بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...



CORETAN PAK ENGKU

Sesungguhnya perjalanan hidup kita di dunia ini adalah teramat singkat. Kita adalah dalam perjalanan pulang ke tempat asal kita. Kita akan pulang untuk menemui Rab diri kita. Apakah sudah cukup persiapan atau bekalan untuk kita bawa balik menemui-Nya? Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini pasti mempunyai sejarah masa lampau. Pernah hidup dalam kejahilan. Sering melakukan perkara-perkara maksiat, keji dan mungkar. Namun janganlah kita berasa sedih hati. Janganlah kita berasa kesal. Semua yang terjadi itu tidak mungkin boleh diubah.
Dosa? Siapakah insan di dunia ini yang tidak pernah melakukan dosa? Baik dosa yang sehabis-habis kecil hinggalah dosa yang sehabis-habis besar.Ianya sudah tertinta sebagai sejarah hidup kita. Ini adalah kerana kita hidup di bawah takdir Allah.
Pandanglah ke dalam diri kita. Muhasabahkan diri. Akuilah akan kesalahan dan kesilapan kita masa yang lalu itu. Allah hanya mahu kita mengakuinya dan kembali semula kepada-Nya. Akuilah bahawa kita sering menzalimi diri kita sendiri. Jalan kembali kepada-Nya sentiasa terbuka. Jalannya hanyalah satu. Lakukanlah istigfar dan taubat. Janganlah terus lalai dan leka.
Perjalanan hidup kita akhirnya akan ternoktah atau terhenti dengan sebuah kematian. Kita tidak tahu bilakan Izrail akan datang memanggil. Akan datang menjemput kita pulang. Janganlah ditunggu hari esok untuk kita memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri kita yang terdahulu. Masa tidak menanti kita. Janganlah kita tertipu oleh usia yang muda. Janganlah kita terpedaya oleh badan yang sihat dengan segala kudrat yang
ada pada diri kita. Maut tidak mengenal usia. Sama ada tua mahu pun muda. Kematian bukan hanya berlaku pada orang yang sakit. Orang yang sihat pun boleh mati dahulu.
Sepatah kata orang yang bijak pandai, "Kemarin itu tak ubah seperti sebuah mimpi. Esok hanyalah sebuah pengharapan. Laluilah hidup di hari ini dengan sebaik mungkin semoga hari esok akan jadi lebih bermakna."
Apakah esok masih ada bagi kita? Apakah esok kita boleh melihat terbitnya matahari di ufuk Timur lagi? Jangan ditunggu esok untuk kita melakukan amalan soleh. Esok tidak pernah menjanjikan kita sesuatu yang pasti.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah.


12 ulasan - "KELMARIN SEPERTI MIMPI..."

Kakzakie Purvit delete icon 8 November 2016 4:17 PTG

Tidak perlu dipersoalkan lagi
Mati itu pasti pada setiap yg bernyawa
Cuma persediaan mati setiap yg bernyawa tak sama
Begitu juga cara kematian juga berbeza.

Sheila Adziz delete icon 8 November 2016 5:03 PTG

setuju sis... takut sgt bila dgr kisah titian sirat. gambaran nak lalu titian sirat pandang dan lihat aktiviti kita di dunia....

Mrs. A delete icon 8 November 2016 5:07 PTG

Mengingati mati itu sunat.
Semoga mati kita termasuk dalam kalangan Husnul Khatimah.

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 8 November 2016 8:49 PTG

hidup kita singkat

Jie Susanos delete icon 8 November 2016 9:05 PTG

Amin..penkongsian yang sgt mnarik kak..

paridah delete icon 8 November 2016 9:16 PTG

BENAR KAKZAKIE MOGA SENTIASA BERINGAT N MENAFAATKAN MASA MENYIAPKAN BEKAL AMAL KE SANA...TKSH

Warisan Petani delete icon 8 November 2016 10:19 PTG

Wkmsalam.
Semoga esok masih bersinar, agar kita dapat menambahkan amal sebelum menemuiNya.

Khir Khalid delete icon 8 November 2016 10:56 PTG

Semoga Allah sentiasa memberkati setiap pekerjaan yg kita lakukan semalam, hari ini dan juga hari2 seterusnya... aamiin.

PeRdU cINta delete icon 9 November 2016 12:16 PG

Betul kak PI..apa yang bakal berlaku tidak dapat kita jangka..

Atie Yusof delete icon 9 November 2016 7:29 PG

mari lah sama2 tingkatkan amalan..Mengingati mati itu di tuntut..moga kita semua dijemput dlm keadaan bersedia dan Husnul Khatimah..

Jari Manis delete icon 9 November 2016 7:35 PG

betullesok belum tentu ada untuk kita..jgn kata esok...sejam lagi 10 min lagi..adakah kita sempat lalui...sama2 merenung

raihanah delete icon 9 November 2016 9:23 PG

kata orang, orang cerdik adalah yang selalu mengingati mati

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”