Thursday 22 December 2016

KENANGAN INDAH 5.....

ASSALAMUALAIKUM....



CORETAN PAK ENGKU
SECEBIS KENANGAN MASA LALU (BAB 5)
(Parit 13, Sg. Nibong, Sg. Besar)

Dalam tiga tahun aku mengajar di SK Parit 13, hanya dua tahun sahaja yang aku tinggal di Kuartes Guru. Tahun 1970 dan 1971. Tahun 1972 aku tinggal menyewa sebuah rumah dengan rakan-rakanku di Sungai Besar. Bercerita balik kisah aku tinggal di Kuarters Guru memang penuh dengan warna-warni. Terlalu banyak pahit maung dan lucunya. Tinggal dengan kawan-kawan yang kaki ganja ni. Mereka pula jenis yang hard-core pula tu. Walaupun hard-core ganja kami bukanlah penagih. Namun diri aku, ikhlas aku katakan aku bukan kaki ganja. Hisap hanya suka-suka sahaja. Ikut ragam kawan-kawan. Ada ganja jadi tidak ada pun tidak mengapa. Aku tak mati pun. Adakalanya kami pergi sampai ke Sabak Bernam untuk menghisap ganja. Di sana sudah menunggu kawan-kawan kami. Ada yang bekerja sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor. Ada yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah. penolong Pegawai Pertanian pun ada. Ini geng hisap ganja elit.
Tetapi yang tidak sedapnya kawan-kawan aku ini bila duit hanya ada empat atau lima ringgit lauk yang hendak dimasak dan dimakan tiada, dia lebihkan kepada membeli ganja dulu. Prinsip dia orang duit tak ada atau tidak ada apa benda yang hendak dimakan tidak mengapa. Prinsip hidup mereka, "Ulat dalam batu pun boleh hidup". Sakit hati aku dibuatnya. Aku nak beli lauk sendiri pula duit aku pun tak ada. Berlaparlah aku. Patutnya duit yang ada itu dibeli ikan atau sayur untuk dibuat lauk. Beli ikan sardin dalam tin pun memadai. Ini tidak... asyik nak berdengung je. Semua duit habis dibelikan ganja. Memang teruk perangai kawan-kawan aku ini.
Bersebelahan Kuarters Guru aku ada sebuah rumah. Rumah seorang nenek. Dia tinggal berseorangan. Itu pun kalau aku tak silap ingat. Di kawasan rumah nenek ini ada banyak ditanam pokok buah-buahan seperti mangga dan lain-lain. Pokok nenas pun ada. Pada ketika itu nenasnya sedang berbuah tetapi masih belum masak lagi. Jadi bila perut kami lapar selepas menghisap ganja, kalau nenek tidak ada di rumah, kami akan curi nenas muda nenek ini untuk dimakan bagi mengalas perut.
Kuarters Guru ini jenis rumah atas. Ada tiang dan berlantaikan papan. Bahagian belakang sebelah dapur, di bawah menuruni tangga ada kawasan tempat membasuh painggan mangkuk dan membasuh pakaian. Ia berlantaikan simin dan berdindingkan zing. Jadi pada suatu hari di hujung minggu itu adalah kawan kami yang duduk di luar datang. Tiba-tiba kami teringat nak makan ayam. Nak beli duit tidak ada. Jadi kita orang pakat-pakatlah curi ayam nenek yang banyak makan di kawasan belakang rumah kami. Cara kami hendak tangkap ayam itu ialah dengan menaburkan beras di atas lantai simin belakang rumah tempat membasuh itu. Lepas tu buka pintu besar-besar. Bila sudah ada dua tiga ekor ayam yang masuk makan beras itu aku cepat-cepat menutup pintu. Maka terkurunglah ayam-ayam tersebut. Sesudah terperangkap, apa lagi, kami pun tangkaplah ayam-ayam itu dan terus menyembelihnnya. Kami tak cubut bulu ayam itu pun. Kami koyakkan kulitnya. Kami buat goreng kunyit je. Tengah hari itu kami makan berlaukkan ayam goreng. Itulah semata-mata lauknya. Pun langsai nasi satu periuk.
Tinggal di Parit 13 ini, pada musim mempelam memang mewah makan mempelam. Rata-rata ditiap-tiap keliling rumah ada ditanam pokok mempelam. Kalau tidak pun ditanam di batas-batas sawah. Kalau di kampung aku, aku tidak panggil mempelam. Orang kampung aku panggil mangga. Berbagai jenis mempelam yang ada. Mempelam telur, mempelam bubur, mempelam kuini, mempelam Siam dan berbagai nama lagilah yang aku dah lupa nak menyebutnya. Dan sewaktu buah mempelam hampir tua ramailah peraih dari kalangan orang Cina yang masuk ke kampung membeli mempelam tersebut. Jadi bila musim buah ini masak puaslah makan mempelam. Kadang aku suruh bawa mempelam yang jenis besar-besar. Mempelam telur tak laku sebab kecil sangat buahnya. Kalau sudah masak aku petik dan kecup sahaja sebiji-sebiji sebegitu.
Aku nak cerita balik tentang Tukang Kebun sekolah aku yang aku panggil dia Wak Kasan tu. Wak ini ada seorang anak dara Namanya Halijah kalau tidak silap aku. Dia berkerja di sebuah sekolah yang aku tidak pasti di mana. Anak gadis Wak Kasan ini pernah aku cuba kenen. Aku cuba mengurat dia. Bila dia balik dari kerja dia mesti lalu di hadapan rumah aku. Aku sering tegur-tegur dia. Dia tak jawab pun. Hanya senyum mengerling sahaja. Tapi yang tak sedapnya kawan-kawan serumahku ni. Bukan nak beri sokongan tapi mengeluarkan kata-kata yang melemahkan semangat aku. Dia kata si Lijah kulit penuh panaulah. Kudis butalah. Dan macam-macam kata yang lain. Apa lagi aku pun hilang seleralah jadinya. Aku ni pun memang jenis yang sangat memilih. Aku hendak yang lawa-lawa dan jambu sahaja. Kalau kurang sikit, tak jambu tak mahu. Sejak sekolah menengah lagi begitulah sikap aku. Yang mana jejaka lain tak boleh dapat, aku pasti boleh dapat. Ada orang tuduh dan kata aku pakai mandrum. Mana ada? Mandrum kepala hotak dia. Yang sebenarnya orang tertarik kat aku sebab aku selau bersikap gentleman. Bukan nak cakap sombonglah, semua kekasih aku sebelum datang ke Parit 13 semua jambu-jambu belaka. Girlfriend aku yang meninggal kerana kemalangan jalanraya itu pun lawa. Ayu. Jambu Kulit putih melepak..Ratu Freshielah katakan. Berapa ramai pelajar senior yang cuba hendak mendekatinya. Semuanya melapas. Tak sangkut. Akhirnya yang dapat aku yang tak sehandsome mana ni. Maaflah kalau "Aku dah masuk bakul angkat sendiri"..

(Bersambung ke... BAB 6)

9 comments:

  1. Dulu hisap ganja macam rutin pulak ya...lagi satu tidak pula menjejaskan kerjaya...tapi sekarang ganja itu boleh buat pengamalnya musnah kehidupan..

    Mesti kawan kawannya tu pun syok kat Lijah...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YELA PC DULU2 TU GANJA DAUNNYA YG ASLI XLAH MUDARAT SGT KOT...KAK PUN XTAHU SGT KISAH ORG MUDA LELAKI NI BILA BACA KISAH PAK ENGKU AGAK TERKEJUT JUGA...TKSH.

      Delete
  2. Walaupun jadi guru tapi dek kerana kawan-kawan kaki hisap ganja sampai boleh curi nenas, ayam nenek sebelah rumah. Alahai... tapi yg gelihatinya tu siap nak ngurat anak Wak Kasan. Takut pulak panau bagai hihi... kelakarlah PI.

    Lagi hebat org lain tak dapat ngurat tapi Pak Engku boleh dapat. Kira macam herolah ye hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iTULAH KAKZAKIE..KALAU PAK ENGKU X CERITA KITA XTAU KEHIDUPAN SEBENAR GURU2 KITA..MRK JUGA MANUSIA BIASA N ADA SALAH SILAPNYA...TAPI JADI KENANGAN YG MELUCUKAN PULA...TQ.

      Delete
  3. mcm kawan2 rmh..ada ke kulit penuh panau..hhihi....mempelam sedapp..

    ReplyDelete
  4. ganja? bukan tak elok ke?? huhu..nampak sangat pengalaman idup msih cetek jew..kikiki..bila baca pengalaman akak nih terasa sangat rupanya saya ni byk benda masih tatau..huhu

    ReplyDelete
  5. YELA NOHAS DULU2 ORG KAMPUNG KEBANYAKANNYA MISKIN N RUPA WALAU CANTIK XTAU NK BERSOLEK BAGI YG ADA KERJA TETAP MRK PILIH YG TERBAIK SBG TEMAN HIDUP..TQ

    ReplyDelete
  6. BUKAN PENGALAMAN AKAK TU HUSNA TAPI PAK ENGKU...KAK TIADA PENGALAMAN BGITU...TQ

    ReplyDelete
  7. tetiba rs nk cari mempelam telur laa kak hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist