بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA..

LUKA SENGSARA ROHINGYA

Rakhine adalah Myanmar
di penghujung negara berlian bermenara Buddha
yang menjanjikan nirwana
tanpa diskriminasi
peradaban murni
yang dijunjung tinggi

Sedang Rohingya peribumi segelintir
umpama butir-butir pasir
di kaki Aung San Suu kyie

Walau dilehernya kalongan nobel keamanan
Digeser Rohingya hingga jatuh ke laut
kadang terapung
kadang tenggelam
sengsara rencam terancam
dilambung ombak kehidupan

Kini semakin galak bergelak
regim wanita wajah lunak ayu celaru
gembeleng pembersihan jiwa raga Rakhine
demi keputihan warga Myanmar

Namun darah Rohingya membasahi
menyuci kezaliman yang mengerikan
hilang belas kasihan
api menjulang membakar segala
melunasi semangat kejadian laknatullah
hak bertanah air disingkir
geruh mungkir

Raungan kesakitan Rohingya berlarutan
menyentuh rasa sebak hiba
Demi Allah Maha Mentadbir
doa seluruh Muslim berzikir
penganiayaan saudara mangsa lemah daya
nescaya dibalas dengan saksama
kesedihan  derita tidak terkata
sedang pemuka dunia hanya memandangnya
solusi tidak diusaha cari

Paridah Ishak
1 Dis 2016

Selayang Utama

15 ulasan - "LUKA SENGSARA ROHINGYA"

Kakzakie Purvit delete icon 2 Disember 2016 11:50 PG

Apalah kemampuan kita sebagai manusia kerdil
Kalau yg punya kuasa pun bagai tidak membuka mata
Teruskan doa kita - jgn lupa qunut nazilah dibaca
Demi saudara kita di sana moga Allah tunjukkan sesuatu pada kezaliman mereka

Mrs. A delete icon 2 Disember 2016 12:24 PTG

Sangat puitis k.PI
Doa adalah senjata orang mukmin.

Norhayati Mohd Isa delete icon 2 Disember 2016 1:12 PTG

Benar kata kakzakie..
Doa sahaja sebagai senjata mukmin..
Semoga Allah melindungi mereka..

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 2 Disember 2016 1:24 PTG

sedih mengenangkan nasib depa.

paridah delete icon 2 Disember 2016 5:14 PTG

TKSH KAKZAKIE KITA MEMBANTU SEKEUPAYAAN KITA DEMI SAUDARA SEAGAMA.

nohas delete icon 2 Disember 2016 7:21 PTG

hanya Allah SWT yg mampu membalas perbuatan jahat mereka..
sedih mengenang nasib mereka..

Unni Anje delete icon 3 Disember 2016 8:24 PG

semoga Allah sentiasa melindugi mereka, dan mblas kezaliman tang dilakukan tehadap mereka

Abam Kie delete icon 4 Disember 2016 10:30 PG

sesiapa2 yg masuk militan Daeish tu meh la gi ke Myanmar plak. Yang ni sah2 kafir harbi ni!

Kamsiah Yusoff delete icon 4 Disember 2016 7:13 PTG

sedih bila kuasa2 besar yg 'berkuasa' buat2 tutup mata..

paridah delete icon 5 Disember 2016 9:08 PTG

TKSH MRS A..BENAR TU BERDOA KITA MOHON PERTOLONGAN-NYA...TQ

paridah delete icon 5 Disember 2016 9:11 PTG

KESENSARAAN MRK BUAT KITA GERAM KPD YG MENGANIAYA SUNGGUH XBERPERI KEMANUSIAAN..TQ

paridah delete icon 5 Disember 2016 9:14 PTG

TKSH MKL KASIHAN N SEBAK HATI KITA MANDANGNYA.

paridah delete icon 5 Disember 2016 9:17 PTG

TKSH UNNI ALLAH MENDENGAR AKAN DOANYA SETIAP HAMBANYA YG TERANIAYA

paridah delete icon 5 Disember 2016 9:19 PTG

HMM BETUL TU CIKGU ABAM KIE...JADI SUKARELAWAN YG HULUR BANTUAN DI SINI...TQ

paridah delete icon 5 Disember 2016 9:21 PTG

TKSH KAMSIAH..KUASA2 BESAR NI HANYA TANGANI ISU YG BAWA KEUNTUNGAN KPD MRK.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”