Thursday 6 April 2017

SUARA ANEH DARI KUBUR...

ASSALAMUALAIKUM..




TUMPAT - Bunyi aneh suara nyaring seperti seorang lelaki bertempik yang datangnya dari kawasan tanah perkuburan gemparkan penduduk kampung Cherang Melintang.

Suara yang menyeramkan itu didengari seorang penduduk dua minggu lalu ketika berada di rumahnya bersebelahan tanah Perkuburan Islam Mukim Jal Besar.

Sejak itu, cerita misteri suara dari kubur mula tersebar dari mulut ke mulut sehingga ada penduduk mula rasa takut dan ada juga yang menganggap ianya cerita tahyul.

Ia juga menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial apabila status misteri suara aneh dari kubur itu dimuatnaik di media sosial semalam.

Mahadi Mat Salleh, 45, berkata tiga kali dia mendengar suara lelaki bertempik yang menyeramkan sehingga bulu romanya meremang.

"Suara itu jelas kedengaran dan amat nyaring bunyinya sehingga mengejutkan saya, tiga kali saya dengar ia bertempik.

"Ketika itu saya berada di belakang rumah kira-kira jam 10 malam kerana mahu mengambil tukul," katanya.


- See more at: http://pahang-ku.blogspot.my/2017/04/suara-aneh-dari-kubur-gemparkan-penduduk.html#sthash.qzz1CAez.dpuf

18 comments:

  1. betul ke Kak..ishh seram pulak rasa..

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak tau nak kata apa.

    ReplyDelete
  3. TKSH MRS FUZY astaghfirullah..kejadian Allah penuh rahsia.

    ReplyDelete
  4. TKSH ADAM..TERKEDU KITA BERFIKIR

    ReplyDelete
  5. TKSH HANA DGR CERITA PUN SERAM KAN

    ReplyDelete
  6. Tiada yang mustahil dengan kehendak Allah..

    ReplyDelete
  7. TKSH PC ALLAH MENGINGATKAN KITA YG LALAI LEKA

    ReplyDelete
  8. kun faya kun..semuanya terjadi dgn kuasa Allah Yang Maha Besar..

    ReplyDelete
  9. Seram jugak..
    Atau juga satu peringatan untuk kita.. :(

    ReplyDelete
  10. Orang2 tua ada cerita selalunya binatang akan dengar suara2 dari dalam kubur. Kuasa Tuhan kan...

    ReplyDelete
  11. TKSH NOHAS ALLAH HUAKBAR..

    ReplyDelete
  12. TKSH FIDAH ALAM FANA SEMENTARA JE

    ReplyDelete
  13. TKSH MALA..HAIWAN DIBERI KEBOLEHANYA YG TERSENDIRI KAN

    ReplyDelete
  14. TKSH MKL..SERAM MENGINGATKAN TU

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas peringatan. perkongsian yang bermanfaat :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist