بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

CORETAN PAK ENGKU

JOM KITA TADABBUR KALAM ALLAH (AL-QURAN)
Surah Al-Qdr ayat 1 hingga 5 - QS 97: 1 - 5

Surah Al-Qadr - سورة القدر (Kemuliaan)

Dalam ayat pertama surah ini Allah telah berfirman yang maksudnya berbunyi:-
(Innaa anzalnaa hufii lailatil qadr)
1. [Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan,]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa terdapat satu malam terutama di bulan Ramadan yang mana Allah akan menurunkan ketentuan dan sukatan-Nya pada diri setiap manusia. Ketentuan yang diturunkan itu adalah berdasarkan apa yang dipohonkan atau dipinta, Jelasnya di sini bahawa ketentuan dan sukatan Allah itu adalah berdasarkan apa yang kita minta atau pohon tetapi mestilah pada kadar mengikut keperluan kita.
Dalam ayat kedua dan ketiga Allah menyambung lagi firman-Nya yang bermaksud:-
(Wamaa adraa kamaa lailatul qadr)
2. [Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?]
(Lailatul qadri khairummin 'alfisyahri}
3. [Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.]
Dalam ayat 2 dan 3 ini Allah bertanya kepada kita, “Apakah malam ketentuan itu?” Allah seterusnya memperjelaskan kepada kita bahawa malam ketentuan itu adalah malam di mana Allah memberikan jaminan-Nya tentang peruntukan yang akan diberikannya kepada kita dalam hidup ini. Apa sahaja keperluan dalam kehidupan seharian kita, sama ada di dunia mahu pun untuk akhirat, Allah telah peruntukkan kepada kita untuk digunakan hingga 1000 bulan. Malah peruntukan dari segi kebaikan akan Allah tambah dan tidak mungkin mendapat kurang dari itu. Oleh itu bagi orang yang beriman dan Esa dalam Allah, janganlah lepaskan peluang ini untuk memohon peruntukkan ini. Apatah lagi Nabi Muhammad S.A.W telah mewar-warkan bahawa peluang untuk memohonnya adalah pada malam ganjil 10 terkhir Ramadan. Allah juga menyatakan bahawa Dia pasti akan menurunkan ketentuan kebaikan pada malam tersebut. Sewajarnya apa sahaja barang yang jatuh turun hendaklah ditadah atau disangga.. Jika tidak ditadah atau disangga maka barang itu akan jatuh terhempas. Diibaratkan kaca pastilah ianya akan hancur berderai. Maksud ditadah atauu disangga ini ialah kita berdoa dengan menadah tangan. Mahfum Hadis “Barang siapa yang istiqomah dalam amal 1/3 malam mereka, maka pasti Allah kurniakan padanya malam Lailatu Qadar”. Maksud istiqomah di sini, amalan 1/3 malam mereka bukan hanya dilakukan pada malam 10 terakhir Ramadan tetapi di sepanjang masa.
Dalam ayat yang ke empat Allah berfirman lagi yang maksudnya berbunyi:-
{Tanazzalulmala ikatuarruu fiihaa biiznirabbihim minkulamri)
4. Pada Malam itu, turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka, untuk mengatur segala urusan.]
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa malam tersebut adalah malam yang penuh dengan kemuliaan dan keistimewaannya. Pada malam itu Allah hendak menurunkan bajet atau pun peruntukkan selama 1000 bulan kepada setiap hamba-Nya yang menadah tangan berdoa dan beramal. Dan pada malam itu juga Allah memerintahkan seluruh malaikat dengan diketuai oleh Jibrail supaya memerhati, menyaksi dan mengaminkan hamba-hamba-Nya yang sedang berdoa dan beramal pada malam tersebut. Kehadiran seluruh malaikat itu adalah bertujuan supaya mudah bagi Allah untuk memperagihkan bajet atau peruntukan 1000 bulan tersebut kepada sekalian hamba-Nya yang layak.
Dalam ayat yang ke lima Allah berfirman yang maksudnya berbunyi:-
(Salaamun hiyahattaa mutlail fajr)
5. [ Malam itu {penuh} kesejahteraan sampai terbit fajar!]
Ayat ini menerangkan kepada kita akan tempoh masa untuk kita membuat permohonan atau berdoa serta melakukan amalan-amalan lain pada malam yang penuh keberkatan itu. Tempoh masa permohonan tersebut akan tamat apabila tibanya waktu fajar. Selepas dari waktu tersebut maka segala permohonan kita itu tidak akan diterima oleh Allah lagi. Walaupun permohonan atau doa kita ditolak namun amalan kita akan tetap Allah terima.

7 comments - "TADDABUR ALQURANSURAH AL QADR"

nohas delete icon 16 June 2017 at 14:02

selamat beribadah di hari2 terakhir Ramadhan..

paridah delete icon 16 June 2017 at 14:16

TKSH NOHAS...MANFAATKAN RAMADAN DGN BERIBADAH HINNGGA DETIK AKHIRYA

Khir Khalid delete icon 17 June 2017 at 19:18

In shaa Allah.. t kasih atas peringatan dan perkongsian ini kak PI

paridah delete icon 17 June 2017 at 21:50

TKSHDIK KK MOGA BERMANFAAT

Fidah Shah delete icon 18 June 2017 at 17:25

Moga kita ditemukan dengan malam lailatul qadar...aamiin

Norhayati Mohd Isa delete icon 29 June 2017 at 15:20

Masih lagi meneruskan Tadabur Al Quran ni Kak PI..
Walaupun dah berlalu 5 hari..

Siti Yang Menaip delete icon 2 July 2017 at 22:59

teruskan.. ujian iman sebenar adalah selepas ramadhan kan.. nak maintain kesungguhan mencari pahala tu aduh berat.. itulaa ha cabaran real..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”