بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

WARIS KITA

Zuriat baru
yang mewarisi impian silam
nan tidak tergapai tangan
jangan nyanyikannya dengan lagu-lagu
yang menggamit nostalgia
yang mahu dilupakan

Kenapa langkah punah itu

mahu dibaca catatannya kembali

Semuanya adalah sketsa kesilapan


Biarlah lakaran baru diukir

dengan rupa ceria
lagi gemilang

Padamkan nota-nota celaru itu

jangan selak lembarnya lagi

Berkoleklah di tasik hati

lalu merenda bahasa puitis
melukis bait-bait harmonis
mengisi hari dengan warnanya

Walau kadangkala kesunyian 

yang lapang lagi panjang
membosankan
Mengisinya dengan ratib zikir
mohon hidayah


16 ulasan - "WARIS KITA"

Kakzakie Purvit delete icon 10 November 2016 4:03 PTG

Namun yg berlalu pasti terus bersemadi dalam ingatan
Kerana kasih dan sayang tak akan ada galang gantian
Tetap kena teruskan penghidupan..

Sue Bee delete icon 10 November 2016 4:10 PTG

Kak PI ke dalam foto tu?..akhirnya dapat jugak SB tengok pemilik blog ni..

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 10 November 2016 6:51 PTG

dah nampak pemilik blog ini..cantik orangnya.

PeRdU cINta delete icon 10 November 2016 8:03 PTG

Bentuklah..lukislah dengan seindah ukiran dan lukisan supaya nikmatnya berpanjangan..

Warisan Petani delete icon 10 November 2016 8:39 PTG

Wkmsalam.
Kita banyak belajar daripada kesilapan PI

paridah delete icon 11 November 2016 10:54 PG

TU ANAK N CUCU KAK SUE HEH..HEH..ADA KAK LETAK PIC KAK DLM BLOG NI CUBALAH CARI..TQ

paridah delete icon 11 November 2016 10:55 PG

HEH..HEH..CANTIKLAH SGT..TQ MKL

paridah delete icon 11 November 2016 10:57 PG

YA KAKZAKIE YG LALU HANYA KENANGAN N PENGHIDUPAN KITA BERTERUSAN..TKSH

paridah delete icon 11 November 2016 10:59 PG

YA KENANGAN MANIS ADALAH LUKISAN YG CANTIK...TQ PC

paridah delete icon 11 November 2016 11:01 PG

YA WP KESILAPAN MENGAJAR KITA UTK MEMPERBETULKANNYA...TQ

Mrs. A delete icon 11 November 2016 4:59 PTG

Pengalaman mendewasakan kita.
Lumrah manusia tak lari dari kesilapan yang penting kita sedar dan tak perlu diulangi kesilapan yang sama.

paridah delete icon 11 November 2016 9:21 PTG

BENAR TU MRSA KESILAPAN MENGINSAFKAN KITA JGN ULANGINYA LAGI..TQ MRSA

Khir Khalid delete icon 13 November 2016 1:23 PTG

Moga dpt berjumpa kak PI satu masa nanti, in shaa Allah :) :)

paridah delete icon 15 November 2016 10:52 PG

insya-Allah kakpun teringin nk jumpa dik KK insan hebat tapi sgt merendah diri..tksh

dear anies delete icon 16 November 2016 8:36 PTG

Manusia bljr dr pengalaman.. guru terbaik sepnjg zaman.. kesilapan adalah lumrah insan.. kerana ia sememangnya sinonim dgn kealpaan...

paridah delete icon 17 November 2016 10:06 PG

YA BENAR TU ANIES PENGALAMAN MEMATANGKAN FIKIRAN...TQ ANIES

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”