بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...




WAU EMAS

(Mengenang kehilangan MH370)

Bertahun lalu
Wau emasku leka bermain awan
ke utara
ke selatan
ke timur
ke barat...
dengan senyum ceria
menghulur salam.
Sayang 
tali kipas takdirnya terputus
tiada daya mengawalnya melawan
hembusan angin langit
lazuardi
yang menghumbankannya
ke samudera bergelora
hilang ditelan alam gelita
puas dicari ke mana-mana.

Ah!
alangkah sedih
alangkah sendu
menemuimu begitu
berlinangan airmata
hilang suara
menangisinya.
hiba.
sayapmu patah
wajahmu basah... 
demikianlah takdir Allah.


Hati ini melihatmu
masih terbang sambil melambai-lambai
mengucapkan salam perpisahan
menongkah arus lautan
menujah langit dalam perjalanan berterusan
langkah mendahului yang lain-lain.
walau sukarnya hati melepaskanmu pergi..
tapi zahirmu rahmat ilahi
kepada-Nya dirimu kembali.

Paridah Ishak
Selayang Utama


18 ulasan - "WAU EMAS..."

Warisan Petani delete icon 19 April 2017 11:43 PTG

Wkmsalam.
MH370
Kepergianmu suatu misteri

paridah delete icon 20 April 2017 9:21 PG

TKSH WP YA MISTERI MNJADI RAHSIA ALLAH..

raihanah delete icon 20 April 2017 9:32 PG

kesian bila memikirkan nasib mereka

nohas delete icon 20 April 2017 9:46 PG

sedih bila mengenangkan peristiwa ni...misteri tk terungkap...
tiada kubur utk diziarahi..Al-fatihah buat mereka yg terkorban..

Kesuma Angsana delete icon 20 April 2017 11:19 PG

Salam Khamis.Menyinggah bila ada kelapangan. Sampai skrang pun anak KA si Adik masih berharap lagi sedih lah kak !

Normala Saad delete icon 20 April 2017 3:30 PTG

Mmmm...memang sangat misteri...

paridah delete icon 20 April 2017 3:52 PTG

TKSH HANA YA KHILNGN MRK PENUH MISTERI

paridah delete icon 20 April 2017 3:56 PTG

TKSH NOHAS..MRK HLNG DARI PNDANGN SEKELIP MATA NAMUN KEKAL DLM INGATAN

paridah delete icon 20 April 2017 3:59 PTG

SALAM KHAMIS KA PERISTIWA BERLAKU ADIK MSH KECIL TAPI SDH TAHU N MEMAHAMI

paridah delete icon 20 April 2017 4:02 PTG

TKSH MALA MISTERI YG BELUM TERUNGKAP LAGI

Mrs. A delete icon 20 April 2017 4:44 PTG

Simpati dengan ahli keluarga yang terlibat.

Semoga tabah dan redhakanlah.

Mas_FVOME delete icon 20 April 2017 6:02 PTG

entah kemana menghilang..misteri sungguh.

Fidah Shah delete icon 20 April 2017 6:08 PTG

Kehilangan yang masih menjadi misteri
Kesian pada ahli keluarga yang masih tertunggu-tunggu

nadhie wueen delete icon 20 April 2017 7:02 PTG

Kehilangan yang misteri. Sehingga kini tertanya2 apa yang jadi sebenarnya. huhue

paridah delete icon 20 April 2017 9:33 PTG

TKSH MAS KEHILANGANYG MEMSYHKILKAN KITA

paridah delete icon 20 April 2017 9:38 PTG

TKSH FIDAH KELUARGA MSH MGHARAPKN KEPULANGN MRK TENTUNNYA

paridah delete icon 20 April 2017 9:44 PTG

TKSH NADHIIE SETIAP KEJADIAN ALLAH PENENTUNNYA N MINTA KITA BERFIKIR AKANNYA

paridah delete icon 20 April 2017 9:46 PTG

TKSH MRSA UBATI LUKA HATI DGN REDA

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”