Friday 4 November 2016

KISAH MINYAK NAIK...

ASSALAMUALAIKUM.........

SIRI AKU & MEM BESAR (MB)

"Nah ambil RM150 untuk belanja pasar," kataku pada MB sambil menghulurkan wang tersebut selepas keluar dari bank.
"Abang nak makan apa? " tanya MB.
"Apa kata Mas beli tulang. Makan singgam tulang je hari ini", cadang aku.
Aku terus memandu ke pasar. MB turun terus ke dalam. Aku meninjau harga di sekitar. Limau California RM12.00 sekilo. Limau tempatan berkerutu RM10.00. Aku nak provok mak cik peraih ni sorang.

" Berapa limau ni sekilo mak cik?" tanya aku.
"RM10 sekilo wang (ringkasan nama Awang bagi lelaki)", jawab mak cik tersenyum kelat.
" Iss takkanlah limaupun makan minyak', jolok aku.
"Limau naik lori bukan jalan kaki wang", bidas makcik setepek.

" Aaa lupa ingatkan dia bergolek datang tapi takkanlah biasa RM6.00 sekilo sbb minyak naik 15 sen seliter sampai RM10.00. Nak sama mahal tali dengan beruk," tepis aku mula geram. Makcik peraih berpaling kelain.Mungkin telinganya panas.
"Ni rambai berapa sekilo", tanya aku.
" RM3.00 sekilo", jawabnya antara dengar atau tidak.
" Sah tanda dunia nak khiamat", ujarku dalam senyum.
" Naper pulok wang", tingkahnya terperanjat.
" Mana tidaknya dalam hidup saya, ni pertama kali rambai lebih mahal dari duku(RM1.00 sekilo)"kataku selamba
.
"Bang marilah balik", celah isteriku dari belakang.
" Mas beli apa?'tanya aku masa kat dalam kereta.
" Teruk peniaga nih. Tulang sekilo RM35.00, Ikan selayang buta RM10 sekilo", rungut MB aku.
" Meme lah buta ikan mapuh. Tapi kalau tulang RM35.00 sekilo daging brapa pula"? balas aku.
" Entahlah pitis hok abang bagi nak abis", keluh MB aku.
" Takper perabislah kat peniaga tu biar mereka boleh gi Mekah balik hari?, sindirku tajam.

"Sepatutnya pegawai KPDNKK mari gok nyamar sesekali tengok harga barang. Takkan nak jadi kapitalis blaka", luah MB

Aku mengangguk perlahan dan mengakui kebenaran katanya.Oleh kerana MB guru ERT aku tahu dengan pengalamannya beliau mampu urus belanja keluarga. Air liur aku meleleh mengenang kuah singgam tulangnya.Umpphhh.

CORETAN LARA MN

9 comments:

  1. senyum pahit saya baca kisah ni kak :)

    ReplyDelete
  2. hmm betul tu mar kita yg kurang kemampuan ni telan air liur sajalah sambil urut dada

    ReplyDelete
  3. hmm senyum pada diri sendiri kan irda...tksh

    ReplyDelete
  4. Yang tak boleh percaya tu, rambai lebih mahal dari duku.
    Mungkin pokok rambai semakin pupus kot.

    ReplyDelete
  5. HEH..HEH..TULA WP..MUNGKIN RAMBAI DH XDIJUAL KOT...ITU YG JATUH MAHAL HARGANYA..TKSH

    ReplyDelete
  6. hmm.. tula. minyak naik kompom semua benda naik harga. yang peliknya bila harga minyak turun, harga barang tak pernah turun. aishh.. bengang je rasa

    ReplyDelete
  7. YELA NADHIE BEGITULAH SELALUNY..TQ

    ReplyDelete
  8. Skrng semua jadi mahal... tak taulah 10 tahun lg mcm mana agaknya...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist