Tuesday 27 September 2016

PULARA...

ASSALAMUALAIKUM...




IPOH: Kerajaan Negeri Perak sedang merancang untuk mengembangkan Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) supaya ia menjadi satu program besar yang bertaraf antarabangsa.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya akan memasukkan beberapa unsur lain dalam memastikan PULARA yang dianjurkan bagi tahun ketujuh kali ini dapat membawa pelbagai pihak yang terlibat dalam bidang karyawan, sastera dan budaya.
“Oleh yang demikian pihak jawatankuasa telah membuat perbincangan dan memutuskan agar pada kali ini PULARA akan turut sama membuat program-program yang setaraf dengannya.
“Pada kali ini kita akan mengadakan Hadiah Sastera Darul Ridzuan (HSDR) dan ianya bukan hanya melibatkan dalam bidang sastera tetapi juga melibatkan bidang penulisan dan lain-lain,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Ujarnya lagi, pada kali ini, hadiah berkenaan meliputi 14 kategori utama melibatkan keseluruhan genre penulisan selain daripada tiga anugerah lain iaitu Sasterawan Perak Darul Ridzuan, Pejuang Sastera Perak Darul Ridzuan dan Karyawan Sepanjang Hayat.
“Bagi anugerah Sasterawan Perak Darul Ridzuan akan menerima wang tunai sebanyak RM50,000, piala iringan dan watikah penghormatan daripada Kerajaan Negeri Perak.
“Selain itu, kita juga ada Pejuang Sastera Perak Darul Ridzuan yang akan menerima sebanyak RM25,000, manakala Karyawan Sepanjang Hayat RM15,000 dan masing-masing akan menerima watikah penghormatan daripada Kerajaan Negeri Perak,” jelasnya.
Beliau juga berharap dengan pengistiharan hadiah sastera berkenaan akan memberikan satu input atau suntikan ke arah menjadikan PULARA sebagai satu acara besar peringkat negeri, negara dan antarabangsa.
“Diharap dengan ada kompenan yang kita wujudkan dalam PULARA ini nanti, ia akan menjadikan negeri Perak sebagai pusat tumpuan bagi golongan karyawan di peringkat antarabangsa,” tambahnya.
Penyertaan bagi HSRD 5 akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada tokoh-tokoh dan mereka yang berwibawa dalam bidang masing-masing akan dilantik bagi menilai karya-karya yang layak.
Penyertaan pula terbuka penulis warganegara Malaysia rakyat negeri Perak yang berkarya di negeri Perak, di luar negeri Perak atau luar negara atau warganegara Malaysia yang telah bermastautin di Perak sekurang-kurangnya lima tahun semasa karyanya dipilih.
Borang pencalonan dan penyertaan boleh dimuat turun daripada laman Facebook Kampung Karyawan Malim.
Sumber Perak Today


ps..

PI DAN RAMAI LAGI PENULIS SAJAK YANG TERLIBAT DALAM ANTOLOGI SAJAK BANDAR-BANDAR DI PERAK TURUT DIUNDANG KE MAJLIS INI DENGAN MENDAFTAR DAHULU SECARA ONLINE DI
www.pulara7.blogspot.my .

Sumber:
Shasha Shakierah@Karyawan Pk
salinan:
Zabidin Hj Isma
Zabidin Hj Ismail Paridah Ishak Amelia Hashim Mohamad Khairi Mohamad Ani Sitiesahmusa Siti zuraida dewi Yahti Hayatinorza asmahwati shukor affix zulkarnain adam ahmad safarman dollah leo aws onn abdullah Noor Azihan Sulaiman al fariz al zaris bayu pagi mohamad amirul Azreel Rosni Khir Ipoh Mohamad Zuraimi Razali DrRaja Rajeswari Seetha Raman sazalee sulaiman nik Nik Mohd Iznan puzi hadi Rokiah Hashim hariff othman norais rufaifa abdullah wijaya perkasa Saad Noordin Elmi Ikhwan Nasruddin nini zalina mataadin ayesarafie Muhamad Roni Pasla Saniah Masri CT Nurza prof hashim yaacob siti mariah alias faris arshad andy chooi aminah a malek hanifah ibrahim ahmad fikri ab rahman kamar zaman

SEMOGA MAJLIS SASTERA GILANG GEMILANG ANJURAN KERAJAAN NEGERI PERAK INI SEMPURNA DENGAN JAYA MAJLISNYA DAN MEMBERI MENAFAAT KEPADA PERKEMBANGAN SASTERA NEGARA DAN PENGGIAT KARYA  SASTERA.

14 comments:

  1. wahh..negeri teman ni tapi teman tk reti nk cipta puisi apatah lg lagu rakyat..huhu.."oii kome, deroyan dah berbunge"

    ReplyDelete
  2. heh..heh..suke nar dgr lagu rakyat Perak ni..nasib baik tersangkut juga puisi yg disertai syukur amat...kak ada juga kait mengait dgn Perak ni walau asal Kedah...tq

    ReplyDelete
  3. hihi cuti ni nak pergi perakkkk hihi :D

    ReplyDelete
  4. PI memang selalu masuk PULARA ye? Ini first time saya dengar.. Semoga rezeki kemenangan berpihak pada kak PI. Kadang2 bukanlah kita nak kejar hadiah pun kan, untuk kepuasan diri sendiri dan mengembangkan lagi puisi negeri kita ^_^

    ReplyDelete
  5. YEKE....SELAMAT BERJUNJUNG KE PERAK MIS DIARIOS..TKSH

    ReplyDelete
  6. XPERNAHPUN..INI PERTAMA KALI GEE..KEBETULAN DPT SERTAI ANTOLOGI PUISI BANDAR2 DI PERAK ANJURAN BADAN PENULISAN KARYAWAN PERAK...HEH..HEH...XMIMPI NK MENANG APA2 GEE...PENULIS NASI TAMBAH JE.. JGN JADI NASI MELUKUT DAH...TQ GEE

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, semoga diberikan kesihatan yang baik.
    Pelik juga tengok tajuk, apa tu PULARA? Rupa-rupanya singkatan puisi dan lagu rakyat. Satu usaha yang sangat bagus mengembangkan PULARA, agar ia tidak hilang begitu sahaja suatu hari nanti. Sebagaimana banyaknya permainan budak-budak dahulu yang telah pun hilang daripada pengetahuan generasi hari ini.
    Teringat kata-kata Allahyarham TS P. Ramlee..."Jika kita tidak berusaha mengekalkan lagu-lagu rakyat seperti dondang sayang, inang dan sebagainya ke dalam dada anak-anak kita, nescaya satu hari nanti muzik-muzik lain yang akan masuk menggantikannya..."

    ReplyDelete
  8. wahhh..seronok nya kak PI.. best sebab dpt jugak jumpa teman2 yg lain :)

    ReplyDelete
  9. Lumayan juga tu kak PI, tahniah kpda penerima nanti

    ReplyDelete
  10. Semoga berjaya.
    Jangan sia2kan bakat yang ada.

    ReplyDelete
  11. Menarik... hampir setiap tahun ada puisi di pangkor ni kan.. semoga berjaya hendaknya..

    ReplyDelete
  12. bestnya org perak! dpt berpuitis

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist