Tuesday 29 August 2017

HAPPY BIRTHDAY NOHAS...ABQORI...

ASSALAMULAIKUM...





Selamat bercuti menyambut 31 Ogos hari kebangsaan Negara dan selamat menyambut Aidiladha pada keesokannya.  Tentu meriah sekali sambutannya. Tambah di musim cuti persekolahan.

30 Ogos pula adalah hari ulang tahun kelahiran Abqori cucu PI yang ke 4. Bersamaan pula tarikhnya dengan blogger Nohas sahabat blogger PI sejak lama selain irfa dan kesuma angsana tika mula blogging.


Happy birthday Nohas, Abqori dll yang menyambutnya pada tarikh ini …moga sentiasa dalam perlindungan Allah, sihat walafiat, sejahtera berbahagia selalu, dimurahkan rezeki dan dikurniakan Allah usia yang panjang.

PI juga memohon maaf semua salah silap kepada rakan bloggers, followers dan viewers yang dihormati lagi dikasehi. Moga masih diberi peluang-Nya untuk bertemu dalam entry seterusnya.

Tidak siapa boleh duga samaada esok masih ada untuk PI.

Hidup semata demi-Nya.

AURUM SINAR MENTARI...

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH SYUKUR SANGAT SAJAK PI AURUM SINAR MENTARI DISIAR MAJALAH DEWAN MASYARAKAT ISU SEPTEMBER 017...
TERIMA KASIH BANYAK EDITORNYA ATAS KESUDIAN MEMILIH KARYA KECIL PI ...

JOM DAPATKAN MAJALAH TERSEBUT SEBAGAI BAHAN BACAAN KELUARGA YANG SANGAT MENARIK ISI KANDUNGANNYA MELIPUTI PELBAGAI ISU MASYARAKAT DAN ILMIAH.


Sunday 27 August 2017

BUNGA BANGSA...

ASSALAMUALAIKUM....

Penerbitan PENA PADU baru-baru ini meminta sumbagan sajak daripada penulis yang berminat untuk disertakan dalam antologi BUNGA BANGSA. Syukur Alhamdulillah karya PI juga terpilih berganding dengan karya penyajak Malaysia dan Indonesia. Mulanya tidak yakin juga sehinggalah diberitahu sahabat Yus Efendy juga seorang penulis yang turut menyertainya.

BUNGA BANGSA ADALAH ANTOLOGI SAJAK PATRIOTIK MENERAPKAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA KEPADA ANAK BANGSA.


Friday 25 August 2017

KISAH PUAN KAYBEE DAN BENGKEL MENULIS BUKU PERTAMA...

ASSALAMUALAIKUM...



"Nekad membantu para wanita memiliki 'pelampung' kewangan sendiri mendorong saya menulis buku bersama-sama suami.
Buku Wanita Cantik Minda Celik mempertemukan saya dengan kumpulan pembaca wanita yang dicari-cari. 
Selepas bengkel, saya menerbitkan buku ini dan sudah diulang cetak tiga kali bersama-sama edisi kemaskini.
Semakin hari semakin ramai wanita dapat dipersiapkan agar celik wang dalam keadaan susah dan senang.
Buku ini sudah menjadi wakil diri saya bercakap-cakap dengan mereka.

Bengkel penulisan ini laluan ekspress kita membantu orang ramai melalui pengetahuan yang dibukukan."
Ini cerita semangat tanpa putus Puan Kaybee Rahim.



Beliau
 merupakan perunding kewangan dan harta Islam.
Selepas itu Puan Kaybee memilih mengalihkan pengalaman menjadi buku sebagai 'kad bisnesnya'. 
Buku menjadi kad bisnes yang menyebabkan orang mula bercakap-cakap dengan beliau apabila dalam acara.
Antaranya YBhg. Datuk Wira Hj Ameer Ali Mydin, CEO rangkaian Mydin.

Puan Kaybee bermula kecil, menerbitkan buku sendiri dan berkembang besar. Hari ini, nama ini dilihat penting dalam perundingan kewangan dan harta Islam.

Buku membina jenama dari awal.

Bagaimana dengan anda?
Saya diberitahu oleh penganjur, sehingga hari ini (22 Ogos), pendaftaran kelas  pada 30 September sudah separuh penuh.

Terima kasih kepada yang sudah mendaftar. Hanya satu hari ini pada bulan September dapat saya usahakan.

Lihat senarai 8 Modul + 7 Hari Kelas Online Sebelum Bengkel + 1 Hari Bengkel Impak Tinggi + 45 Hari Susulan + Komuniti Sokongan  + Bahan Selepas Bengkel + Coaching di laman web.
Maklumat lengkap klik di pautan > subscribepage.com/bengkel_kursus_penulisan_buku
Kita bertemu pada hari Sabtu 30 September ini. Klik di sini

EMEL ZAMRI MOHAMMAD

Thursday 24 August 2017

SAMBUTAN MERDEKA SK UJ...

ASSALAMUALAIKUM

SESEKALI BERITA TENTANG KAMPUNG PI MUNCUL DI DADA AKHBAR...JOM SAMA SAMA KITA BACA.

[MARAN] SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SK ULU JEMPOL, GAMAT





Sambutan majlis penghayatan bulan kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Ulu Jempol berlangsung penuh kemeriahan dengan penglibatan pelbagai pihak dan komuniti Felda tersebut, semalam.

Ia turut disertai oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Pejabat Felda, Seranta Felda serta ibu bapa pelajar.

Guru Besarnya, Yasin Maarof berkata, program ini bukan sahaja untuk menzahirkan rasa bangga dan cinta kepada tanah air dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan laungan merdeka tetapi lebih kepada untuk memahami, menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.

"Pertandingan menghias basikal, pertandingan mewarna serta pakaian beragam turut diadakan yang disertai oleh ramai pelajar. Sambutan turut digamatkan dengan pertandingan pakaian yang menepati tema hari kebangsaan dari kalangan guru-guru.

"Diharapkan dengan penetapan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017 mampu memberi kefahaman kepada murid-murid betapa pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu padu untuk menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai," katanya.



Majlis tersebut dirasmikan Ketua Pegawai Pendidikian Daerah Maran, Ahmad Nahran Ishak dengan melepaskan perarakan basikal berhias yang mengelilingi kampung Felda Ulu Jempol dan turut disertai oleh jawatankuasa PIBG, komuniti dan ibu bapa.

Ahmad Nahran turut berpesan kepada seluruh murid sekolah kebangsaan Ulu Jempol agar meneruskan perjuangan yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh yang lalu.

"Prinsip dan matlamat yang sama tetapi kaedah yang berbeza. Murid-murid perlu berjuang dengan ilmu agar bangsa asing tidak menjadi ‘bos’ di bumi kita," katanya.

Majlis turut diselitkan dengan pengkisahan kemerdekaan oleh tokoh veteren Felda Ulu Jempol itu sendiri, Jazam Lusa yang berpendapat bahawa budaya mengenakan hukuman rotan ke atas anak-anak oleh ibu bapa dahulu amat berkesan dalam menyedarkan anak-anak tentang kesilapan diri.

Di samping itu katanya, hukuman rotan oleh ibu bapa juga mampu menerap nilai-nilai semangat, jati diri dan mampu memanusiakan anak-anak di masa hadapan.

Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh kumpulan seni tari warisan zaman sekolah kebangsaan Ulu Jempol serta nyanyian beramai-ramai lagu-lagu patriotik bagi menaikkan semangat cintakan negara.

Wednesday 23 August 2017

ORKID UNIK

ASSALAMUALAIKUM..

ORKID UNIK EXOT PLANT

PIC LIKE PAGE EXOTIC PLANTS NUSERY

Image may contain: plant, flower and nature


Image may contain: plant, flower and nature

Image may contain: plant and text
Image may contain: flower and plant

Image may contain: plant, nature and outdoorImage may contain: flower and plant



Tuesday 22 August 2017

CUCUR BILIS RANGUP BULAT

ASSALAMUALAIKUM

BARU NI VIRAL CUCUR MANIS YANG DIGORENG BULAT...KALI I PI NAK KONGSI CUCUR BILIS RANGUP YANG COMEL DI GGORENG BENTUK BULAT..BUKAN SUSAHPUN KITA YANG MEMBUATNYA  IKUT SUKA KITALAH NAK MENGOLAHNYA ASAL ASAS CARANYA KITA DAH TAHU...

Cucur Ikan Bilis Rangup
Bahan-bahan :
Tepung gandum
Bawang besar (Didadu)
Ikan bilis (Ditumbuk halus)
Garam secukup rasa
Sedikit lobak (Dihiris)
Sedikit daun sup
Air panas mendidih secukupnya
Cara-cara :
1) Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah serta daun sup.
2) Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok menggunakan bekas yang besar.
3) Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian.
4) Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh. Pastikan gaul tepung ini dengan menggunakan sudu.
5) Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh seperti di dalam gambar. Ikut kesesuaian nak buat saiz apa.
6) Goreng seperti biasa dan selalu balikkan cucur sehingga garing sekata.

RESEPI LIKE PAGE RENCAH RASA FB
Image may contain: foodImage may contain: food
Image may contain: food
Image may contain: food

Sunday 20 August 2017

PANTUN JIWA MERDEKA....

ASSALAMUALAIKUM...


PANTUN JIWA MERDEKA

Keneklah udang alunnya deras,
desir ritmanya klasik langka;
nenek moyang usahanya keras,
mengukir maknanya MERDEKA!

Sulam dahulu tanaman mudah,
selerah akar kalau melengkar;
silam nan lalu kenangan indah,
sejarah dilakar walau sukar.
 .

Kibaskan rawa sangga didiri,
mari ditujah singkap sempurna;
bebaskan jiwa dan juga diri
dari dijajah sikap durjana.

Hidup merdeka aman harmoni,
iri dan dengki mesti hindarkan.
watan tercinta sudah merdeka
semakin maju semakin makmur.

Menyilau lepa laga sinarnya,
walah si dara jelaga cangkir;
jikalau alpa jaga sebaiknya
tersalah cara warga tersingkir.

Mega mendung celahi serambi,
mengkal semangka meranah suka;
moga dilindung Ilahi Rabbi,

kekal merdeka tanah pusaka.

Saturday 19 August 2017

SELOKA...MEMBACA

ASSALAMUALAIKUM...

SELOKA MEMBACA

Seloka merupakan sebuah genre puisi tradisional yang disusun secara berangkap atau bebas, Istilah Seloka berasal dari bahasa Sanskrit *Sloka atau *Shloka. Puisi genre Seloka boleh dibina dalam dua baris, empat baris atau lebih. Jika ditulis dalam rangkap, rimanya sering berakhir a-a, a-a-b-b, atau seterusnya. Namun seloka juga ditemui dalam bentuk bebas dan rima akhirnya juga adalah bebas. Isi seloka biasanya bersifat menyindir atau bergurau....SIFU TABIR ALAM


Friday 18 August 2017

SYAIR NEGARAKU....

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA...



SYAIR NEGARAKU

Kugubah syair demi negara,
tanah tercinta damai sentosa,
berbilang bangsa rasi bersama,
membina watan memercu jaya.

Hidup harmoni bersatu padu,
hormat menghormati saling bantu,
menjauh rasa iri cemburu,
elak sifat suka berseteru.

Negaraku makmur kaya rezeki,
dilimpah Allah sudut dan segi,
warganya rajin usaha cari,
reda berkongsi rahmat Ilahi.

Banyaknya udang banyaklah garam,
demikian kita rencam ragam,
apa lagi berbilang adat resam,
hubungan manis kadangnya masam.

Hidup bersana memang begitu,
rasa tersinggit di sini situ,
masih terkawal emosi itu,
tidak memuncak gejolak mahu.

Negara kita negara indah,
jantung hati warga bertuah,
Semenanjung, Sarawak dan Sabah,
bersyukur kita anugerah Allah.



Paridah Ishak
Selayang Utama

18/08/017

Wednesday 16 August 2017

PERADUAN GEMA PATRIOT 2.0

ASSALAMUALAIKUM...

DBP NIAGA MENGANJURKAN PERADUAN GEMA PATRIOT 2.0 LAGI...JOM RAMAI RAMAI SERTAI DENGAN MENGHANTAR KARYA SAJAK, PANTUN, SYAIR PATRIOTIK KE WALL FB DBP NIAGA...HADIAHNYA VOUCER BUKU DBP 100RM...LUMAYAN JUGA KAN...



Tuesday 15 August 2017

PANTUN SELOKA...

ASSALAMUALAIKUM...




