Wednesday 22 March 2017

MENULIS CERPEN KANAK-KANAK...

ASSALAMUALAIKUM...

PI CUBA PULA BELAJAR MENULIS CERPEN KANAK-KANAK MUTAKHIR INI.. BERGURU DENGAN PENULIS HAMIDI MD YUDIN YANG BANYAK BERKARYA DALAM SASTERA GENRE INI...SEKADAR MENAMBAH ILMU SERBA SEDIKIT... TERIMA KASIH CIKGU ...

MELALUI GRUP MMSK..FB...BELIAU MENGONGSI BEBERAPA TIPS UNTUK MEMUDAHKAN YANG BERMINAT MENULIS CERPEN KANAK-KANAK...TIDAK BOLEH MAIN TULIS SEMBERONO SAJA....MESTI DITIMBA SEDIKIT ILMU MENGENAINYA...
TIP MENULIS CERPEN KANAK-KANAK (MENCIPTA RANGKA CERITA)
. Fikirkan/cipta satu cerita yang mengandungi konflik antara 2 watak protagonis dan antagonis dengan pengakhiran cerita memberi kesedaran/keinsafan/teladan kepada watak-watak tersebut.
. Watak protagonis = watak utama.
. Watak antagonis = watak lawan protagonis.
. Protagonis tidak semestinya berperwatakan baik yang berupaya menyedarkan/menasihati antagonis yang berperwatakan jahat/nakal. Boleh sebaliknya iaitu protagonis berperwatakan jahat/nakal dan antagonis berperwatakan baik yang berupaya menyedarkan kejahatan/menasihati watak protagonis. Contoh cerpen saya "Akibat Dengki", Asuh Februari 2017 mengisahkan protagonis/Musa yang nakal berkonflik dengan antagonis/Daud kerana dia dengkikan Daud. Namun setelah terjadi satu insiden iaitu Daud menolong Musa, akhirnya Musa berubah menjadi baik.
. Watak antagonis tidak semestinya manusia, boleh ciptakan watak antagonis itu sebagai konflik/kesusahan hidup yang watak protagonis hadapi. Contoh cerpen saya "Hatinya Mengucapkan Syukur", Asuh Jun 2016 mengisahkan protagonis/Aminah yang kematian ayah berkonflik dengan antagonis/kesusahan hidupnya setelah ibunya jatuh sakit. Aminah yang berusia 12 tahun berjuang mencari rezeki bagi membeli barang dapur yang sudah kehabisan dan akhirnya dia mengucapkan syukur kerana usahanya itu berhasil.
. Watak antagonis juga boleh jadi sikap negatif yang ada dalam diri protagonis sendiri. Jadi, boleh saja mencipta protagonis lawan/berkonflik dengan dirinya sendiri. Contoh cerpen salah seorang ahli MMSK, Puan Rohamiah Muda berjudul "Mencari Dengan Doa", Asuh Julai 2016 mengisahkan protagonis/Luqman berkonflik dengan antagonis/dirinya sendiri yang kehilangan bekas pensil. Setelah mencari tetapi tak jumpa, dia marah-marah dengan menghumbankan buku-buku sampai bertaburan. Setelah bekas pensilnya ditemui kerana dia dinasihati oleh ibu agar mencari dengan doa, maka Allah mengabulkan permintaannya, ibu bapanya menasihati agar Luqman kawal perasaan marah dan perlu banyak bersabar. Luqman menyesali sikap negatifnya dan berjanji akan berubah sikap.
. Mencipta protagonis dan antagonis adalah mengikut kesesuaian cerita. Boleh jadi, protagonis sebanyak 2 orang dan antagonis sebanyak 3 orang. Contoh cerpen saya "Kerana Tin Minuman Aluminium", Asuh Februari 2016 protagonisnya 2 orang sahabat iaitu Haris dan Amri secara tidak sengaja berkonflik dengan antagonis iaitu satu sindiket penculik kanak-kanak yang terdiri daripada 3 orang. Akhirnya protagonis berjaya menumpaskan antagonis biarpun protagonis gagal mendapatkan tin minuman aluminium, namun dengan semangat keberanian, mereka telah membantu pihak polis menumpaskan kegiatan jenayah antagonis.
. Contoh protagonis yang berperwatakan baik dan berupaya menyedarkan/menasihati antagonis yang berperwatakan jahat/nakal seperti cerpen "Kelip-kelip di Hatiku", Asuh Mac 2017, karya rakan ahli MMSK, Tuan/Cikgu Mohd Helmi Ahmad. Protagonis/Zharif berkonflik dengan antagonis/Aziman iaitu kawan sekolah Zharif yang menjual kelip-kelip. Zharif cuba menyedarkan Aziman kerana tindakan Aziman itu salah. Akhirnya Zharif berjaya menyedarkan Aziman dan Aziman berjanji tidak akan menganiaya kelip-kelip lagi. Nasihat Zharif itu bagi Aziman bagaikan kelip-kelip yang menyinari di hatinya.
. Satu lagi contoh protagonis yang berperwatakan baik dan berupaya menyedarkan/menasihati antagonis yang berperwatakan nakal seperti cerpen "Maafkan Kami, Iman", Asuh April 2017, karya rakan ahli MMSK, Puan Siti Fatimah Zainol. Protagonis/Iman berkonflik dengan antagonis/kawan-kawannya yang suka mengejek disebabkan fizikal Iman gemuk, lalu bapanya terfikir satu aktiviti sukan yang membolehkan Iman sertai walaupun bertubuh gemuk. Akhirnya Iman berjaya harumkan nama sekolah dan kawan-kawan yang mengejeknya berasa malu dan mengucapkan, "Maafkan kami, Iman."
. Jadi, rakan-rakan bolehlah mula mencipta rangka cerita dengan mencipta watak protagonis dan watak antagonis yang berkonflik seterusnya diciptakan penyelesaian kepada konflik itu dengan pengakhiran cerita yang memberi kesedaran/keinsafan/teladan kepada watak-watak terbabit. Mungkin boleh didasarkan pernyataan berikut:
# Aku tidak akan sombong lagi.
# Aku tidak akan nakal lagi.
# Aku tidak akan engkar kata ibu lagi.
# Aku tidak akan malas belajar lagi.
# Aku tidak akan takut lagi.
# Dan lain-lain pernyataan: "Aku tidak akan ... lagi." (gantikan ... dengan perkataan yang sesuai).
Selamat menulis sastera (cerpen) kanak-kanak.

16 comments:

  1. Hi, Great information! Would you please consider sharing my link to your readers? Please email me back at haileyxhailey gmail.com.

    Thanks!
    Hailey

    ReplyDelete
  2. seronok sebenarnya baca cerpen kanak-kanak ni, tapi nak menulis tu memang tak pandailah saya ni

    ReplyDelete
  3. TKSH YAN..YA MENARIK CERPEN KANAK2 NI

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kak PI..tips ni..sangat berguna..sesekali PC ada juga tergerak dan pernah juga cuba-cuba menulis cerpen kanak-kanak...cerita pendek..tapi bila PC baca balik rasa macam bukan cerpen la pula..berjela jadinya..sudahnya delete.

    ReplyDelete
  5. Assalaamu'alaikum wr.wb Kak Paridah Ishak... apa khabar kak ? Maaf baru dapat jalan-jalan ke blog akak kerana sedang cuti dan sibuk juga mengajar dalam cuti ini. Bukan senang menulis cerpen ini ya kak, walaupun untuk kanak-kanak tetap ada plot yang perlu dibina dan diwatakkan. Saya megkagumi golongan penulis yang aktif dan minat dalam menghasilkan karya bermutu. banyak juga cerpen kanak-kanak akan di majalah Asuh. 10 tahun lalu saya melanggan majalah asuh ni, masa anak masih kecil. Le ni tidak lagi. Nanti nak beli semula. Akak guna nama sebenar ke atai nama samaran. Semoga akak dan teman-teman terus berjaya dalam berkarya untuk manfaat semua. Terima kasih sudah berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  6. TKSH PC..TLS CERPEN KANAK2 NI XPNJG WORDS 1K JE..KALAU DH MULS TLS XYAH DELETE TERUS BAIKI HINGGA PUAS HATI.

    ReplyDelete
  7. WSALAM DIK CT FATIMAH...TKSH SUDI SINGGAH..SEBENARNYA KAK BARU DUK BLJR NI NTAH JADI NTAH TIDAK..MAJALAH ASUH DBP MMG ADA TERBITKN CERPEN KANAK2.

    ReplyDelete
  8. Cerpen kanak2 ni bagus.. klu pengisiannya bagus, pasti diingati hingga kanak2 itu dewasa dan ilmu itu berpanjangan kpd generasi kanak2 yg lain turun temurun.

    ReplyDelete
  9. saya suka baca cerpen..
    Good tips Kak PI

    ReplyDelete
  10. TKSH DIK KK..TLS CERPEN KANAK2 NI MCM JD KAUNSELOR PULA KAN..MOGA BERMAFAAT.

    ReplyDelete
  11. TKSH FIDAH..BACA N CUBA BERKARYA FIDAH

    ReplyDelete
  12. byk2 buku cerita, buku cerita kanak2lah yg paling payah nk dihasilkan sbb kita 'terpaksa menerjah masuk ke dalam duani kanak2'... mmg susah... tp kalau dah minat semuanya enteng sj ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist