Thursday 1 June 2017

POPIA BASAH KEK VANILLA COKLATKEK LAPIS KEJU COKLAT..

ASSALAMUALAIKUM...

PI MUTAKHIR NI ASYIK UP ENTRY TENTANG AKTIVITI PENULISAN SAJA YA...MESTI ADA VIEWRS YANG RAJIN SINGGAH BLOG PI TERASA TIADA KELAINAN LANGSUNG...JEMU JUGA MEMBACANYA HEH..HEH..

KALI INI PI NAK SHARE RESEPI ENAK UNTUK DIMASAK BUAT BERBUKA PUASA NANTI...PI KALAU BERBUKA MESTI NAK MAKAN NASI BERLAUK...BERSAHUR PULA DENGAN AIR SUSU DAN SEDIKIT KUIH...

SHARE LIKE PAGE FB
Page Liked · 2 hrs 
 
Resepi Popia Basah Sedap

Hidangan untuk 8 - 12 Orang
Bahan-bahan kulit popiah :

150 gram tepung gandum
1 sudu teh tepung ubi kayu
400 ml air
2 biji telur dipukul
½ sudu besar minyak
sedikit garam

Cara-Cara Membuat Kulit Popia:
1. Menggunakan blender, blend kesemua bahan sehingga ia sebati dan tidak bergentel.
2. Kemudian perap adunan dalam peti sejuk selama 4 jam.
3. Sapu kuali leper non-stick dengan sedikit minyak.
4. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan. Untuk mengekalkan kelembapan boleh tutup dengan tuala lembab

Bahan-bahan untuk inti dan sos popia:
Timun dihiris halus
Lobak dihiris halus
Telur rebus (hancurkan)
Kacang tanah (goreng dan tumbuk )
Bawang goreng
Taugeh (celur)
Sengkuang (ditumis dgn bawang putih, udang kering, serbuk perasa - Masak sekejap supaya tak lembik)

Bahan- bahan Sos Sambal Hitam Popia untuk disapu:
@Cili kering/kisar
@Bawang merah /kisar
@Bawang putih /kisar
Gula merah
Gula sedikit
Serbuk perasa
Otak udang / petis sedikit

Cara-caranya:
1.Tumiskan cili, bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan,
2.Kemudian masukkan otak udang , gula merah , gula putih dan serbuk perasa,
kalau terlalu pekat, tambah sedikit air (jgn terlalu banyak)
3.Sejukkan terlebih dahulu.

Cara Menyediakan Popia Basah
Sambal hitam disapu pada kulit popiah,
Letakkan sayur, telur rebus, bawang goreng dan kacang tanah
Kemudian gulung kemas-kemas,
Setelah siap digulung, tuang sambal tadi ke atas popiah yg siap digulung.

Selamat mencuba
Image may contain: food

Kek Vanilla Coklat Cheese
Image may contain: dessert and food
Bahagian cheese
500gram cream cheese
2biji telur
Sedikit esen vanilla
2sudu tepung hongkong
Gula 1 gelas/140g gula halus

>>Satukan semua bahan diatas,mix sampai sebati .
Panaskan oven dgn api 140c.bergantung pada oven masing masing.bahagian cheese ni dibakar guna kaedah double boil .panaskan dulu air dlm tray.baru bakar.guna api atas bawah. Bakar sampai cukup masak.

Bahagian coklat
250g butter atau mentega
1cawan 1/2 gula halus
1cawan susu pekat manis
1cawan chocolate powder
1cawan 1/2 tepung hong kong/tepung kek/tepung gandum biasa
Sedikit esen vanilla
3/4cawan tepung aiscream perisa vanilla
5biji telur gred B
1sudu mkn browning sugar(tak letak pun tak ape)

>>Mix gula,esen vanila dan mentega sampai putih kembang.
Masukan telur satu persatu.
Mix sebati.
Masukan susu pekat dan browning sugar.mix lagi.
Masukan pula chocolate powder.mix sebati.baru masukan tepung aiscream vanilla dan tepung hongkong.mix sebati dgn kelajuan paling rendah.
Lapiskan bahagian coklat diatas bahagian cheese tadi..Bakar mcm biasa .tak perlu guna kaedah double boil.. guna api atas shj dgn suhu 140c ..bergantung pada suhu oven masing masing.. untuk pastikan kek dh masak atau belum,cucuk lidi pada tengah tengah kek.kalau lidi keluar bersih.ok dah masaklah tu..
Sabar!!!!!jgn potong dulu.bagi dia sejuk dulu.. sebab tak nak Cik Vanilla Coklat Cheese comot dan hodoh..hehe.. jgn Marah...

