بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

PIE TEE BANYAK BERISI SAYURAN TENTU AMAT BAIK UNTUK KESIHATAN...SELALU DIHIDANG SEDIKIT SAJA KALAU MAKAN DI RESTORAN...NAK MAKAN IKUT SELERA JOM BUAT SENDIRI..


Image may contain: food
Pie Tee Rangup
Bahan-Bahan:
Bahan Kulit –
60 gm tepung beras
20 gm tepung gandum
10 gm tepung ubi
Garam secukupnya
1 butir telur Gred C – dipukul sedikit
240-250 ml air
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti –
1 sudu besar minyak
4 ulas bawang merah – di cincang halus
80 gm isi udang – di cincang
200 gm hirisan lobak merah
300 gm hirisan kubis
1 sudu teh kicap cair
Garam, serbuk lada sulah secukupnya

Bahan Sos –
3 biji cili merah – dibuang biji
1 ulas bawang putih – di cincang halus
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar cuka
60 ml air masak
Gula, garam secukupnya

Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan kulit. Tapis ke dalam mangkuk. Masukkan telur dan kacau sebati. Tuangkan air dan kacau lagi hingga sebati.
2. Panaskan acuan dalam minyak. Bila dah panas, angkat dan celup ke dalam adunan tadi dan goreng hingga kuning keemasan.
3. Untuk inti; Panaskan minyak, tumiskan bawang merah hingga harum. Masukkan bahan lain dan kacau. Angkat dan biarkan sejuk.
4. Bila inti dah sejuk, isikan ke dalam kulit pie tee tadi. Jika inti diletak di dalam kulit terlalu awal, kulit akan menjadi lembik. Letak sebelum dihidangkan.
5. Untuk sos; Kisar semua bahan hingga sebati. Hidangkan bersama pie tee.

8 ulasan - "PIE TEE..."

Shahida Dzulkafli delete icon 11 Disember 2016 1:59 PTG

Sedapnya.. suka makan nie.. buat sendiri memang puas makan..

paridah delete icon 11 Disember 2016 2:25 PTG

TKSH SHHAHIDA..BENAR TU NK PUAS MKN BUAT SENDIRI

Kamsiah Yusoff delete icon 11 Disember 2016 5:17 PTG

saya pernah buatnya sekali..ya ampun...makan kejap ja

paridah delete icon 11 Disember 2016 6:28 PTG

YEKE...TAULAH CARA BUATNYA..DAH MKN SEKEJAP JE HABISNYA HEH..HHEH..TQ KHAMSIAH

Nooriah Abdullah delete icon 11 Disember 2016 8:02 PTG

acuan takde lah P mmg teringin lah nak buat
nak kena beli acuan la nampak gaya ni

Mas delete icon 11 Disember 2016 10:22 PTG

x prnh dgr pun mknn nie.. =.= hahaa

nohas delete icon 12 Disember 2016 2:52 PG

dah lama x makan..

Fidah Shah delete icon 13 Disember 2016 10:48 PG

Dari hari tu tengok2 resipi ni..tapi tak boleh nak komen sbb kotak komen tak keluar kalau saya guna handphone...
Nampak sedap tu..nanti nak cuba lah

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”