بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....






Bagaimana penulis menjadi kaya 'gila' pada hari raya?

"Bila mahu kahwin?"
"Bila mahu ada anak?"
"Seorang sahaja, bila mahu tambah anak?"
"Makin gemuk sekarang aku lihat?"

Jika pandai pusing semua soalan ini kepada pengaju, kita dapat maklumat paling mahal pada hari raya.

Baca sehingga ayat akhir, petua daripada penulis enam buku perhubungan yang bukunya pernah diulang cetak entah berapa kali.

Hanya pada hari kita mendapat maklumat yang dicari-cari untuk buku seterusnya. Maklumat pada hari raya jika di-Google tidak mudah kita perolehi.

Apakah maklumat itu?

Secara asas ada empat maklumat yang dapat digali daripada orang sekeliling yang berkumpul di rumah.

Bunyi seperti bersembang, tetapi semua dirancang dalam otak penulis.

Apakah empat perkara yang mahu digali?

1. Pengalaman
2. Sejarah
3. Kemahiran
4. Ayat

Pengalaman

Ibu saudara ada anak ramai. Tambah seorang lagi cukup anak beranak mewakili kesebelasan pasukan kebangsaan.

Mahu tahu juga apa petua yang dapat dikongsi kepada kita yang baru ada satu anak ini agar dapat menguruskan sepuluh orang anak.

Minta panduan, petua, atau soalan semudah, "Jika ada satu nasihat paling baik untuk saya yang baru berkeluarga ini, apakah nasihat itu?"

Sejarah

Duduk-duduk selepas makan malam, temankan nenek, Dia apabila bercakap biasanya berulang-ulang.

Kita tarik ingatan nenek kepada zaman dulu-dulu, "Nenek pernah ambil upah basuh baju di rumah orang putih dulu-dulukan, macam mana...."

Kemahiran

Salah seorang bapa saudara ada mengusahakan bengkel membaiki kenderaan.

Tiap-tiap tahun dia ada dan mesti akan cerita berkenaan cerita di bengkel.

Kebetulan dia ada di situ, kita pun mula bersembang dengan satu soalan berkaitan masalah kita, "Alang-alang ada di sini, mahu bertanya. Ikut pengalaman, kalau biasa kita bawa kereta ada bunyi 'guk, guk,guk' pada tayar, apa yang kita kena lihat?"

Ayat

Pasang telinga dan perlu bercakap pun, biar orang lain bersembang. Makan kuih dan minum sirap sambil dengar cerita orang lain.

Ada ayat-ayat yang menarik perhatian, simpan dalam kepala.

Cerita dan memori mereka yang tidak kita lalui adalah perkara paling mahal kita terima.

"Satu kampung ini pernah kecoh, hantu keluar dari telaga pada malam raya. Mereka berjalan ke surau untuk pergi bertakbir, kemudian lihat keluar asap lembaga dari dalam telaga. Lepas tiga hari baru tahu, budak-budak kampung baling mercun dan bunga api dalam telaga buta, mereka takut dimarah oleh orang surau."

Empat soalan di bawah sensitif.

Buat pusingan balas kepada pengaju soalan agar kita dapat cari bahan untuk buku seterusnya.

"Bila mahu kahwin?"

Respon

" ____ . Cakap tentang kahwin ini, Bagaimana orang dulu-dulu boleh ____."

"Bila mahu ada anak?"

Respon
" ____ . Sihat-sihat anak Mak Long, macam mana uruskan makanan harian mereka?"

"Seorang sahaja, bila mahu tambah anak?"
Respon

" _____. Itulah orang kata nak stabilkan kewangan keluarga. Ada apa-apa tip, tengok anak ramai, senyum sahaja."

"Makin gemuk sekarang aku lihat kau."

Respon

"Ya betul, bagaimana boleh kekal sihat begini. Apa amalan harian?" atau "Sekarang ini Pak Uda sudah ada darah tinggi, ada benda yang kurang ada yang bertambahkah Mak Uda usahakan?"

Makin banyak mereka bercakap, makin tebal buku kita.

Kekayaan penulis adalah maklumat yang segar yang datang daripada mulut mereka.

Pandai-pandailah menjadi kurator yang dapat menyedapkan bahan depan mata.

Sempena hari raya ini, petua ini dapat dilakukan berkali-kali.

Pada kesempatan ini, saya doakan kita semua mendapat malam Lailatul Qard dan selamat hari raya Aidilfitri.
Mohon maaf kepada semua jika ada tersilap kata, ada perkara yang tidak dapat saya usahakan sebaik mungkin, mohon halal dalam apa juga perkara.

Kita sama-sama berdoa menjadi penulis yang berjaya tulis, terbit dan tuju.

Tulis, jangan takut-takut.

Jumpa selepas hari raya ini.

EMEL ZAMRI MOHAMAD


6 comments - "PENULIS KAYA RAYA PADA HARI RAYA .."

raihanah delete icon 11 July 2017 at 06:45

bolehlah jumpa sama2 penulis ya kak

paridah delete icon 11 July 2017 at 07:09

TKSH HANA JUMPA PNULIS SEMBANGNYA TNTG PENULISAN JE HEH..HEH..

PeRdU cINta delete icon 11 July 2017 at 09:54

Dua dalam satu..serampang 3 mata ya kak PI.

nohas delete icon 11 July 2017 at 12:43

Selamat Hari Raya, Kak PI..soalan2 biasa bila berjumpa sanak-saudara,layan jelahh..hihi..

paridah delete icon 11 July 2017 at 15:50

TKSH PC JIWA PENULIS MESTI PEKA UTK JANA ILHAM MNULIS

paridah delete icon 11 July 2017 at 15:52

TKSH NOHAS SLMT RAYA...YELA LYN JE SMBIL KOREK CITER LAIN KAN

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”