No automatic alt text available.
Page Liked · Yesterday 
 

Resepi Kek Lapis Keju Coklat

bahan-bahan :
(menggunakan loyang 7x7x3. Boleh juga menggunakan loyang 8x8x3)

bahan A :
7 biji telur gred A
250g tepung hongkong (boleh juga menggunakan tepung gandum sebanyak 220g)
180g gula halus (boleh kurangkan ikut citarasa)
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
75 ml air ais

bahan B :
250g mentega berkualiti (pada suhu bilik)
140g cream cheese (pada suhu bilik)
7 sudu besar susu pekat manis

bahan C :
50g serbuk koko (diayak) - kurang sukatan jika menggunakan pure cocoa
2-3 sudu besar susu pekat manis
sedikit pewarna coklat atau coklat emulco

Cara-cara :
Pukul bahan A hingga kembang dan pekat.
Dalam bekas/mangkuk pengadun berasingan, pukul bahan B hingga berkrim.
Kemudian satukan bahan A dan B. Putar lagi dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong (lebihkan sedikit bahagian ni jika suka) dan satu lagi disatukan dengan bahan C (putar sebati).
Bakar/grill lapis demi lapis. Mulakan dengan lapisan coklat, ratakan dengan 6 atau 7 sudu makan adunan dan bakar/grill menggunakan api atas sahaja (suhu 180C-200C) selama lebih kurang 5 minit (tetapi bergantung juga pada jenis oven masing-masing. Jika cepat panas, masa membakar boleh dikurangkan dan begitu juga sebaliknya). Setelah itu, keluarkan loyang dari oven, dan tekan lapisan kek dengan menggunakan penekan kek atau alat lain yang besesuaian. Kemudian lapiskan lagi dengan adunan seterusnya. Ulangi proses hingga habis lapisan coklatnya.
Teruskan melapis dengan lapisan putihnya pula sehingga habis. (Untuk memastikan lapisannya sama rata, adunan boleh disukat menggunakan bekas-bekas kecil atau cawan-cawan kecil yang sama saiznya jika tak yakin menggunakan sudu makan).
Setelah habis membakar semua lapisan, bakar untuk keseluruhan kek selama 5-6 minit dengan suhu 160C (api atas dan bawah) atau ikut keselesaan masing-masing.
Sejukkan kek setelah dikeluarkan dari oven. Setelah itu, potong kek dan hidangkan.

**Jika lapisan kek agak kering, bolehlah disapukan dengan sedikit mentega terutama yang menggunakan tepung gandum.
**Kek ini boleh bertahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.
**Semakin lama kek disimpan semakin sedap dan moist

17 comments:

  1. fav sy kek lapis ni warrghhhh

    ReplyDelete
  2. TKSH ANIES KAK PUN MMG SUKA KEK YG BRCOKLAT NI

    ReplyDelete
  3. Saya tak pandai buat kek...masa muda dulu suka makan kek2 ni tapi bila usia meningkat dah tak berapa nak minat sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH MALA KAK MMG SUKA KEK...TAPI MKN SKT JE

      Delete
  4. PC suka makan kek..terima kasih kak PI share resipi ya :)

    ReplyDelete
  5. aduhai sedapnya resepi.. terliur sungguh ni kak :)

    ReplyDelete
  6. wow..sedap ni. Bole bagi idea untuk juadah berbuka puasa..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Tengok gambo pun dah terliur, ishh..bulan posa memang gini la..hehe
    Popia basah tu memang feveret anak sulung saya. Boleh la nanti saya kirim resepi tu kut2 dia nak cuba buat di sana. yalah, kat mesir confirm takdok popia basah ni..hehe

    ReplyDelete
  8. wah! tq kak PI share resepi... haih, aina pantang betul kek ber cheese cheese ni.. hihi. boleh la aina cuba nnti. insyaallah. =)

    ReplyDelete
  9. WSALAM TKSH DIK USTAZ DOANYA...WAH SAYU JG HATI TRKNANGKN ANK YG JAUH DI RANTAUAN YA

    ReplyDelete
  10. TKSH AINA CUBALAH SEDAP TU

    ReplyDelete
  11. TKSH ACIK BOLEH PILIH MANA SATU RESPI NK CUBA

    ReplyDelete
  12. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah dikasihi....

    Alhamdulillah, saya suka resepi popia basah tu, nanti saya cuba. Saya sangat suka makan popia basah. Kat Sarikei ni, tak ada orang jual. Masa praktikum ngajar di Serempan dulu, popia basah ni makanan buka puasa setiap hari. Tak makan nasi pun tak apa. Rindu nak makan popia basah.

    Terima kasih sudah berkongsi resepinya kak. Salam kasih dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist