بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM…

BERKAT SABAR USAHA DOA DAN TAWAKAL

Syukur Alhamdulillah emak PI yang pernah PI tulis berkenaan sakit yang menyerang tubuhnya awal Syawal lalu telah beransur pulih kesihatannya. Mulanya hanya terbaring saja dan sukar hendak bangun tanpa dibantu keluarga terdekat. Kami anak-anak, cucu-cucu. menantu amat risaukan kesihatan emak yang uzur tiba-tiba tanpa dapat dikesan sakitnya walau telah dibawa berubat dengan doctor pakar.

 Usaha yang kami anak-anak/cucu-cucu lakukan hanya memperhatikan kemasyhlahatan mak sambil meminta khidmat tukang urut, memberi ubatan homoepathi dan mencuba rawatan alternative perubatan Islam.


Insya-Allah berkat doa kawan-kawan semua juga dengan izin-Nya kini telah kembali kesihatannya seperti dulu. Dapat cergas semula melakukan apa saja kesukaan mak tanpa mengharapkan pertolongan orang lain. 

Begitulah ujian Allah akan mendatangi kita tak kira siapa, masa atau bila. Jika demikian suratan yang terjatuh di lorong hidup kita terpaksa juga dihadapi penuh reda, sabar, doa, tawakal dan berusaha. 

17 ulasan - "SABAR USAHA DOA TAWAKAL...."

TunSha Ayunie delete icon 8 September 2016 10:35 PG

Setiap ujian sebagai pemangkin semangat. Alhamdulillah mak PI dah beransur pulih..

Kakzakie Purvit delete icon 8 September 2016 10:37 PG

Alhamdulillah... kakak dpt rasa betapa bahagianya anak-cucu-menantu semua melihat mak kembali pulih. Moga mak terus sihat dan ceria disamping keluarga tercinta.

Etuza Etuza delete icon 8 September 2016 10:46 PG

Alhamdulillah..syukur dengan anugerahNya..semoga terus sihat agar kehidupan lebih bererti

Diana Rashid delete icon 8 September 2016 11:30 PG

Alhamdulillah...Mesti lega anak-anak lihat orang tua nya main sihat..saya ni kalau mak demam biasa je pun dah susah hati tak boleh nak nyenyak tidur..walaupun jauh tetap kerap call adik kat kampung tanya..Untung la anak2 yang berpeluang menjaga ibu ayah diaorang yang dah tua..senang kalau mak ayah tinggal sekali ni..kalau jauh susah hati sangat..

nohas delete icon 8 September 2016 11:57 PG

Alhamdulillah..

Sue Bee delete icon 8 September 2016 12:55 PTG

Syukur dah sihat seperti sediakala.

paridah delete icon 8 September 2016 2:07 PTG

BENAR TU SYA SEMANGAT PERLU KUAT HADAPI UJIAN-NYA...TKSH

Khir Khalid delete icon 8 September 2016 3:33 PTG

Hanya kepada Allah kita berserah.. kita hanya mampu berusaha shj, selebihnya tetapkan takwakkal kepadanya, in shaa Allah...

Warisan Petani delete icon 8 September 2016 11:28 PTG

Wkmsalam.
Syukur Alhamdulillah.

Gee Lion delete icon 9 September 2016 12:50 PG

Alhamdulillah, moga kesihatan ibu PI terus berpanjangan.
Siapa yg tak risau bila lihat ibu sendiri sakit kan, seperti mana saya dulu.
Masih terbayang di mata ujian yg harus ditempuhinya.
Entahlah.

Siti Yang Menaip delete icon 9 September 2016 9:25 PG

alhamdulillah semakin sihat.. Kak PI pun jaga kesihatan ya =)

Kesuma Angsana delete icon 9 September 2016 10:55 PG

alhamdulillah xde sakit yang x boleh diubati kecuali matikan. Kita kena terus berusaha mencari penawar. Akak juga jaga diri ya

Mas delete icon 9 September 2016 2:01 PTG

Alhamdulillah selepas segala ikhtiar pasti dibls ap yg terbaik =)

Khairul Bariah delete icon 9 September 2016 3:32 PTG

alhamdulillah kak, emak dah kembali sihat dan cergas. semoga emak akak akan terus sihat menjalani kehidupannya dengan keluarga tersayang.

Irda Garmin delete icon 9 September 2016 9:31 PTG

alhamdulilah mak kak pi sudah beransur baik,memang benar kak,di sebalik kesulitan pasti akan datang kemudahan (insyirah ayat 6).disebalik ujian akan datang hikmahnya.

Anisayu Nastutik delete icon 9 September 2016 11:01 PTG

Doa berkekuatan hebat
Bisa membuat yang sakit kembali sehat
Seperti Mak PI yang telah bersemangat
Melakuakan sendiri dengan kuat...

Khir Khalid delete icon 13 September 2016 9:41 PTG

Alhamdulillah syukurlah... semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik... aamiin.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”