Saturday 15 July 2017

IMPIAN...

ASSALAMUALAIKUM...



PANTUN IMPIAN

Di kiri palma kanan  perigi,
      sela pulasan sebelah kiri;
dinihari menjelmakan  pagi,
      mula lukisan sebuah hari.


Kenari duka mengusir lara,
      leka perhati nering  kelisa;
jari leka mengukir citra,
     sesuka hati seiring masa.

Hendak ke bangsal bermain bangsi,
      merdu sekali laguan simfoni;
tidak sesal mahupun sangsi,
     justeru demi impian diri.

Ragi  di kasur reja di peti,
      duduk mengulum bilik gelita;
pagi mengangsur senja menanti,
      esok belum pasti milik kita.

Mari ke sini lekat di sini.
      menilik kanta  rapat teliti;
harinya ini dan saat ini,
     milik kita sangat pasti.


Lensa dilalu fokuslah tepat,
     melihat suria janggal tercipta;
masa berlalu amatlah cepat,
     rehat berkarya tertinggal cita.

Hujan di atap angin membadai,
      jajar sekata kering terasa
impian tetap ingin digapai
     berkejar kita beriring masa

Apa tersirat  tersalah erti,
      maya berwarna  hilangkan dura;
apa tersurat sudahlah pasti,
      dunia fana nan sementara.


Paridah Ishak
Selayang Utama

8 comments:

  1. Indah sungguh corak si merak
    Direka ceritera sombong dan bongkak
    Ada yang batil ada yang hak
    Kita mencorak Allah berkehendak

    ReplyDelete
  2. puisi kak PI tak perah megecewakan.boleh belajar banyak perkataan baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH SAL IN SYAA ALLAH PANTUN NI TENTUKAN SAMPIRANNYA PYH JUGA PUAS K CARI PERKATAAN SERIMA

      Delete
  3. TKSH PC INDAH PENUH MAKSUD PNTUNNYA

    ReplyDelete
  4. impian menggunung sentiasa ada
    namun diri lemah mengharungi
    kasih Allah mahu didamba
    mampukah diri si pendosa ini

    ReplyDelete
  5. TKSH SHIELA PANTUN INDAH BRMKSUD

    ReplyDelete
  6. Cantik nya kata-kata..
    Best baca

    ReplyDelete
  7. TKSH FIDAH MNYUKAINYAINSYA ALLAH ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist