بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

WANITA JELITA WANITA RUPAWAN

Wanita jelita mulus wajahnya
anggun bergaya
alis mata lentik cantik
kening terbentuk dipantis
pipi merah montok menggebu
bibir mongel terlukis manis
bicaranya petah membalas hujahan
berkerudung anggun merah biru
menawan kolbu
berjuang penuh garang
di dewan persidangan
menggenggam hakiki kepercayaan
pada sebuah realiti perjuangan
dan
Wanita rupawan ayu tulus rautnya
Lemah tutur kata
kadang hilang bicara berombak di dada
bagaimana sudahnya
Minda nencongak kira sedang nawaitu kekal jitu
di sudut dunia sebelah situ
tidak sempat berpantis bercelak bergincu
yang diingat cuma destinasi
akan sampai tanpa sangsi
membawa missi pasti suara hati
teriakan lolong kesedihan menyentuh perasaan
yang dipohon doa restu bertalu
misi Gaza berjaya tidak sia-sia
watan Pelastin bumi anbia
dibantu apadaya
walau menggadai nyawa merentas samudera
silap gaya meninggal dunia
dengan reda demi saudara seagama
menyempurna fardu kifayah ke alam baqa
Wanita wanita menggoncang dunia
berbeza peranannya
Paridah Ishak
Selayang Utama
19/10/016

24 ulasan - "WANITA JELITA WANITA RUPAWAN..."

SalbiahM delete icon 24 Oktober 2016 11:10 PG

semoga kita dapat jadi wanita yang cantik luaran dan dalaman..

dear anies delete icon 24 Oktober 2016 11:22 PG

wanita... hiasan dunia....

Fidah Shah delete icon 24 Oktober 2016 11:45 PG

Betapa untung menjadi si jelita
Wajahnya manis senyuman menggoda
Ke mana pergi disanjung dipuja
Itulah realiti alam dunia

Wanita menjadi tiang harapan
Di bahu yang lemah terpikul bebanan
Namun hatinya cekal tidak terlawan
Begitulah fitrah seorang perempuan

Fidah Shah delete icon 24 Oktober 2016 11:46 PG

Maaf Kak Paridah..
Lama dah tak ber komen kat sini.. :(

saniah ibrahim delete icon 24 Oktober 2016 11:51 PG

hari ini baru ada kesempatan menyapa kak PI...
wanita cantik wanita rupawan seindah perkerti,bisa menggoncang dunia.

Norhayati Mohd Isa delete icon 24 Oktober 2016 12:08 PTG

Wanita Gaza penuh kekuatan..
Semoga mereka menjadi srikandi di negara mereka..
Memberi kekuatan kepada Mujahid..

Atie Yusof delete icon 24 Oktober 2016 12:32 PTG

Seindah hiasan dunia- wanita solehah.. beruntung menjadi wanita..:)

Warisan Petani delete icon 24 Oktober 2016 1:21 PTG

Wkmsalam.
Beza ee wanita jelita dengan wanita rupawan.

Mrs. A delete icon 24 Oktober 2016 3:49 PTG

Wanita jelita wanita rupawan semoga cantik luaran dan indah keperibadian.

nohas delete icon 24 Oktober 2016 4:00 PTG

wanita solehah - baik akhlak, baik agama, hiasan duniawi..

All Women's Boat to Gaza - entahlah, tugas wanita membantu lelaki, seperti yg digariskan dlm Islam..

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 24 Oktober 2016 7:19 PTG

memang rupawan.

paridah delete icon 24 Oktober 2016 9:25 PTG

YA SAL WANITA INI ZAHIRNYA SEMUA CANTIK..DALAMANNYA HAK PRIBADI XSIAPA TAHU...TQ

paridah delete icon 24 Oktober 2016 9:27 PTG

TKSH ANIES..PERHIASAN DUNIA YG SEMPURNA

paridah delete icon 24 Oktober 2016 9:30 PTG

TKSH FIDAH PUITIS SAJAKNYA...WAH MAK AJI FIDAH DH MULA BW YA..XPA FAHAM KESIBUKANNYA.

paridah delete icon 24 Oktober 2016 9:32 PTG

TKSH SANIAH..WANITA2 HEBAT SENTIASA MENGGONCANG DUNIA

paridah delete icon 24 Oktober 2016 9:35 PTG

BENAR YATI WANITA2 DI CAZA SANA TABAH RUPAWAN AYU..TKSH

paridah delete icon 24 Oktober 2016 9:38 PTG

TKSH ATIE..JADI WANITA SOLEHAH MMG BERUNTUNG DUNIA N AKHIRAT

paridah delete icon 24 Oktober 2016 9:40 PTG

TKSH WP..BEZA PADA TAFSIRAN PENULIS SAJA HEH..HEH...

paridah delete icon 24 Oktober 2016 9:43 PTG

TKSH MRSA CANTIK WAJAH N PERIBADI INSYAALLAH

paridah delete icon 24 Oktober 2016 9:47 PTG

TKSH NOHAS WANITA JELITA/RUPAWAN DGN PERANANNYA TAKDIR YG MENGGERAKAN APAPUN XKIRA APA YG MRK HADAPI

paridah delete icon 24 Oktober 2016 9:49 PTG

TKSH MKL..YA JELITA N RUPAWAN

Kak Yon delete icon 25 Oktober 2016 9:55 PG

yang menawan tu tak semestinya jelitakan..hehe

Etuza Etuza delete icon 25 Oktober 2016 10:53 PTG

wanita itu bagaikan bunga di taman rumahtangga..

Khir Khalid delete icon 29 Oktober 2016 9:16 PTG

Semangat seorang lelaki mahupun yg berjaya, ada wanita dibelakangnya yg bergelar ibu dan isteri...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”