بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

PERKONGSIAN USTAZ JAQ AHMAD



1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …

tak percaya lagi ke??

18 comments - "AYAT MAUT ORANG PEREMPUAN"

Sweetie delete icon 12 April 2017 at 23:25

Saya tak pasti adakah saya pernah menuturkan 9 ayat tu pada teman lelaki aka asben saya selama ni kak PI. hehehhe.

Fyda Adim delete icon 13 April 2017 at 08:21

Memang ada yang pernah saya lakukan kak...huhuu

nohas delete icon 13 April 2017 at 10:45

ada kebenarannya...tapi 5 minit tu takdelah sampai 5 jam..hihi..

dorsett pink delete icon 13 April 2017 at 10:53

hahahha. Tepat sekali!.. No.1 & no.3 saya selalu cakap. hehe

paridah delete icon 13 April 2017 at 11:15

TKSH SWEETIE SELALUNYA APA YG PERNAH JADI SEBUTAN DLM INGATAN KAN SWEETIE

Seorang Syed delete icon 13 April 2017 at 13:01

hahaha yang "tak ada apa-apa" tu selalu dengar tapi tahu je sebenarnya memang ada something wrong.

Nooriah Abdullah delete icon 13 April 2017 at 16:03

salam petang P
dah tak ingat lah P haha
tapi rasa nya sama macam SS tu kot
tak ada apa-apa hehe

Fidah Shah delete icon 13 April 2017 at 16:48

yang 3 tu..ada jugak buat kalau merajuk dengan cik abang..huhu

Mrs Fuzy sweetsourleyra delete icon 13 April 2017 at 17:15

hehehe...pernah la jugak ckp gitu...terutama no 8..keke

PeRdU cINta delete icon 13 April 2017 at 19:02

Penghujung dan penutupnya jangan sampai wanita itu mendiamkan diri....bahaya...

Warisan Petani delete icon 13 April 2017 at 23:06

Lelaki kena faham.
Itulah wanita.
Bukan 9 perkara tersebut aje,
ada 999 perkara lagi yang sewaktu dengannya.

Puan Wawa delete icon 14 April 2017 at 07:59

Oh MG! haha. betul sanbgat kan.

Nick Nashram delete icon 14 April 2017 at 10:46

kalau balas msj cakap 'K' je, cepat2 la mntak maaf..hahaha

raihanah delete icon 14 April 2017 at 12:39

yang nak siap 5 minit tu memang sukarlah sebenarnya

Sue Bee delete icon 14 April 2017 at 12:55

memang pernah.. paling tak pon "bbrrruuhhhh".

Hasliynda Umairah delete icon 14 April 2017 at 14:00

Apa-apa aja lah...yg nie selalu guna pakai...hihi

Siti Yang Menaip delete icon 16 April 2017 at 18:10

hehehe okay ini kelakar =D

dear anies delete icon 18 April 2017 at 11:13

selalu guna hehehhe mmg betul pun

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”