Friday 17 November 2017

KENALI PENULIS NURIMAS SN....

ASSALAMUALAIKUM...
SALAM JUMAAT MULIA


CT Nurza WALL FB
16 hrs 
 
NURIMAS SN PENUKIL HANDALAN (HSKU 2016)

DENGAN panggilan popular, terhebat dan termasyhur, beliau lebih mesra dan serasi dengan nama jolokan rakan-rakan grup Tribunal Cinta sebagai Tok Moh Petir atau Nurimas SN, Akademik Sanggar Nurimas, S Amir On, Aaron Lajis, Izzue Selam dan lain-lain. Nama sebenar beliau ialah Samiron bin Rahmat. Berasal dari Pontian, Johor. Seorang Penulis prolifik dalam bidang cerpen, puisi serta pelbagai genre lain seperti novel. Beliau merupakan penulis awet muda yang paling menyerlah dan hebat dalam dunia penulisan kreatif tanah air mutakhir ini.

Sehingga kini lebih daripada puluhan karya telah dihasilkan oleh beliau dan diterbitkan dipelbagai penerbitan media arus perdana. Antara akhbar-akhbar dan majalah yang telah banyak menerbitkan karya-karya eceran beliau ialah Berita Harian, Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia S2, Majalah Wanita Kumpulan Karangkraf, Majalah Dewan Sastera, Majalah Pendidik serta lain-lain lagi.

Bertugas sebagai seorang kaunselor bertauliah, rutin harian beliau sentiasa sibuk dengan tugasan seharian. Namun beliau masih mampu berkarya dengan gigih dan tekun serta membuktikan kesibukan bukan halangan dan alasan untuk tidak berkarya, jika ada kemahuan dan keinginan. Sikap dan kesungguhan beliau seharusnya menjadi contoh dan ikutan generasi muda yang menyintai dunia penulisan.

12 comments:

  1. Di mana ada kemahuan pasti disusuli dengan usaha..dan bila ada minat pasti terhasil karya-karya indah...alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. Tok Moh Petir...menarik nama pena ni..hihi..

    ReplyDelete
  3. salam jumaat dari Brunei P
    pelik jugak ya nama pena ni..

    ReplyDelete
  4. TKSH PC YA SESUATU KEJJAYAAN YG HENDAK DIRAIH PERLUKAN USAHA YG XSEDIKIT

    ReplyDelete
  5. TKSH NOHAS..HEH..HEH...TOK MOH PETIR TU NAMA GELARAN KWN2 PENULIS YG RAPAT DLM GRUP WHATSAPP PENULIS JE

    ReplyDelete
  6. WSALAM TKSH NOOR..YA UNIK NAMA PENA TU

    ReplyDelete
  7. Salam Jumaat K.PI.

    Wah! banyaknya hasil nukilan Nurimas ni ya

    ReplyDelete
  8. TKSH MRSA...YA PENULIS PROLIFIK NI JADI ISPIRASI PENULIS BARU ..SALAM JUMAAT

    ReplyDelete
  9. Nama hebat yang sentiasa menghasilkan karya2 bermutu.
    Tahniah tuan.

    ReplyDelete
  10. TKSH WP YA PENULIS YG FEMES N PROLIFIK

    ReplyDelete
  11. Allahu Akbar. Tiba2 termasuk dlm laman ni.terlalu besar rasanya catatan kak dah untuk sayas. Tidak layak rasanya utk insan kerdil ini.terima kasih kak..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist