Saturday 30 December 2017

HADIRI BENGKEL TAPI GAGAL...

ASSALAMUALAIKUM...

Turn off for: Malay
Dia antara yang paling awal menghadiri bengkel penulis.

Cita-cita dia mahu menjadi penulis sepenuh masa dengan royalti.

Tetapi selepas itu, dia gagal.

Lelaki ini gagal menjadi penulis yang hidup dengan royalti buku, tetapi menggunakan kemahiran ini menjalankan bisnes perkataan.
Ini cerita dia (kiri), peserta bengkel sebelum ini.
Hampir satu ribu buku tulisan sendiri terjual dalam 30 minit semasa pelancaran dalam kelas motivasi yang dihadiri ribuan peserta.
Dia berkata, "Itulah peristiwa paling gila tak dapat dilupakan selepas belajar menulis buku secara berguru.
Mula-mula berat hati juga mahu ke bengkel penulisan.
Saya terbayang, susahnya belajar tatabahasa.
Rupa-rupanya tak berlaku begitu. Saya diajar strategi dan taktik menulis buku yang sangat mudah dan betul-betul untuk yang baru bermula.
Sekarang sudah ada lebih 10 buah ebook dan 5 buah buku (topik motivasi, bisnes dan marketing.
Bengkel yang saya hadir lima tahun lalu betul-betul memegang janji, datang sekali, tulis berkali-kali.

Itu cerita dia.

Dia tidak menjadi penulis buku sepenuh masa, itu benar-benar gagal.
Kemahiran menguasai cara menyusun perkataan yang dia belajar menjadi pencetus kepada kejayaan di di Write to Wealth.
Dia membangunkan bisnes konsultasi pengiklanan untuk pasaran Malaysia, Amerika dan Australia.

Buku-buku hanyalah lonjakan membina nama dia bermula dari bawah ke atas.
Dia mengakhiri cerita ini dengan perkembangan luar biasa.
Ini cerita tuan Aqif Azizan yang menyertai bengkel menulis buku pertama lima tahun lalu.
Mahu menulis agar terbit sendiri, diterbitkan oleh orang lain atau pun menulis untuk orang lain?
Seperti Aqif, kita bermula dari kosong.

Kepada yang sudah berkata ya, kita bertemu pada 16 Disember ini.
Jika belum, ayat terakhir di bawah.

Klik pada pautan ini > goo.gl/E9nxcC sebelum hari Jumaat.

p/s Bengkel Menulis Buku Umum pada 16 Disember 2017 merupakan persediaan tahun 2018 secara cepat, mudah dan profesional.
p/s/s Rancang kemunculan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun hadapan. Bermula klik di sini.

10 comments:

  1. Gagal sekali tak bermakna akan terus gagal. Yang penting ilmu kena sentiasa dicari :D

    ReplyDelete
  2. TKSH FATIN YA NK BUAT APAPUN KENA ADA ILMU

    ReplyDelete
  3. Bila ada minat dan kesungguhan insyaAllah boleh...

    ReplyDelete
  4. Hebatnya jika jadi penulis ni..

    ReplyDelete
  5. kegagalah merupakan ilmu yang mengajar kita untuk mengejar kejayaan.

    ReplyDelete
  6. TKSH WP YA GAGAL SEKALI MNGAJAR KITA LBH BERUSHA CAPAI JAYA

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist