بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERADU


GELAP PENJURU TIANG

Senja baru berlalu
dan isyak melepasi waktu
ruang istirehat menjemput tamu
segera lena beradu
Peta minda berhenti melakar karya
justeru kelelahannya sepanjang usia mengaturnya
menurut rencana
Nikmatnya melelap sepasang mata
dengan jenera
sepi segenap ruang
Penjuru tiang dimamah gelita
dimensi mimpi mewarna-warni pelangi
moga esok masih harum mewangi
berseri

PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA


15 ulasan - "GELAP PENJURU TIANG..."

abuikhwan delete icon 27 November 2016 7:06 PG

Assalamualaikum kak, selamat berhari minggu.
Puitis, puisi hasil torehan minda akak.
"moga esok masih harum mewangi berseri" Amiin...

paridah delete icon 27 November 2016 7:31 PG

WSALAM DIK USTAZ...SELAMAT BERHARI MINGGU JUGA...AMIIN..INSYAALLAH..TKSH

PeRdU cINta delete icon 27 November 2016 10:41 PG

Moga hari-hari mendatang membawa 1001 kenikmatan dan kebahagiaan untuk kita semua...amin...

Nick Nashram delete icon 27 November 2016 2:09 PTG

cantik gambar yg tergantung tu..pemandangan kampung..tenang tengok.

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 27 November 2016 3:32 PTG

SEMOGA BAHAGIA SELALU

paridah delete icon 27 November 2016 3:53 PTG

INSYAALLAH MOGA2 PC DOAKAN YG BAIK2 SAJA..TKSH

paridah delete icon 27 November 2016 3:56 PTG

TKSH CIKGU NICK ...SUKA LUKISAN TU HEH..HEH..LUKISAN KAK LAH TU

paridah delete icon 27 November 2016 3:57 PTG

INSUAALLAH TKSH MKL

Warisan Petani delete icon 27 November 2016 4:16 PTG

wkmsalam.
Hebat PI berkarya.
Insan seni.
Teruskan minat dan bakat.

paridah delete icon 27 November 2016 4:27 PTG

TKSH WP..BERKARYA SUKA2 SAJA..INSYAALLAH

Khir Khalid delete icon 27 November 2016 6:21 PTG

Moga hari-hari seterusnya dikurniakan kejayaan dan keberkatan yang berterusan hendaknya... aamiin.

Jari Manis delete icon 27 November 2016 8:24 PTG

jenera tu apa kak PI

paridah delete icon 27 November 2016 9:29 PTG

TKSH DIK KK..AMIIN..INSYAALLAH KEJAYAAN HIDUP DUNIA AKHIRAT YG DIDAMBAKAN

paridah delete icon 27 November 2016 9:30 PTG

JENERA TU TIDUR YG NYENYAK JM...TKSH

dear anies delete icon 30 November 2016 11:59 PG

Moga2 hari ini lbh baik dari smlm dan esok lbh cemerlang dr hari ini

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”