بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT BERIBADAH HAJI NEELOFA...

"Saya pergi dengan tenang" - Neelofa
Saya genggam tangannya, erat-erat dan kuat. Dia peluk saya, juga erat berdakap. Lama saya tidak bertemu muka dengannya, hampir lima bulan, begitu. Selalunya dia cantik dengan pelbagai hias solekan pada wajah, ditambah bulu mata palsu tebal, contact lens. Berseri-seri selayaknya artis, macam yang kalian selalu lihat di TV itulah.
Tetapi semalam saya lihat, dia luar biasa cantik. Sumpah! Dalam jubah hitam, selendang hitam ditaburi bunga emas, segala yang semulajadi tentang dia terbentang di depan mata. Tanpa secalit make-up, dia terlalu cantik. Saya yang perempuan dipanggil Kak Long ini pun boleh tidak berkelip mata memandang.
Saya letakkan kedua-dua tangan saya pada bahu kiri dan kanannya, saya pandang jauh ke dalam mata dia dan saya cakap.
" Ya Allah, Lofa! Cantiknya Lofa. Cantik sangat-sangat dik." Dia hanya gelak kecil.
Saya sambung lagi "Aura orang hendak pergi haji ni kan, seri dia lain macam." Dan dia senyum lagi sambil dengan sepantasnya meminta maaf.
"Maaf kak, Lofa tak jawab panggilan semua orang sebelum ni. Lofa terlalu banyak masalah sebelum pergi," kata anak ketiga dalam keluarga, yang sungguh kuat bekerja ini.
Saat itu, matanya mula merah. Ya!Dia mula menahan airmata dari tertumpah.
"Visa hanya dapat saat-saat akhir, sehari sebelum pergi kak, bayangkanlah. Lofa hanya berserah kepada Allah. Lofa doa dan terus berdoa..
"Kak....Lofa tak tidur malam, Lofa doa dan terus doa semoga Allah jemput Lofa. Semoga Allah panggil Lofa ke Tanah Suci bersama Mama dan Daddy tahun ini.
"Dan kak, percayalah kak. Bila kita nak buat kerja baik, Allah tolong. Hari ini hati Lofa tenang, semua sudah selesai dengan baik. Doakan Lofa jadi manusia yang lebih baik selepas pulang ya, " katanya dan lagi sekali, matanya memerah.
Semalam, saya luangkan masa. Melihat dia melangkah bagi menuju ke satu perjalanan yang sangat indah itu. Dijemput mengerjakan ibadah rukun Islam kelima di Tanah Suci Mekah, dalam usia 27 tahun, dia bukan biasa-biasa, tetapi istimewa.
Justeru, pemilik nama penuh Neelofa Mohd Nor, 27 ini melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana impiannya untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini bakal tertunai juga.
Neelofa ditemani oleh ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed dan ayah tirinya, Abdul Halim Khan, berlepas dengan penerbangan Saudi Arabia pada pukul 6 petang semalam dari KLIA.
Apa juga kontroversi yang muncul sebelum ini tidak pernah mematahkan semangat si pemilik Naelofar Hijab ini untuk menjadi tetamu Allah.
Turut menghantar Neelofa dan keluarga di KLIA ialah ahli keluarganya di Kuala Lumpur dan dari Kelantan, termasuk bakal abang iparnya, pelakon Sharnaz Ahmad.
Tahun lalu, saya hantar 'teman bergaduh' Lofa di set, Nabil Ahmad di KLIA juga. Ketika kenangan saat menghantar Nabil di pintu Perlepasan KLIA itu masih sangat jelas di ingatan, tahun ini, giliran Lofa pula dijemput Allah menjadi tetamunya ke sana.
Dua anak seni ini masih terlalu muda, sudah pun ber'haji'. Adik-adikku, benarlah. DIA memandang pada HATI kamu! Alhamdulillah!


Sumber fb Tengku Khalidah Tengku Bidin

12 ulasan - "PERGI DENGAN TENANG..."

Gee Lion delete icon 6 September 2016 10:19 PTG

bukan semua anak muda mendapat peluang begini
perlukah rasa cemburu ini bertandang di hati?
huhuhu..

paridah delete icon 6 September 2016 10:34 PTG

REZEKI N TAKDIR KITA MASING2 GEE..INSYA ALLAH MASA UTK KITA AKAN TIBA JUGA...TKSH

CikLa Shahril delete icon 6 September 2016 11:13 PTG

Semoga semua urusan beliau di sana dipermudahkan dan mendapat haji yg mabrur. InshaAllah...

ZULHILMI TEMPOYAK delete icon 7 September 2016 1:35 PG

ingat adik bradik td. hehehe

Dunia Zumal delete icon 7 September 2016 2:04 PG

Syukur Alhamdulillah, moga Neelofa mendapat haji yang mabrur

raihanah delete icon 7 September 2016 7:06 PG

semoga lofa dapat beribadah dengan tenang

Kakzakie Purvit delete icon 7 September 2016 11:48 PG

Hati kakak yg tersentuh baca nukilan Tengku Khalidah ini
Sungguh Lofa tu memang ayu,manis dan cantik.
Semoga begitulah cantiknya hatinya dan dpt menjalankan ibadah dgn tenang di sana.

Warisan Petani delete icon 7 September 2016 2:31 PTG

Wkmsalam
Moga mendapat haji yang mabrur.

Mas delete icon 7 September 2016 9:55 PTG

Alhamdulillah..tahniah kak Lofa..bestnya.

Khir Khalid delete icon 8 September 2016 3:35 PTG

Alhamdulillah... semoga beroleh haji yg mabrur... aamiin.

Siti Yang Menaip delete icon 9 September 2016 9:27 PG

rezeki betul terpilih ke sana usia muda.. semoga sentiasa dalam redha Allah..

Qaseh Vee delete icon 10 September 2016 2:08 PTG

alhamdulillah . semoga mendapat haji yg mabrur ... di insan terpilih bertamu kerumahNya ...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”