Wednesday 14 June 2017

BERTEMU SEBENTAR KENANGAN ABADI...

ASSALAMUALAIKUM...

BERTEMU SEBENTAR KENANGAN ABADI

UMMU ATTIFFI ILHAMI

Mazlinda namamu semanis raut wajah berseri
Senyuman membasahi bibir terlorek ayu
Menghulur salam pada sebuah pertemuan tanpa duga
Hadir dengan kemesraan tulus dan ramah bicara mulus
Terngiang-ngiang suara lunak bicara
Walau sebentar cuma bersua.
Khabar maya melakar ceritera keuzuranmu
Hatiku sebu terharu
Gugur air mata menderu
Melihatmu terbujur lesu
Kuiring doa dinimalam sunyi
munajat mohon belas kasih-Nya
Agar kemashylahatanmu kembali sediakala
Namun berat hatimu
Melangkah pergi mendahului menemui Kekasih abadi
Berbahagialah Ummu Atiffi Ilhami di sisi-Nya
Inalillah ilaihirojiun
Kepada-Nya kita kembali
Pasti.
Alam baqa selamanya

Paridah Ishak
Selayang Utama
14/06/017








11 Nov2016

Catatan kenangan abadi Puan Ummu Atiffi Ilhami di wall fb beliau mengenai PI pada 11 November 2016 rentetan pertemuan yang berlaku antara PI  dirinya dan suaminya ustaz Ilhami Hisham penerbit BeTA. Kunjungan beliau dan suaminya ke rumah anak PI kerana menghantar antologi puisi HIJRAH MERDEKA dan antologi C2N RAJAQNA yang telah diterbitkan pihak BeTA
.
Mesra sekali bicara yang ditutur editor Pendidikan KARANGKRAFmembalas jawab pertanyaan anak perempuan PI yang kebetulan ada bersama PI.  Rasa kagum amat semangat dirinya yang kuat berupaya menjalani hidup dan urusannya walau baru saja usai menjalani pembedahan kanser payudara. Sentiasa bersikap positif menempuh hari yang dilaluinya penuh dugaan.

29 tahun lalu, kemalangan jalan raya telah mengakibatkan dia lumpuh hingga sekarang.
Namun wanita ini memiliki jiwa kental.
Walau mulut tidak lagi dapat bertutur, kaki tidak mampu menapak, dengan sebelah tangan jejarinya menari laju di papan kekunci komputer.
Dengan pergerakan lima jemari itulah terhasil beratus puisi dan cerpen karyanya. Ada yang sudah terbit dan ada yang menunggu giliran.
Melihat kegigihannya saya jadi malu pada diri sendiri...
Petang tadi selesai menjalani RT, saya sempat menziarah wanita ini, bonda Paridah Ishak!
Kegigihan dan semangatnya benar-benar memancung keadaan.

Catatan ustaz Ilhami Hisham dalam wall fb beliau yang ditag kepada PI…terharu sungguh hati PI menerima penghargaan daripada sepasang suami isteri penulis ternama ini.

Beliau insan hebat. Anugerah-Nya.
Itu tiga kalimat yang kusangkutkan di siling hatiku sendiri. Banyak ilmu, maklumat dan pengalaman dapat kukutip ketika menziarahinya tadi petang. Kami temui di kediaman beliau di Selayang Utama.
Kak 
Paridah Ishak menerima kedatangan kami yang tidak disangka-sangka itu dengan kuntuman senyum yang manis. Kemesraannya jelas ketika beramah-mesra. Meskipun tidak banyak perkataan yang mampu diungkapkan, namun kami amat memahami isi hatinya.
Menurut anak perempuannya, seorang guru Sains, kemalangan melibatkan semua anggota keluarga mereka itu berlaku pada 1985.
"Ketika itu, saya berusia tujuh tahun," tukasnya.
Dalam hati, aku membayangkan bagaimana Kak Paridah membesarkan anak-anaknya dalam keadaan begitu. 
Kini, beliau terus-menerus menulis. Meskipun dengan sebelah tangan cuma. Namun karyanya amat hebat dan bernilai. Boleh dikatakan karyanya terdapat di dalam semua lapan buku projek BeTA sehingga ini.
Tidak banyak kesilapan ejaan, tanda baca dan ketata-bahasaan dalam nukilan beliau. Membuktikan beliau berkarya dengan penuh ketelitian.
Hasilnya, sajak beliau telah mendapat salah satu daripada tempat utama dalam Sayembara Menulis Sajak Hijrah Merdeka anjuran BeTA pada bulan Ogos lalu.


SALAM TAKZIAH KEPADA USTAZ ILHAMI YANG KEHILANGAN ZAUJATI TERCINTA JUGA ANAK-ANAK DITINGGAL UMMI KESAYANGAN MENURUTI TAKDIR-NYA YANG TERSURAT...MOGA ROH ALLAHYARHARMAH MAZLINDA DICUCURI RAHMAT-NYA DAN BERADA DI KALANGAN PARA SOLEHIN DI SISI KEKASIH ABADI SEJATI


7 comments:

  1. AllahuAkbar.. Saya bersahabat blog dengan orang yang hebat!

    Al-Fatihah buat yang telah pergi. Semoga Allah s.w.t ampunkan dosanya dan moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aminn.

    Kak Paridah, saya update di blog baharu. Jemputlah singgah kak Paridah.

    https://faarihin-talip.blogspot.my/

    Moga saya juga dapat belajar sesuatu dari Kak Paridah. Segan pula saya nak panggil 'Kak Paridah'. Sebetulnya saya kena panggil Puan Paridah. Huhuhu.

    ReplyDelete
  2. TKSH FAARIHIN ...AMIIN KITA DOAKAN YG TERBAIK UTK ALLAHYARHAM MAZLINDA..ALLAH AMAT MENCINTAINYA...KITA KAN DH LAMA KENAL PNGGIL SAJA APA SELESA..PANGGIL MAMA PUN OK SBB FAARIHIN BAYA ANAK2 MAMA JUGA

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan menempatkan rohnya dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah.. aamiin.

    ReplyDelete
  4. TKSH...DIK KK AMIIN ALLAH MENYINTAINYA

    ReplyDelete
  5. Dari Nya kita datang, kepada Nya juga kita kembali.
    Moga rohnya dicucuri rahmat..aamiin
    Al Fatihah

    ReplyDelete
  6. AMIIN TKSHFIDAH..DOA DIIRING SELALU

    ReplyDelete
  7. Al fatihah..
    Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..
    Dan ditempatkan bersama para solehin..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist