بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

TAMAN SYURGA
Termangu berteleku terkaku
di batas rindu berurai air mata
justeru genggaman tangan yang terlerai satu persatu
merakam memori silih ganti.
Pamitan menggusarkan perasaan
tiada lagi ayahanda mengiring jerih rasa hidup
yang menggelombang ombak pasang surut
mengongsi derita usia
sambil berkarya mengais rezeki bertani
hingga akhir nafasnya.
Hilang sudah kelibat Pak Lang
kala senja menjelang dalam sujud subuh panjang
lelah membajak bendang.
Melangkah jauh meninggalkan jejak
budinya berserak.
Suara bonda Ateh telah sirna
sentuhannya lunak dengan senyum tawa
mengadun pegaga, serai, lengkuas, aneka pucuk kayu
ramuan nasi ulam
Ramadan lalu
sandaran dukaku seketika
gamit selera.
Mengimbau citra
deruan hujan mendingin nyaman pagi
khabar dibawa menyetuh hati
terkedu terkesima sendu berlagu sayu
Pak Njang adinda ayahandaku keempat
sudah berpindah tempat.
Hapus bicara alam sementara
seorang bapa saudara
kebaikannya gemerlapan bak mutiara.
Insan kamil mulia tidak lokek keprihatinan
adalah para petani gigih
cinta akan tanah-Nya.
Lalu penyesalanku berpanjangan
lantaran tiada dayaku membalas
segenap kebajikan yang bertabur sepanjang
denai kehidupanku
hingga pengakhiran.
Jasa budi kenangan abadi
hingga bersua lagi di sisi Dia
kelak yang pasti
di sebuah taman syurga.

Paridah Ishak
Selayang Utama
30/01/017


14 comments - "TAMAN SYURGA.."

raihanah delete icon 2 May 2017 at 08:22

thanks kak PI, sangat bermanfaat

nadhie wueen delete icon 2 May 2017 at 08:37

mencoret kenangan di taman syurga

paridah delete icon 2 May 2017 at 10:42

TKSH HAA SEKADAR MENGONGSI KARYA

paridah delete icon 2 May 2017 at 10:42

HANA

paridah delete icon 2 May 2017 at 10:43

TKSH NADHIE..SYURGA IMPIAN KITA

Warisan Petani delete icon 2 May 2017 at 11:22

Wkmsalam.
Sedekahkan Al-Fatehah untuk mereka.
Semoga roh2 mereka dicucuri rahmat.

paridah delete icon 2 May 2017 at 11:30

TKSH WP YA MRK DLM INGATAN ABADI

PeRdU cINta delete icon 2 May 2017 at 11:48

Satu saat bila waktunya tiba..kita juga pasti menuruti.

Fidah Shah delete icon 2 May 2017 at 12:03

Sedih bila mengenangkan mereka yang telah mendahului.
Moga syurga tempat kita semua...aamiin

webctfatimah delete icon 2 May 2017 at 12:34

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak.... begitulah kehidupan kita di dunia ini. Kelak kita juga akan menyusuri langkah yang sudah pergi. Bersedia menuju Ilahi dan mengharap Taman Syurgawi. Semoga almarhum dan almarhumah akan sentiasa bahagia di sisi Allah Yang Maha Mengasihani. Sayu sekali gurindamnya kak. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

paridah delete icon 2 May 2017 at 16:23

TKSH PC MMG PASTI TU

paridah delete icon 2 May 2017 at 16:25

TKSH FIDAH DOAKAN KITA SEMUA KE SYURGA

paridah delete icon 2 May 2017 at 16:32

TKSH CT FATIMAH WSALAM...KEHIDUPAN KITA YG BERMULA PASTI ADA PENGAKHIRANNYA.

Khir Khalid delete icon 3 May 2017 at 07:41

Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas roh mereka2 yg telah pergi.. Al Fatihah... aamiin.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”