Friday 26 May 2017

SAYEMBARA PUISI KATERPILAR...



ASSALAMUALAIKUM...

SAYEMBARA PUISI KATA-PILAR 2017

Pengenalan:
Penerbitan Kata-Pilar (Kata-Pilar Books) selama beberapa tahun giat meraikan penulisan puisi melalui penerbitan hampir 30 judul kumpulan dan antologi puisi (sebelum ini menerusi GKLN). Sebahagian daripadanya turut mendapat perhatian pengkritik dan peminat puisi serta mendapat tempat dalam Hadiah Sastera Perdana dan Hadiah Sastera Darul Iman (kumpulan puisi terbaik). Sebagai meneruskan kesinambungan ini, Kata-Pilar Books mengambil inisiatif menganjurkan sayembara puisi buat julung kalinya secara terbuka bertujuan merancakkan selain mencari naskhah-naskhah yang berpotensi untuk diterbitkan.
Syarat pertandingan:
1) Minima 50 buah puisi (per manuskrip/penyertaan). Panjang setiap puisi adalah bebas.
2) Tema bebas. Penilaian adalah secara kolektif (per manuskrip) maka tema yang seragam atau harmoni boleh memberi kelebihan.
3) Puisi sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.
4) Tujuan sayembara adalah mendapatkan manuskrip kumpulan puisi terbaik. Sebaik-baiknya kesemua puisi tidak pernah diterbitkan di mana-mana penerbitan.
Walaubagaimanapun, penganjur membenarkan maksimum hanya 10 puisi yang pernah diterbitkan secara eceran (dengan syarat tidak terikat dengan sebarang hakcipta dengan penyiar asal dan bukannya diterbitkan dalam bentuk buku atau antologi). Puisi yang pernah diterbitkan perlu dinyatakan di mana dan bila diterbitkan.
5) Tiga manuskrip yang dirasakan layak akan menerima Hadiah Utama berupa RM3000 (minimum) advanced royalty dan diterbitkan sempena PBAKL 2018.
6) Manuskrip lain yang dirasakan baik dan sesuai juga berpeluang untuk diterbitkan (sebagai Hadiah Khas).
7) Bagi mendapatkan koleksi dan konsep penerbitan terbaik, pihak penganjur / penerbit berhak untuk menentukan susun atur, konsep, dan kandungan manuskrip (ini termasuklah menambah, menggugurkan atau meminta penulis melakukan suntingan terhadap naskhah).
8) Jumlah penyertaan tidak terhad, tetapi hanya seorang penulis untuk setiap penyartaan (tidak boleh berkongsi/gabung penulis).
9) Karya mestilah asli. Bukan terjemahan. Puisi yang tersiar di blog atau media sosial perlu didelete atau diprivatekan.
10) Penyertaan hendaklah
12/05/017


 ditaip langkau satu baris dalam file MS word dan diemelkan ke: katapilarsayembara@yahoo.com.
11) Sertakan bersama butir lengkap termasuk:
* Nama
* Tarikh lahir
* Alamat
* No telefon
* Akaun media sosial
12) Tarikh tutup penyertaan pada 1 November 2017.
13) Keputusan hakim adalah muktamad.
14) Sebarang pindaan, perkembangan, dan pengumuman mengenai sayembara ini akan dibuat di page Kata-Pilar Books. Jangan lupa 'search' dan 'follow' untuk tidak ketinggalan mengikuti sebarang makluman.
Sebarang pertanyaan boleh kemukakan (mesej) ke laman Kata-Pilar Books.
SELAMAT BERKARYA!
Kata-Pilar Books
Metamorfosis dengan buku.

10 comments:

  1. Selamat berpuasa..peluang keemasan sebenarya kpda yang berbakat sebagai penulis sajak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH CIKGU ETUZA SALAMRAMADAN..KPD YG BERMINAT ELOK MNCUBA

      Delete
  2. Wahh.. good luck ya kak :) Dan salam ramadhan saya ucapkan :)

    ReplyDelete
  3. TKSH NADHIE..SALAMRAMADAN..JOM CUBA

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. Menarik ni. Teringin sekali nak menyertai. Tapi saya main tulis aje. Entah betul atau tidaklah gaya puisinya. Huhu.

    ReplyDelete
  5. TKSH FAARIHIN...CUBA SAJA TULIS N HNTR

    ReplyDelete
  6. tak berbakat saya ni, kalau tidak boleh juga mencuba

    ReplyDelete
  7. peluang baik untuk mereka yang berbakat
    salam Ramadhan Kak

    ReplyDelete
  8. kalau laa sy pandai berpuisi...

    ReplyDelete
  9. Peluang yg baik mengasah bakat.. menarik..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist