Tuesday 7 February 2017

KARIPAP ROTI...

ASSALAMUALAIKUM...

MUDAH SAJA BUAT KARIPAP ROTINI...TAK PAYAH SUSAH SUSAH MENGULI DOH CUMA SIAPKAN INTINYA SAJA...NAK BUAT INTI TERPULANG PADA RASA KESUKAAN KITA...CUMA BIAR AGAK KERING AGAR SENANG MENEKAPNYA DENGAN ACUAN...

Image may contain: food


Resepi Karipap Roti

Bahan-bahannya:
Roti gardiner sebungkus
Inti:
Telur 3 biji
Lada sulah
Garam Secukup rasa
Sebiji bawang merah bawang

Cara-cara buat:
Inti Karipap Roti
1. Hiris halus bawang merah
2. Pecahkan telur, letak garam kemudian campur bawang merah yang telah dihiris. pukul telur tersebut.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana
4. Tuangkan minyak dan kacau telur dengan pelahan sehingga hancur.
5. Angkat telur hancur tadi kemudian tabur lada sulah.

Kulit Karipap Roti
1. Ambil sekeping roti
2. Letakkan diatas acuan karipap (banyak terjual di supermarket)
3. Isikan inti yang telah dimasak tadi
4. Tekapkan dengan acuan
5. Goreng dalam minyak yang panas (1-2 minit shj)
6. Angkat dan toskan. Jangan menggoreng terlalu lama kerana roti cepat menyerap minyak.

Setelah siap digorengkan hidangkan bersama sos cili dan kopi O panas. Selamat mencuba ye.

18 comments:

  1. alamak... sedapnya kak PI... sy mmg kuat makan skang ni... hehe

    ReplyDelete
  2. sedap tu PI, tak pernah saya cuba buat lagi, nanti boleh cuba nih

    ReplyDelete
  3. Oh kak PI idea yg baik ni. Senang nak buat utk mkn sendiri bersama anak2. Saya makan karipap suka, nak menguli kulitnya tu yg malas.

    ReplyDelete
  4. Yang paling best ni salah satu cara mengelakkan roti tak habis sebab dekat tarikh expired,.tq kak PI..menjana idea untuk PC.

    ReplyDelete
  5. blh cuba lepas ni....slalu roti tak abis huhu..tq for sharing.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Wah bagus ni, karipap roti. Tak perlu goreng dah, makan macam tu je...jimat masa...heheh

    ReplyDelete
  7. kalau saya karipap ni beli yang jenis frozen kat mydin..balik goreng..huhu

    ReplyDelete
  8. sedapnye.. boleh cuba laa nanti..

    ReplyDelete
  9. TKSH SHIELA SEDAP TU CUBALAH.

    ReplyDelete
  10. pandai kak PI buat karipap. nampak sedap.. yummy yummy

    ReplyDelete
  11. wallah... terbaik Kak PI... sesuai untuk idah yang malas mencanai dan menguli tepung nie... hehehe...

    ReplyDelete
  12. wah !! kak.. pinjam resepi ya.. nak buat bekal untuk suami dan anak nanti.. hee~

    ReplyDelete
  13. my anak buah rajin baut kak PI . Pastu baki roti tu saya paksa makan . nak buang membazir kan ... heheheee .

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist