بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

Selamat bercuti pada hujung minggu. Mesti ada yang pulang ke kampong bercuti. Membawa family meninjau persekitaran kampong yang indah permai sambil mengimbau kenangan lalu yang pernah dilewati dan riuh bercerita kepada generasi kini yang kadangkala tidak berapa endah pun. Yang lalu sudah lama berlalu. 

Kalau PI bercerita kepada anak-anak betapa susahnya meniti kehidupan di masa lalu jawab mereka nasib emaklah tu hidup di zaman daif. Tapi kedaifan yang digeluti generasi dululah yang berusaha mendapatkan kesenangan dan keselesaan hidup untuk generasi masakini…

Usahlah nak membebel soal itu. Kita harus terima hakikat bahwa setiap zaman berubah menurut situasi dan cabaran hidupnya berbeza untuk dihadapi dengan bijaksana. Setiap waktu yang dilalui ada cerita istimewanya tersendiri.

Dulu-dulu PI ke sekolah berjalan kaki melalui batas bendang berhampiran sungai yang ditumbuhi rumpun nipah. Pasti PI akan temui longgok tanah berselut yang agak tinggi seolah digembur sesuatu. Kalau nasib baik akan terjumpa pengorek lubang yang sedang menggembur sarangnya. Besar. Bentuk seakan udang tapi berketak-ketak berwarna jingga. Sebab badannya berketak orang kampong PI menyebutnya udang ketak.






Menurut google namanya udang tanah/mud prawn. Udang ketak pula dinamakan untuk udang lipan. Masa dulu orang kampong PI tidak makanpun udang lipan ni. Kalau tersangkut di jaring kala ke laut akan dibuang saja. Kini dah jadi sebaliknya. Udang lipan adalah antara makanan laut yang disukai ramai.


Udang lipan

Tentang udang ketak/udang tanah harapnya tidaklah terganggu habitat mereka oleh penggemar makanan exotic/ganjil. Kalau ada yang berminat tentu tidak selamat juga hidup udang ketak ni. Biasalah selera manusia di akhir zaman pelik-pelik juga heh..heh..  



Pic google images.

22 ulasan - "UDANG KETAK.."

abuikhwan delete icon 23 Oktober 2016 12:49 PTG

Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Udang ketak, enak tu dibuat masak lemak kuning. Kalau balik ke rumah mertua, selalu juga saya bersama keluarga dan ipar-duai mencarinya di persisiran pantai. Caranya dengan menggunakan umpan ikan masin yang dicucuk ke dalam lubangnya untuk menarik perhatian ia keluar (pic no 4). Kata orang tua-tua, ia di antara ubat penyakit lelah. Entahlah, kerana kami sekeluarga tidak ada penyakit itu..

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 23 Oktober 2016 3:03 PTG

udang kertak itu sedap...

paridah delete icon 23 Oktober 2016 4:08 PTG

wsalam...sedap rupanya udang lipan ni ya..kak xpernah rasa lagi. nanti kak nk cuba juga le..tksh berkongsi petua tntg sakit lelah tu

paridah delete icon 23 Oktober 2016 4:11 PTG

yeke MKL..TKSH NANTI NK TRY JUGA

Elih Japahar delete icon 23 Oktober 2016 6:16 PTG

Boleh makan ke...tak pernah cuba lagi...huhu

Anisayu Nastutik delete icon 23 Oktober 2016 10:07 PTG

udang ketak
jika telah dimasak
Tentu rasa enak
Dulu tak mau kini nak banyak...

paridah delete icon 23 Oktober 2016 10:08 PTG

entahlah bagi orang Islam udang tanah tak dimakan..udang ketak/lipan boleh...tq Elih Japahar

paridah delete icon 23 Oktober 2016 10:10 PTG

tau juga anisayu udang ni ya enak tu ..tq

Khir Khalid delete icon 23 Oktober 2016 10:15 PTG

Tak pernah cuba udang ketak tu.. klu udang galah dan yg lain2 tu pernah juga...

nohas delete icon 23 Oktober 2016 10:59 PTG

tak pernah lg makan udang ketak ni..sedap kot buat sambal tumis..

paridah delete icon 24 Oktober 2016 8:35 PG

KAK PUN XPERNAH RASA XTAU PULA NK GAMBARKANNYA SEDAPLAH TU SEBAB RAMAI YG SUKA..TQ DIK KK

paridah delete icon 24 Oktober 2016 8:37 PG

SEDAP GAMAKNYA TU NOHAS CUBALAH...TQ

Khairul Bariah delete icon 24 Oktober 2016 8:37 PG

kak PI, udang ketak tu saya tak pernah dengar namanya tp rupanya saya pernah tgk. dia seakan-akan kala-jengking pun ada, kan?

Kalau udang lipan tu biasalah dengar dan saya memang makan udang tu, buat goreng!

paridah delete icon 24 Oktober 2016 11:11 PG

UDANG KETAK/MUD PRAWN NI BESAR BENTUKNYA KB RUPANYA SEAKAN KALJENGKING TAPI KALA JENGKING TU KECIK JE...TQ

dear anies delete icon 24 Oktober 2016 11:27 PG

xpenah pulak sy dgr nama udang ni..

Atie Yusof delete icon 24 Oktober 2016 12:32 PTG

Tak pernah makan lg udang ketak ni kak PI...

Warisan Petani delete icon 24 Oktober 2016 1:59 PTG

Sekarang mahal harga udang ketak ni.

paridah delete icon 24 Oktober 2016 2:49 PTG

YEKE ANIES LA NI DH TAHU KAN...TQ

paridah delete icon 24 Oktober 2016 2:51 PTG

CUBALAH ATIE KAT SABAH MESTI BNYK UDANG NI...TQ

paridah delete icon 24 Oktober 2016 2:55 PTG

YEKE..MESTI SEDAP TU N RAMAI PENGGEMARNYA WP...TQ

nadhie wueen delete icon 25 Oktober 2016 3:46 PTG

memang lain rupa udang ni. kenapa org dulu2 tak makan kak PI?

Etuza Etuza delete icon 25 Oktober 2016 10:54 PTG

huuu suka makan udang buat lauk sedap..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”