بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

LUBUK YU
Kami belia/beliawanis Ulu Jempol mengadakan perkelahan di Lubuk Yu ini suatu ketika dulu. Beramai-ramai berjalan kaki ke sini untuk menikmati keindahan alam semulajadinya diiring simfoni gemaan air terjun yang memecah kesunyian alam. Kata orang lubuk ini dinamakan lubuk Yu kerana bentuknya seakan U. Namun nama asalnya adalah lubuk Iru.

Ilham menjengah minda; terhasillah tulisan yangku hantar dalam ruangan SECEBIS KISAH akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk KENANGAN DI LUBUK IRU. Alhamdulillah disiarkan.
Lubuk Yu,tempat perkelahan tersorok di tengah hutan itu telah dimajukan dan mengundang ramai pengunjungnya.

Akhir 2010 lalu digemparkan dengan berita lubuk ini telah menelan ramai korban. Antaranya Zainal rakan baikku.

Zainal turut bergabung tenaga dalam operasi menyelamat seorang mangsa lemas bersama pihak terlibat iaitu tentera, polis. bomba.

Usaha pencarian tamat tanpa menemukan mangsa. Tetapi selang tidak lama selepas itu berlaku kematian satu lepas satu.

Kematian yang melibatkan mereka yang bertungkus-lumus mencari mangsa. Pihak Kementerian Kesihatan mengesahkan mereka yang meninggal dunia itu dijangkiti kuman kencing tikus.
Memeranjatkan sungguh. Kami seringkali ke lubuk Yu tatkala bekalan air paip terputus tidak tahu di situ bersarangnya kuman kencing tikus.
Namun ada yang bercerita tentang pelbagai keanehan yang berlaku di situ.
Seorang mendakwa melihat seekor ular putih yang besar menjalar ke dalam hutan ketika yang lain sibuk menjalankan operasi menyelamat. Wallahualam. Dan diiringkan al-fatihah serta doa semoga Allahyarham Zainal dan mereka yang turut terkorban dalam insiden itu dicucuri rahmat rohnya, berada di kalangan solehin di sisi-Nya.

21 ulasan - "HAIBUN AIR TERJUN YU..."

Atie Yusof delete icon 13 Oktober 2016 10:56 PG

cantik Lubuk YU ni ye kak....suana alam semulajadi masih menebal.. tapi bila melibatkan kematian ni, tentu nya kita akn lebih berhati2.... Al-fatihah...

paridah delete icon 13 Oktober 2016 11:29 PG

AMIIN..YELA ATIE CANTIK TEMPAT NI TAPI LA NI SERING TERJADI MANGSA LEMAS YG NGERI TRGEDINYA...TQ

Sue Bee delete icon 13 Oktober 2016 12:13 PTG

hhrrmmm..yang lemas tu dah jumpa ke, kak PI?.. Takziah pada keluarga mangsa.

Kakzakie Purvit delete icon 13 Oktober 2016 12:27 PTG

Sedihnya...
Niat membantu tapi satu-persatu pergi dijemput izrael
Tempatnya cantik siapa pun tak menyangka ianya tercemar.

Warisan Petani delete icon 13 Oktober 2016 1:21 PTG

Sekarang kena berhati-hati untuk berkelah di kawasan rekriasi kerana ditakuti pencemaran kencing tikus ni.

nohas delete icon 13 Oktober 2016 1:22 PTG

kwsan air terjun mmg selalu terjadi kes kematian sbb air kencing tikus...mereka yg pegi tk menjaga kebersihan tempat sbb tu tikus byk..

Nooriah Abdullah delete icon 13 Oktober 2016 2:14 PTG

macam2 ye kes kat air terjun ni P
kena hati2 lah saja dimana pun skrg ni

paridah delete icon 13 Oktober 2016 3:29 PTG

YANG LEMAS TU X JUMPA SUE..HLG GITU SAJA...TQ

Husna Rahman delete icon 13 Oktober 2016 3:30 PTG

alfatihah...

first tgk gambar ni ku terasa seram dah...xtau nape...ke sbb blkg tu hutan..ku kan penakut yakmat..huhu

paridah delete icon 13 Oktober 2016 3:40 PTG

BENAR TU KAKZAKIE RAMAI YG TERKORBAN DGN NIAT NK MENOLONG MOGA ALLAH MERAHMATI ROH MRK...TQ

paridah delete icon 13 Oktober 2016 3:44 PTG

AMIIN..YA HUSNA BELAKANG TU N SEKELILINGNYA HUTAN TAPI TELAH DIMAJUKAN SBG TEMPAT PERKELAHAN...........KAK PUN DH LAMA KESTU DI HATI RASA SERAM JUGA....TQ

paridah delete icon 13 Oktober 2016 3:59 PTG

YA WP KWSN AIR TERJUN YG XDIJAGA KEBERSIHANNYA BNYK YG DICEMARI KUMAN KENCING TIKUS...TQ

paridah delete icon 13 Oktober 2016 4:02 PTG

YELA NOHAS LA NI DH XBERANI NK MANDI-MANDA DI AIR TERJUN BIMBANG ADA KUMAN KENCING TIKUS...TQ

paridah delete icon 13 Oktober 2016 4:05 PTG

TQ NOOR...NAK BERKELAH DI AIR TERJUN DH RASA X SELAMAT LA NI.

Khairul Bariah delete icon 13 Oktober 2016 4:18 PTG

selalunya begitulah kak PI. Jika ada kematian mesti akan disiasat, adakah pernah mandi di kawasan air terjun atau seumpamanya. jika ada, mereka suspek kencing tikus.

al-fatihah utk mangsa yg terkorban.

paridah delete icon 13 Oktober 2016 9:37 PTG

tksh kb..amiin..selalunya kalau ada kematian sbb mandi di air terjun mesti ada kaitan dgn kucing tikus.

Gee Lion delete icon 14 Oktober 2016 7:02 PG

Dulu semasa umur masih belasan tahun, kerap kali mengunjungi Lubuk Yu nih bersama keluarga. Sebaik stop aktiviti tersebut, tiba-tiba digemparkan dengan berita orang lemaslah, kencing tikuslah.. padahal masa kita pergi aman-aman je tempat tuh.

paridah delete icon 14 Oktober 2016 10:20 PG

YA GEE MACAM2 KEJADIAN YG XDIINGINI BERLAKU LA NI SEJAK DH MAKIN CANTIK N MAJU TEMPATNYA...KAK KE SANA DULU2 SAJA LA NI DH XGI....TQ

Etuza Etuza delete icon 14 Oktober 2016 4:33 PTG

hebatnya kurniaanNya

paridah delete icon 14 Oktober 2016 10:07 PTG

CANTIK TEMPATNYA CIKGU BERDEKATAN KAMMPUNG KAK...TKSH

Khir Khalid delete icon 20 Oktober 2016 11:12 PTG

Cantik tempatnya tp kena beringat kan jika berada di sana...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”