بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


SELAMAT HARI GURU

GURU SUMBER ILHAM

Berburu ke padang datar,
dapatlah rusa berbelang kaki;
berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi.

Pohon kayu tidak berbuah,
begitulah ilmu tanpa amalan.
Pasar jalan kerana diturut,
lancar kaji kerana diulang.

Sabar itu penghilang penat,
tekun pula pembawa dekat.
Murabbi penuh dedikasi
nurani tulus ikhlas sebar ilmu
demi anak bangsa pewaris watan
memajukan diri
seiring globalisasi.
Terima kasih baik budi
para murabbi disanjung tinggi.

Parida Ishak
Selayang Utama

15/05/017

14 ulasan - "SELAMAT HARI GURU..."

abuikhwan delete icon 16 Mei 2017 7:50 PG

Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru. Mudah-mudahan segala jasa dan bakti guru diganjari dengan sebaik-baik ganjaran...amiinn

Kamsiah Yusoff delete icon 16 Mei 2017 8:27 PG

hari ni anak kesekolah dgn membawa sedikit hadiah utk guru kelasnya

paridah delete icon 16 Mei 2017 9:18 PG

WSLAM DIK USTAZ..TKSH DOANYA...AMIIN..MJADI GURU MNURUNKN ILMU BRMNFAAT GANJRANNYA BRIBU RHMAT-NYA

Mrs. A delete icon 16 Mei 2017 10:06 PG

Selamat hari guru buat warga pendidik.

Walaupun sekolah anak Mrs. A sedang exam tapi hari ini mereka tiada exam sebab sambutan hari guru.

webctfatimah delete icon 16 Mei 2017 10:40 PG

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak...

Terharu membaca puisi akak di atas, terasa diri ini disanjung sebagai guru yang sudah 22 tahun mengajar. tidak menyangka sudah selama itu saya di dunia pendidikan ini. Selamat hari Guru kepada semua sahabat guru. Semoga mendapat ganjaran dari Allah SWT atas segala pengorbanan yang dicurahkan buat anak bangsa.

Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

raihanah delete icon 16 Mei 2017 1:40 PTG

selamat hari guru kepada semua warga pendidik

mrhanafi delete icon 16 Mei 2017 2:58 PTG

selamat hari guru untuk warga pendidik..

aryan azra delete icon 16 Mei 2017 3:48 PTG

selamat hari guru buat semua pendidik, seronok dapat meraikan guru2 yangtelah banyak berjasa

Dewi Aja delete icon 16 Mei 2017 4:08 PTG

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Hasliynda Umairah delete icon 16 Mei 2017 5:28 PTG

selamat hari guru

PeRdU cINta delete icon 16 Mei 2017 7:34 PTG

Moga setiap ilmu yang dikongsi oleh para guru menjadi bekalan pahala di akhirat kelak..

tiga lalat delete icon 17 Mei 2017 8:43 PG

selamat hari guru untuk cikgu pembaca blog mkcikPah nih., ;p

Khir Khalid delete icon 18 Mei 2017 9:17 PTG

Guru pembina negara bangsa... slmt hari guru buat semua guru.

dear anies delete icon 22 Mei 2017 11:47 PG

selamat hari guru... tanpa guru siapalah kita hari ini

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”