Tuesday 11 April 2017

SANGKAKALA...

Assalamualaikum...

SANGKAKALA.

Tiupan halus berskala tetap dirasa
ribut kencang menerbangkan
taufan beliung memusarkan melambungkan
gerak gempa meranapkan
puing puing keruntuhan berserakan.

Rabbi memperlihatkan
sangkakala sezarah di langit tinggi lazuardi
dihembus mulus ke ruang dunia
maka
bergejolaklah laut menghempas gelora
ikan-ikan kerang-kerangan mendapar diri ke pantai
ayam itik lembu kambing berlarian ke perbukitan
dan tsunami Aceh mencatat sejarah disember 2003
laut menengelamkan
apa saja dihanyutkan
tiada maaf tiada ampunan
padang jarak padang terkukur nan kosong lapang
ditinggalkan
tanda Allah sedang menghukum kezaliman.

Lengkaran magma di bawah bumi berapi marak
kadang bergeser kadang bergerak
kadang menyalakan muka gunung
Karakatoa Sinabung sambung menyambung
memuntahkan bara mengalirkan lahar.

Sains teknologi diaplikasi
kecanggihan diperakui metah mengagumi
gajet-gajet berkelui mengabarkan
segenap penjuru alam di pasang
namun kesudahan yang pasti Allah menghendaki
apapun terjadi.

Lalu beringatlah aduhai anak bangsa se nusantara
Lalai alpa di alam fana.

Paridah Ishak
Selayang Utama.
gempa Miyagi menggegar Sendai
dan Jepun menangisi tsunami 2011
alangkah sedih alangkah belas
sekejip mata ribuan yang tersayang
hilang daripada pandangan.

Sangkakala berdesir mersik
2013 Haiyan merisik
CEbu Letye Samar dikunjung takdir
taufan menggulung apa saja
sendu berlagu di Filipina.

Ramadan sepekan menjelang 
dinanti penuh debaran
mengharapkan limpah kurniaan ampunan
menghapus debu dosa kotoran
terkedu termangu tersedu
kabar duka daripada puncak Kinabalu
malim-malim gunung pendaki gunung
tersasar tersesat bingung
menjunam ke lurah gaung dalam
yang dalam kelam
angkara gempa menggegar alam.

Mungkinkah justeru terlanggar resam dan adat
pendaki asing yang kurang adab
di puncak negara lambang negeri
sebebas rasa gerakgeri
tiada malu manusiawi
dipesan diulangi berkali-kali masih jua diulangi.

Gelabah kita ditimpa musibah
walau sebenarnya itulah rahim Allah.

Setiap ujud kejadian berhikmah
ujian dugaan bersilih datang memberi ingatan
bahawa sangkala Allah telah berhembus
demi masa ketikanya bila-bila saja
segalanya akan nil
AllahhuAkbar.

PARIDAH ISHAK
TAMAN SELAYANG UTAMA


25 comments:

  1. Allahuakbar! mmg tak boleh kita tk dapat lari dan semoga kita dipermudahkan dengan amalan2 soleh yang telah kita lakukan..

    ReplyDelete
  2. TKSH MRS FUZY KITA BORDOA MOGA ALLAH MELINDUNGI KITA DRPD SEBARANG MUSIBAH

    ReplyDelete
  3. TKSH HASLYNDA KITA DOA SELALU

    ReplyDelete
  4. Kerdilnya kita sebagai manusia.
    Moga hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Nya..aamiin

    ReplyDelete
  5. TKSH FIDAH..KITA MMG AMAT KERDIL...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    mengingatkan bencana alam yang menimpa di beberapa tempat menimbulkan kegerunan di hati. Itu pun tidak seberapa jika dibandingkan kiamat yang berlaku sejurus tiupan sangkakala. At-Tirmidzi daripada Abdullah bin Umar ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang ingin melihat gamabaran hari kiamat hendaklah dia melihat surah at-Takwir, surah al-Insyiqaq dan surah al-Infithar, pada surah-surah tersebut tergambar dengan terang tentang hari kiamat."

    ReplyDelete
  7. SubhanaAllah moga sebelum malaikat meniup sangkakala Allah lorong hati kita untuk terus taat padaNYA..taubat juga padaNYA..ameenn.

    ReplyDelete
  8. bumi sudah tua...setiap kejadian adalah tanda2 kekuasaan Allah swt..

    ReplyDelete
  9. Bencana alam yg baru sedikit Allah bg pun kita dah gerun. Apalagi bila berlaku tiupan kiamat nanti. Taj dpt bygkan. Dengan dosa yang banyak. Semoga kita beroleh keampunanNya. InsyaAllah.

    Perkongsian yg sgt terkesan kak.

    ReplyDelete
  10. Assalaamu'alaikum wr,wb, Kak Paridah ishak...

    Apa khabar kak ? Didoakan sihat selalu. Apakah memang nama akak termasuk dalam puisi itu...kerana akan berada di Jepun semasa tsunami tersebut ?

    Paridah Ishak
    Selayang Utama.
    gempa Miyagi menggegar Sendai
    dan Jepun menangisi tsunami 2011
    alangkah sedih alangkah belas
    sekejip mata ribuan yang tersayang
    hilang daripada pandangan.


    Alangkah ruginya jika setiap kejadian dari hembusan halus sangkala yang pernah terjadi sekian lama ini, tidak menjadi iktibar juga kepada kita untuk bertaubat dan menambah ibadah buat bekal akhirat. Semoga Allah selalu melindungi kita dari bencana-NYA yang dahsyat.

    Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  11. Bagaimana lah agaknya keadaan yang sebenar. Moga kita sama-sama di bawah perlindungan Allah. Amin. Terima kasih atas peringatan kak :)

    ReplyDelete
  12. Hi kak PI. Baru dapat tinggalkan komen sbb SB guna PC. BW sekarang selalu guna henpon sbb NETBOOK masih tenat sakitnya. Kalau masuk blog kak PI guna henpon, SB tak dapat drop komen,. Tak tau kenapa

    ReplyDelete
  13. Allahu...kita kita sentiasa brada dalam plindugannya..

    ReplyDelete
  14. tak sabar nak tunggu ramadhan nanti

    ReplyDelete
  15. TKSH USTAZ DOANYA...BENCANA ALAM YG BERLAKU SEKITAR KITA ADALAH PERINGATAN ALLAH KPD KEALPAAN KITA

    ReplyDelete
  16. TKSH PC..SANGKAKALA HAK ALLAH PENENTU AKHIR ALAM FANA KITA

    ReplyDelete
  17. TKSH NOHAS DUNIA YG TUA PENUH LAKARAN SEJARAHNYA

    ReplyDelete
  18. TKSH ANA...ALLAH SENTIASA MNYEDARKN KEALPAAN KITA AGAR XLEKA MEMANDANG DUNIA YG SEMNTARA

    ReplyDelete
  19. TKSH CT DOANYA...WSALAM...HEMBUSAN SANGKAKALA HALUS SEPATUTYA MENYEDARKAN KITA N BERFIKIR JERNIH...EH NAMA KAK TERMASUK PULA DLM PUISI TU YA...TERSILAPLH TU

    ReplyDelete
  20. TKSH NADHIE...BRPUISI ILHAM PANDANGAN N RENUNGAN SAJA

    ReplyDelete
  21. TKSH SUE DPT JUGA SINGGAH KALA LAPANG XNGAPA KAK BIASA BW KALA SMPT JG.

    ReplyDelete
  22. TKSH DP INSYAALLAH MOGA KETEMU

    ReplyDelete
  23. tingat ms tadika, ustazah kata, sangkakala tu mcm seruling tp dia lagi kuat dr seruling sekali tiup terbang semua isi bumi

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist