بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...



MARHABAN RAMADAN MUBARAK

Ramadan indah hadir berseri
sinar purnama serlah berkah
menghulur rahmat sehari-hari
menggalak umat amal ibadah.

Bersolat kusyuk penuh tawaduk
puasa pula hinggalah Maghrib
hadapan Allah sujud menunduk
jiwa hamba sopan bertertib.

Amal ibadah ikhlas lakukan
Allah janjikan ganjar berganda
bersujud tulus demi ampunan
Kasihnya Allah hanya di damba.

Purnama Ramadan sinar cerlang
aura bahagia gilang-gemilang.

Paridah Ishak
Selayang Utama

11/05/017

16 ulasan - "SONETA MARHABAN RAMADAN..."

PeRdU cINta delete icon 24 Mei 2017 10:37 PTG

InsyaAllah kurang 3 hari...
Girang sungguh rasa hati
Menanti Ramadhan penuh syukur
Moga amalan sentiasa diberkati
Menuntut seperti apa dianjur

paridah delete icon 25 Mei 2017 4:16 PG

TKSH PC XSABAR MENUNGGU HADIRNYA RAMADAN...

saniah ibrahim delete icon 25 Mei 2017 11:41 PG

Salam Ramadhan PI...semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah puasa.

webctfatimah delete icon 25 Mei 2017 12:01 PTG

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak paridah dikasihi....

Semoga tempoh berbaki dua hari ini, Allah masih menyempatkan umur kita untuk meneruskan Ramadhan yang nakal tiba nanti. Aamiin. Marhaban Ya Ramadhan al Mubarak.

Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

nohas delete icon 25 Mei 2017 3:59 PTG

Salam Ramadhan Al-Mubarak, Kak PI..

abuikhwan delete icon 26 Mei 2017 8:09 PG

Assalamuaaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Ramadhan kian melambai membuka pintunya. Gembiralah mereka yang tahu erti rahmat dan keberkatan yang ada di dalamnya. Moga kita semua diberikan kekuatan dan upaya untuk beribadah di sepanjang Ramadhan ini.
"Salam Ramadhan a-Mubarak buat akak Paridah sekeluarga"

paridah delete icon 26 Mei 2017 8:43 PG

TKSH SANIAH..MOGA KITA SEMUA SHT SJHTRA N MSH BERPLUANG BERADA DI BULANMULIA INI

paridah delete icon 26 Mei 2017 8:46 PG

WSALAM DIK CT FTIMAH MOGA KITA DIBERI RAHMAT-NYA PELUANG UTK BERIBADAH DI BULAN YG PENUH BERKAH INI

paridah delete icon 26 Mei 2017 8:47 PG

TKSH NOHAS SALAM RAMADAN

paridah delete icon 26 Mei 2017 8:52 PG

WSALAM DIK USTAZ DOANYA TKSH...MOGA KITA MENFAATI ANUGERAH ALLAH YG ISTIMEWA DI BULAN RAMADAN YG DILIMPAHKAN SELURUH KEBERKATANNYA DGN BERIBDAH SEBAIKNYA..SALAM RAMADAN MUBARAK DIK USTAZ

dear anies delete icon 26 Mei 2017 12:06 PTG

mengharap ramadan kali ini lbh baik drpd sebelumnya... aminnn

Fidah Shah delete icon 26 Mei 2017 4:53 PTG

Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna..

Khir Khalid delete icon 26 Mei 2017 7:15 PTG

Subhanallah walhamdulillah... Ramadan Al Mubarak kini tiba...

paridah delete icon 29 Mei 2017 9:30 PTG

TKSH ANIES..AMIIN..MOGA2 BGITULH

paridah delete icon 29 Mei 2017 9:33 PTG

TKSH FIDAH INN SYAA ALLAH

paridah delete icon 29 Mei 2017 9:36 PTG

TKSH DIK KK AMIIN..MOGA KITA MMPU ,ML,ATI BERKAH RAHMAHRAMADAN HINGGA AKHIRNYA

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”