Wednesday 19 April 2017

WAU EMAS...

ASSALAMUALAIKUM...




WAU EMAS

(Mengenang kehilangan MH370)

Bertahun lalu
Wau emasku leka bermain awan
ke utara
ke selatan
ke timur
ke barat...
dengan senyum ceria
menghulur salam.
Sayang 
tali kipas takdirnya terputus
tiada daya mengawalnya melawan
hembusan angin langit
lazuardi
yang menghumbankannya
ke samudera bergelora
hilang ditelan alam gelita
puas dicari ke mana-mana.

Ah!
alangkah sedih
alangkah sendu
menemuimu begitu
berlinangan airmata
hilang suara
menangisinya.
hiba.
sayapmu patah
wajahmu basah... 
demikianlah takdir Allah.


Hati ini melihatmu
masih terbang sambil melambai-lambai
mengucapkan salam perpisahan
menongkah arus lautan
menujah langit dalam perjalanan berterusan
langkah mendahului yang lain-lain.
walau sukarnya hati melepaskanmu pergi..
tapi zahirmu rahmat ilahi
kepada-Nya dirimu kembali.

Paridah Ishak
Selayang Utama


18 comments:

  1. Wkmsalam.
    MH370
    Kepergianmu suatu misteri

    ReplyDelete
  2. TKSH WP YA MISTERI MNJADI RAHSIA ALLAH..

    ReplyDelete
  3. kesian bila memikirkan nasib mereka

    ReplyDelete
  4. sedih bila mengenangkan peristiwa ni...misteri tk terungkap...
    tiada kubur utk diziarahi..Al-fatihah buat mereka yg terkorban..

    ReplyDelete
  5. Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan. Sampai skrang pun anak KA si Adik masih berharap lagi sedih lah kak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM KHAMIS KA PERISTIWA BERLAKU ADIK MSH KECIL TAPI SDH TAHU N MEMAHAMI

      Delete
  6. Mmmm...memang sangat misteri...

    ReplyDelete
  7. TKSH HANA YA KHILNGN MRK PENUH MISTERI

    ReplyDelete
  8. TKSH NOHAS..MRK HLNG DARI PNDANGN SEKELIP MATA NAMUN KEKAL DLM INGATAN

    ReplyDelete
  9. TKSH MALA MISTERI YG BELUM TERUNGKAP LAGI

    ReplyDelete
  10. Simpati dengan ahli keluarga yang terlibat.

    Semoga tabah dan redhakanlah.

    ReplyDelete
  11. entah kemana menghilang..misteri sungguh.

    ReplyDelete
  12. Kehilangan yang masih menjadi misteri
    Kesian pada ahli keluarga yang masih tertunggu-tunggu

    ReplyDelete
  13. Kehilangan yang misteri. Sehingga kini tertanya2 apa yang jadi sebenarnya. huhue

    ReplyDelete
  14. TKSH FIDAH KELUARGA MSH MGHARAPKN KEPULANGN MRK TENTUNNYA

    ReplyDelete
  15. TKSH NADHIIE SETIAP KEJADIAN ALLAH PENENTUNNYA N MINTA KITA BERFIKIR AKANNYA

    ReplyDelete
  16. TKSH MRSA UBATI LUKA HATI DGN REDA

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist