بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM…

Image may contain: 1 person, closeup
                                                                                              Pic fb penulis

PERANTAU DI TEBING DERANG

Sebuah autobiografi nostalgia tulisan ustaz Ilhami Hisyam dihadiahkan sendiri penulisnya kepada PI dalam kunjungannya ke rumah anak PI bersama isterinya Ummu Atiffi Ilhami baru-baru ini. PI dalam kesibukan menulis dan membaca aneka karya terlupa pula hendak menyelaknya untuk mengkhatamnya walau telah disorot mata sepintas lalu beberapa lembarannya..

Terima kasih banyak kepada penulisnya juga penerbit BeTA yang sudi menghadiahkan tulisannya yang amat bernilai tinggi ini kepada PI.
Mesti ramai hendak tahu di manakah Derang yang menjadi lokasi garapan penulis ini. PI yang lahir di Kedah pun tidak tahu di manakah letaknya Derang ini. 

Setelah membaca autobiografi ini barulah tahu serba sedikit mengenainya.   Tidak jauh sangatpun dari daerah Yan tempat kelahiran PI. Justeru tiada urusan ke sana tidaklah PI mengambil tahu sangat.
Derang merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Pokok Sena, Kedah, Malaysia.
6.   Kampung Empa

Kampung Derang amat dikenali kerana di sini terdirinya sebuah maahad dibina  sejak 1980 yang mendidik anak bangsa mendalami agama Islam yang syumul. Dan penulis ini juga ada kaitan dengan Maahad Derang kerana ayahanda Penulis terlibat juga dalam pembinaan Maahad Derang ini. Penulis lahir dan membesar  di Derang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar Maahad Derang ini suatu ketika dulu.

Penulis sangat mengenali jiran-jirannya yang bersama tinggal di kampung Derang yang indah permai dan aktiviti yang menyeronokan mereka. Memorinya menggarap pelbagai kisah yang pernah berlaku di situ dengan jelas. Kebanyakannya sebagai petani yang mengerjakan sawah bendang dan ada juga miliki dusun buah-buahan.

Adat dan budaya bersendikan agama di kampung ini juga unik dan digarap dengan cantik, menarik hati.  Salah satunya adat pengusung. Iaitu mengusung hadiah berupa kuih muih seperti karas, pulut wajik, kuih bakar dan lain-lain kuih lazat yang dibuat semua penduduk kampung dan diusung menggunakan pengusung ke rumah yang mengadakan kenduri perkahwinan.

Begitu bersatu padu sekali masyarakat kampung Derang dalam memudahkan setiap urusan penting  secara bergotong royong di bawah kepimpinan kampung yang amat dihormati yang kebanyakannya juga adalah alim ulama berilmu yang mentadbir Maahad Derang..

Menurut sedikit petikan catatan luar di kulit buku ini;
Autobiografi ini menggabungkan 100 nukilan pengalaman penulis di kampung sejak 1972. Di sebelahnya didirikan Maahad Derang bermula 1980.

Di kampung kami mendapat bimbingan langsung daripada Tok Ayah Haji Wan Samad Wan Nik yang meninggal pada 1983.
Manakala Maahad Derang pula mendapat tarbiyah Ayahanda Almarhum Syiekh Niamat Yusoff yang meninggal pada 2003.

Di dalam buku ini dicatat kembali berbagai kisah yang telah menjadi bahan sejarah. Meskipun ketika kecil, ia berlaku begitu saja tanpa difikir apa hikmah-Nya, namun kini barulah kita tahu rupanya ianya terjadi untuk mendidik kita.  Ramai yang terlibat dalam usaha mendidik kita menjadi insan berjiwa merdeka.
Pengalaman ini sangat mahal. Kenangan ini tidak boleh dijual beli.

Catatan 100 nukilan Penulis ini bukan sahaja sekadar pengalamannya di kampung Derang dan di Maahad Derang tapi meliputi juga kerjayanya dalam bidang penulisan dan lain-lain perkongsian yang menarik dan amat bermenafaat dibaca. Tulisannya santai dan banyak menggunakan lorat tempatan/Kedah/Derang yang menarik.
Membuat PI tersenyum sendiri membaca perkataan-perkataan yang sudah lama tidak kedengaran walau PI memang faham maksudnya seperti nangoi-nangoi, terung pungak dll. Maklum PI meskipun asal Kedah tapi pergaulan masyarakat felda di Pahang menyeluruhi persertanya berasal dari merata negeri yang menutur dialek bercampur baur walau masih berasaskan bahasa Melayu tetap mempengaruhi.
Sekiranya ada yang berminat memiliki autobiografi PERANTAU DI TEBING DERANG tulisan ustaz Ilhami Hisham ini boleh dapatkannya di kedai-kedai buku atau hubungi sendiri penulis ini  via emel  ilhamibeta@gmail.com
whatsapp/telefon
  011-3271-4312 Ilhami BeTA

PI yang membacanya memang amat berpuas hati sekali dan menambah ilmu dalam menghasilkan karya penulisan. Lagipun manatahu suatu waktu kelak teringin pula hendak menulis memoir autobigrafi, bolehlah buku ini dijadikan rujukan dan panduan.



12 ulasan - "PERANTAU DI TEBING DERANG..."

Kakzakie Purvit delete icon 27 Disember 2016 11:12 PG

PI boleh buat dari sekarang autobiografi diri sendiri
Penulis berkawan dgn penulis mesti rancak jadinya
Ilmu digandingkan sama.

Fida Z Ein delete icon 27 Disember 2016 2:10 PTG

Bos saya dulu En Yusof Talib..rumahnya kat Derang..dekat sangat dengan madrasah..

paridah delete icon 27 Disember 2016 2:47 PTG

TKSH KAKZAKIE...MEMOIR KAK NI SEDIH SGT KISAHNYA TU YG SEGAN NK TULIS HEH..HEH..

paridah delete icon 27 Disember 2016 2:51 PTG

YEKE FIDA...AGAKNYA MESTI KENAL DGN PENULIS NI...TKSH

Warisan Petani delete icon 27 Disember 2016 4:01 PTG

PI bolehlah menulis auttobiografi pulak.
Pasti menarik.

paridah delete icon 27 Disember 2016 9:33 PTG

TKSH WP...ENTAHLAH...TLS AUTOBIOGRAFI UNTUK DIJADIKAN PUSAKA PADA KELUARGA HEH..HEH..

raihanah delete icon 28 Disember 2016 8:27 PG

owh kak boleh tulis juga autobiografi ya. semoga terus berjaya kak

dear anies delete icon 28 Disember 2016 10:05 PG

x penah tau kewujudan maahad ni ye laa sblm ni tau maahad2 yg pemes je...

Husna Rahman delete icon 28 Disember 2016 10:33 PG

betul tu kak PI..buat autobiografi sendiri..setiap pengalaman kak PI bulih jadi inspirasi untuk orang lain jugak ke..nak2 kalau ada penggabungan writers hebat...wah best nih..

paridah delete icon 28 Disember 2016 11:02 PG

TKSH HANA...INSYA ALLAH KALAU RAJIN...HEH..HEH..

paridah delete icon 28 Disember 2016 11:10 PG

YELA ANIES KAK XTAU JUGA MAAHAD NI...TAPI MAAHAD NI DH BNYK MENABUR BAKTINYA KPD UMAT ISLAM YG MENDAPATKAN TARBIAH ILMU DRPD SITU TKSH ANIES

paridah delete icon 28 Disember 2016 11:13 PG

TKSH HUSNA...TULIS AUTOBIOGRAFI NI SELALUNYA KAN LIBATKAN BANYK NAMA...TU YG SEGAN NK TULIS...TKSH HUSNA.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”