بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...



PERTIWI

Lawi kersani panah di peran,
siaga gara dirusuh bota;
pertiwi ini tanah kelahiran,
warga negara menaruh cinta.


Sita dibelah raga ditadah,
kiwi dijemur rapat kedondong;
kita adalah warga bertuah, 
pertiwi makmur tempat berlindung.

Ikan sepat semilang di sawah,
banir jejawi landak berlaga;
akan merempat hilang maruah,
andai pertiwi tidak dijaga.

Pulasan  sita arun di Gurun,
kupas kulitnya dedah aroma,
warisan kita turun temurun,
terlepas haknya gundah selama.

Lengatlah akan ikan selayang,
ke baruh bawa sumi dan kaswi,
ingatlah akan pesanan moyang,
bertaruh nyawa demi pertiwi.


Merawi kata mintalah bantu.
mengolah fikir pasti berkesan;
pertiwi kita hanyalah satu,
di situlah lahir mati bernesan.

8 comments - "PERTIWI..."

Fatin Shahrizam delete icon 24 December 2017 at 11:38

Tinggi gaya bahasanya. Hanya faham baris ayat tertentu sahaja.

Warisan Petani delete icon 24 December 2017 at 12:29

Hebat bahasa orang sastera ni.
Terkial2 nak memahamnya.

paridah delete icon 24 December 2017 at 15:09

TKSH FATIN...BAHASA KITA ADA JA DLM KAMUS TU

paridah delete icon 24 December 2017 at 15:11

TKSH WP HEH..HEH BAHASA SASTERA NI LAIN PESEN SIKIT.

Etuza Etuza delete icon 24 December 2017 at 23:45

Bait kata2 amat mendalam maknanya..

dear anies delete icon 26 December 2017 at 10:51

teringat pertama kali dengar perkataan pertiwi menerusi lagu2... ms tu mmg x fhm langsung maksud pertiwi ni main sebut ikut sedap mulut je hahaha

Khir Khalid delete icon 28 December 2017 at 10:38

Gaya bahasa yg tinggi menyuntik semangat cintakan negara, hargai perjuangan bangsa dan pengorbanan melindungi bumi pertiwi.

Fidah Shah delete icon 28 December 2017 at 11:50

Patut hargai jasa nenek moyang kita yang berjuang untuk pertiwi

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”