman

    ReplyDelete
  4. SALAM JUMAAT PC...AMIIN INSYAA ALLAH

    ReplyDelete
  5. TKSH FIDAH..MOGA SBG HAMBA YG DICINTAI-NYA

    ReplyDelete
  6. TKSH ANIES BERUSAHA BERSIKAP SABAR

    ReplyDelete
  7. Terima kasih saling mengingati.

    ReplyDelete
  8. TKSH BUNDA NORA INSYAA ALLAH

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist