Monday 15 May 2017

SELAMAT HARI GURU...

ASSALAMUALAIKUM...


SELAMAT HARI GURU

GURU SUMBER ILHAM

Berburu ke padang datar,
dapatlah rusa berbelang kaki;
berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi.

Pohon kayu tidak berbuah,
begitulah ilmu tanpa amalan.
Pasar jalan kerana diturut,
lancar kaji kerana diulang.

Sabar itu penghilang penat,
tekun pula pembawa dekat.
Murabbi penuh dedikasi
nurani tulus ikhlas sebar ilmu
demi anak bangsa pewaris watan
memajukan diri
seiring globalisasi.
Terima kasih baik budi
para murabbi disanjung tinggi.

Parida Ishak
Selayang Utama

15/05/017

12 comments:

  1. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru. Mudah-mudahan segala jasa dan bakti guru diganjari dengan sebaik-baik ganjaran...amiinn

    ReplyDelete
  2. hari ni anak kesekolah dgn membawa sedikit hadiah utk guru kelasnya

    ReplyDelete
  3. WSLAM DIK USTAZ..TKSH DOANYA...AMIIN..MJADI GURU MNURUNKN ILMU BRMNFAAT GANJRANNYA BRIBU RHMAT-NYA

    ReplyDelete
  4. Selamat hari guru buat warga pendidik.

    Walaupun sekolah anak Mrs. A sedang exam tapi hari ini mereka tiada exam sebab sambutan hari guru.

    ReplyDelete
  5. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak...

    Terharu membaca puisi akak di atas, terasa diri ini disanjung sebagai guru yang sudah 22 tahun mengajar. tidak menyangka sudah selama itu saya di dunia pendidikan ini. Selamat hari Guru kepada semua sahabat guru. Semoga mendapat ganjaran dari Allah SWT atas segala pengorbanan yang dicurahkan buat anak bangsa.

    Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  6. selamat hari guru kepada semua warga pendidik

    ReplyDelete
  7. selamat hari guru untuk warga pendidik..

    ReplyDelete
  8. selamat hari guru buat semua pendidik, seronok dapat meraikan guru2 yangtelah banyak berjasa

    ReplyDelete
  9. Moga setiap ilmu yang dikongsi oleh para guru menjadi bekalan pahala di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  10. selamat hari guru untuk cikgu pembaca blog mkcikPah nih., ;p

    ReplyDelete
  11. Guru pembina negara bangsa... slmt hari guru buat semua guru.

    ReplyDelete
  12. selamat hari guru... tanpa guru siapalah kita hari ini

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist