بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALLAMUALAIKUM...



Tawa dan tangis adalah permainan hidup. Hidup yang hanya dipenuhi dengan tawa ria saja akan membosankan kita.
Dalam perjalanan hidup kita pasti akan menempuhi saat berduka lara.
Air mata pasti akan mengalir keluar membasahi pipi. Itulah air mata kedukaan atau kekecewaan.. Namun dalam kegembiraan juga kita boleh mengeluarkan air mata. Itu adalah air mata kebahagiaan. Dalam kesyahduan kita sujud menghadap Yang Maha Esa pun kita boleh menitiskan air mata. Kita terkenang akan betapa kerdilnya diri kita ini di sisi-Nya. Betapa masih terlalu kurangnya amal ibadah kita. Betapa kurangnya kita bersyukur di atas nikmat dan rahmat-Nya. Betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan selama ini. Itulah air mata keinsafan. Tawa ria dan tangisan adalah rencah kehidupan. Dan air mata yang masin menambahkan kenikmatan kehidupan itu sendiri.
Namun harus diingat, janganlah sampai kita mengeluarkan air mata atas perkara yang sia-sia dan melalaikan. Air mata yang sedemikian tiada nilainya di sisi Allah.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah.


9 ulasan - "TAWA DAN TANGIS.."

Kakzakie Purvit delete icon 26 September 2016 11:52 PG

Sebab itulah mengalirnya airmata bukan bermakna duka-lara tetapi ada juga yg mengalirkan airmata disebabkan kegembiraan yg tidak terkata

Tapi yg pasti perempuan dan airmata sangat akrab hubungannya.

nohas delete icon 26 September 2016 1:53 PTG

syukran berkongsi nasihat ni...sesiapa yg mampu tersenyum di saat hati menangis kerana musibah adalah insan yg tabah..

Warisan Petani delete icon 26 September 2016 2:15 PTG

Wkmsalam.
Kadang2 kita mengeluarkan air mata kerana mata masuk sampah.

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 26 September 2016 5:40 PTG

nice sharing

Etuza Etuza delete icon 27 September 2016 7:20 PG

menangis ingat akan dosa2 lalu dikatakan Allah hapuskan seksa neraka..subahanallah

Mrs. A delete icon 27 September 2016 4:08 PTG

Selepas menangis barulah lega rasanya.

Gee Lion delete icon 27 September 2016 6:21 PTG

Baca entri kak PI pun saya terasa nak menangis..
Terkenang susah payah yg dihadapi selama ni, terasa jauh seketika dari Allah dan air mata mengalir percuma bukan keranaNya. :'(

Khir Khalid delete icon 1 Oktober 2016 1:55 PTG

Adakala dengan menangis itu memberi satu kekuatan baru...

Mas delete icon 6 Oktober 2016 9:27 PTG

air mata kerana Allah tu sgt menenangkan jiwa..

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”