بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...



NAZAM ALAM HARMONI

Bismilah itu permulaan kalam
bernazam indah ceritera alam

Kejadian Allah amat sempurna
melengkap perlu makhluk sesama

Kasihnya Rabbi kepada hamba-Nya
tidak terlafaz dengan bicara

Alam semesta luas saujana
bagai lukisan Allah laksana

Gunung ganang tegak mempasak
jangan ditarah jangan dirabak.

Rimba dan hutan usah dicerah
takut mengundang bahana Allah


Ujudnya adalah mengelak olah
kala hujan lebat mencurah


Mergastua serangga flora dan fauna
rimba belantara adalah istana


Sungai dan tasik bagai al khautsar
wajar dijaga bukan dicemar

Tempat berenang hidupan dasar
sambil bertasbih kecil dan besar

Khalifah alam pilihan Allah
umat manusia pikul amanah.

Jujur dan ikhlas bertanggung jawab
agar Allah tidak mengazab.

Bersatu kita bersama alam
kehidupan pasti aman tenteram.

Selawat dan salam junjungan mulia
bersama Rahim-Nya menghuni dunia.


PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA

SELANGOR DE

10 comments - "NAZAM ALAM HARMONI..."

Etuza Etuza delete icon 23 November 2017 at 02:02

kata2 begitu berbunga memekarkan jowa

paridah delete icon 23 November 2017 at 08:20

TKSHCIKGU ETUZA INSYAA ALLLAH

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 23 November 2017 at 16:53

kata-kata begitu memotivasikan diri..

paridah delete icon 23 November 2017 at 20:57

TKSH MKL INSYAA ALLAH

abuikhwan delete icon 24 November 2017 at 07:10

Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Alhamdulillah, torehan minda yang menginsafkan. Betapa pentingnya keseimbangan alam dijaga. tetapi kerakusan 'tangan-tangan...' merosakkan keseimbangan ini. Maka tunggulah 'kemurkaan' alam ini...

paridah delete icon 24 November 2017 at 20:09

WSALAM DIK USTAZ...ALAM SEMULAJADI WAJAR DIJAGA SEBAIKNYA DEMI MELESTARIKAN KEINDAHAN UJUDNYA BUKA MEROSAKANNYA

Warisan Petani delete icon 24 November 2017 at 22:45

mengekalkan alam semula jadi adalah tanggungjawab kita bersama.

Indahnya PI menyusun kata2.
Tahniah

paridah delete icon 25 November 2017 at 04:25

TKSH WP SOKONGANNYA..YA ALAM SEMULA JADI WAJAR DIJAGA PELIHARA SEBAIKNYA

Fidah Shah delete icon 27 November 2017 at 10:09

cantiknya bunga yang berwarna warni tu..

dear anies delete icon 27 November 2017 at 13:43

kalau x silap sy laa... sy pernah cari maksud perkataan mergastua. then mergastua dlm bahasa ?? (x igt bahasa apa) ia bermaksud harimau... wallahu'alam

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”