بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


Syair mawar bersama diperi,
mekar di pohon cantik berseri,
walau keliling dipenuhi duri,
namun itulah gambaran diri.

Mawar cantik lebat berumpun,
aroma segar berjambak disusun,
di sudut kamar menyerlah anggun,
menyeri ruang hati meruntun.

Leganya hati di sisi mawar,
terasa laju masa beredar,
ingin bersama hilangkan gusar,
nikmati indahnya dengan sabar.

Walau terluka ditusuk duri,
darah menitis di ujung jari,
hati terasa ngilu dan nyeri,
diseka lirih memujuk diri.

Mawar yang ini mawar pilihan,
jadi perhiasan jadi perhatian,
mengulit rasa kegembiraan,
mengukir riang keceriaan.

Mawar ranggi berkelopak cantik,
tanpa ragu segera dipetik,
sebelum mekar dinanti putik,
walau hujan mulai merintik.

Gerimis mulai turun kasar,
hati berolak runsing dan gusar,
lembut kelopak menjadi sasar,
tidak tegar alam menggegar.

Mawar terindah memudar warna,
tidak lagi sesegar angsana,
kelopak relai di sini sana,
bertaburan suram suasana.

Demikianlah kisah akan mawarku,
sudah pun layu di ujung waktu,
berguguran longlai di perdu,
namun kenangan digugah rindu.

Paridah Ishak
Selayang Utama
22 Okt 016








15 ulasan - "SYAIR MAWAR"

nadhie wueen delete icon 27 Oktober 2016 1:12 PG

Cantik je mawar ni :)

Atie Yusof delete icon 27 Oktober 2016 7:37 PG

syair indah si bunga mawar... i like... :)

Fidah Shah delete icon 27 Oktober 2016 12:38 PTG

Mawar berduri
Cantiknya tak terperi
Kembang mekar mewangi
Bunga pujaan hati

Sue Bee delete icon 27 Oktober 2016 2:09 PTG

Selamat petang, kak PI

Warisan Petani delete icon 27 Oktober 2016 2:11 PTG

Cantiknya mawar, indah lagi syair berperi.
Ambil iktibar kisah mawar dengan kehidupan kita di dunia ini.
Yang indah hanya sementara.

webctfatimah delete icon 27 Oktober 2016 2:43 PTG

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak... sendu sahaja rangkap pantun bunga mawar kakak di atas. Tak ape kak, nanti akan berbunga lagi pada masa akan datang. Saya belum cuba menanam bunga mawar lagi kak, keinginan tu ada, tapi nak memberi tumpuan pada bunga Daisy dulu yang kini sedang kembang dan sentiasa berbunga tanpa henti. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

nohas delete icon 27 Oktober 2016 6:59 PTG

sekuntum mawar merah sebuah puisi...suka roses..

Diana Rashid delete icon 27 Oktober 2016 7:02 PTG

dah lama tak bersyair kak..hari ni saya bersyair anak2 tengok sambil buat muka pelik..ahahaha

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 27 Oktober 2016 9:39 PTG

cantik berseri.

Pha Is delete icon 28 Oktober 2016 9:58 PG

sekuntum mawar merah
sebuah puisi
untuk gadis pilihan
dibulan febuari..


eh.. hahaha

paridah delete icon 28 Oktober 2016 5:16 PTG

kan main pha is menyanyi...tksh

Khir Khalid delete icon 29 Oktober 2016 9:09 PTG

Bunga mawar mekar mewangi, cantik berseri bak bidadari... chewahh :) :)

dear anies delete icon 31 Oktober 2016 12:23 PTG

wangi, cantik... tapi berduri...

Jari Manis delete icon 1 November 2016 8:01 PTG

cantik wangi tetapi berduri...bunga yg tggi nilainya

Norhayati Mohd Isa delete icon 2 November 2016 11:22 PG

Suka sangat dengan bunga Mawar ni..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”