PANTUN SELOKA

Batik sekodi letak di padang,
gelenggang layu di tepi jalan;
pantai Sekayu indah pandangan,
denak hilang mana gerangan,
baik budi emak Si Randang,
dagang lalu ditanakkan;
tiada kayu rumah diruntuhkan, 
anak pulang kelaparan,


Sayang merepih batang kepayang,
melayang lalat pantang terolek;
bersih graha diguyur dara,
yang pipih tak datang melayang,
yang bulat tak datang bergolek,
letih usaha tidur jenera..

Memamah asam aduh menggundah,
joran dibelah letak terpencil;
serama jinak gundu di badan,
sangu laksa timun berbiji.
berumah agam terbeduh indah,
jiran sebelah teratak kecil,
aroma enak lalu sempadan,
terganggu rasa namun harmoni.

Lupa dikikir keri di hulu,
tanya bilangan cekal diganti;
terlajak cakna pesan disangkal,
menjengkal dupa miring dirasa.
apa difikir hari berlalu,
hanya kenangan kekal di hati;
sebijak mana keputusan akal,
bakal terlupa seiring masa.


Sabarlah jeri jenuh di paya,
pusar membonjol nyeri diusik;
terputus kata memimik ranggu,
niat ketara merambu rebah,
Cabarlah diri sepenuh daya,
agar menonjol diri terbaik;
cetus sengketa polemik haru
penat bicara ragu bertambah.

Paridah Ishak
Selayang Utama.



Sunday 13 August 2017

SAJAK SAJAK MERDEKA....

ASSALAMUALAIKUM...

SAJAK SAJAK MERDEKA



Sajak 1
BAHTERA MERDEKA ITU
Seruling buluh perindu
mengalun lagu merdu
penuh syahdu mendayu
mengiring pelayaran bahtera “MERDEKA”
menyonsong semilir angin.
Di tengah samudera tiada bertepi
ombak bergelora menggila
pasang surutnya berkala
sedang galau merenung destinasi berbalam kelam.
Gelita malam
sirna bintang harapan
namun pelayaran berterusan.
Bahtera “MERDEKA”
membawa muatan sarat
kargo hasrat
menolak gusar
ke pelabuhan dambaan
jangan tersasar.
Iltizam kemas
meluap semangat hijrah.

Sajak 2
KENANGAN WANGI
Gema laungan “MERDEKA”
di persada Dataran Merdeka
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Kalimat keramat laungan rakyat
cetusan suara bersama wira
Tunku Abd.Rahman Putera.
Memaktub risalah wadah perjuangan bangsa
dengan nyata.
Silam lalu telah melabuh tirai
namun kenangan wangi itu semerbak ruang negara
jelang 31 Ogos.
Lontaran laungan “MERDEKA”
terbit dari hati penuh cinta
moga lestari jelajahi masa.

Sajak 3
GEMALA MERDEKA
Sejernih mutiara putih
gemerlap bak butiran embun
bulat mahu cernaan minda
menyatu-padu gagasan arah tujuan
nan satu.
Milikinya
merasa merdeka
menikmati merdeka
kongkongan tiada
bebas sepenuhnya
benarkah?
Leka merdeka maksima
keliru akal budi
keterbatasan tetap hakiki.
Menjunjung merdeka diri
disanjung peribadi
mahkota mercu maruah.

Sajak 4

RENUNGAN MENJAUH

Merenung sekitar maya jernih
telah keruh dengan
haru biru yang geruh

Firasat berbaur antara realiti dan impi
manusiawi teradun dengan gelegak
semangat yang dicipta
keinginan rasa

Sang khalifah senget menanggung amanah
marhaen menadah harap

Demi hari berterusan
dengan doa israq
sempurna urusan
laksana sinar mentari
menyeluruhi alam ini

"Seandainya bukan kerana orang-orang tua yang sudah bongkok,
pemuda-pemuda yang khusyuk,
anak-anak yang masih menyusu,
binatang-binatang yang gemuk,
 nescaya aku jadikan langit itu dari besi,
bumi menjadi rata dan tanah menjadi pasir.
Nescaya tidak Aku turunkan setitis hujan pun kepadamu
dan tidak Aku tumbuhkan satu benih pun tumbuhan di bumi
dan Aku tumpahkan sehebat-hebat azab ke atasmu."
                          
 Hadis Qudsi.

Reda bersyukur
berhijrah jauh tinggalkan dungu
di perdu waktu semalam


Paridah Ishak
Selayang Utama
13/08/017

MyBloglist